Total Pageviews

Thursday, 6 September 2012

Sydney - Day 1 Trip

Salam.... baru ada peluang nak share cerita bercuti ke Sydney. Balik-balik je malam selasa lepas, baru rasa penat. Berhari-hari kat sana jalan kaki jarak jauh tak perasan pun kaki dah sakit. Kuat semangat. Dah balik Adeaide, setiap hari rasa mengantuk. Banyak baju yang nak kena cuci. Adelaide pulak dua tiga hari ni, angin dan ribut kuat sikit. Dalam dua hari ni pulak, petang sikit je hujan. Kekadang tak perasan, tengok-tengok dah hujan. Berkejar angkat kain yang dah separuh kering jadi basah balik. Ok jom....

Memulakan hari pertama lawatan dengan menuju ke Tafe Randwick untuk membeli tiket 'My multi 1'.

Kerana aku akan pusing kawasan bandar Sydney lebih dari 3 hari, kajian aku menyatakan tiket mingguan ini amatlah berbaloi dan lagi untung dari beli yang hanya untuk sehari. Dengan adanya tiket ini, aku boleh menaiki bas, train, tram dan feri bila-bila masa dan berapa kali yang aku suka, unlimited selama seminggu dalam satu zon. Itu yang specialnya tiket ini. Kiranya tiket ini amat ekonomi untuk pelancong yang akan pusing bandar Sydney. 

Tinjauan dan study kami semuanya melalui internet dan ada sikit-sikit gambaran daripada maklumat kawan-kawan yang sudah pernah sampai ke Sydney. Hentian akhir bas ke Bandar Sydney adalah di Circuar Quay. Kali pertama memang kami bertanya dengan bus driver.

Bersiar-siar di Circular Quay...

Waktu malam

Sydney Harbour Bridge...

Waktu malam...

Inilah tempat yang paling aku impikan sebelum sampai ke Sydney. Begitu excited sekali hati aku bila melihat 'Sydney Opera House' tersergam indah depan mata. Inilah mencu tanda bandar Sydney. Tidak sah datang ke Sydney jika tidak berkunjung ke sini tau....

Suasana malam....

Suasana malam di kawasan Wharf dan Sydney Opera House ini amat meriah juga pada waktu malam dengan keriuhan pengunjung ke kedai-kedai makan yang berderet dibuka di sepanjangnya. Riuh rendah bunyinya.

Aku menuju ke tempat ferinya yang sentiasa menepati masa di kawasan wharfnya. Macam jadual bas juga. Tiada traffic jam melalui jalan air membuatkan feri lebih menepati jadual waktunya. Ada lima wharf semuanya yang menuju ke pelbagai destinasi. Pilih saja tempat mana yang kita nak tuju. Aku tak kisah sebab ke mana-mana pun boleh dengan tiket 'my multi 1' aku.

Tempat pilihan pertama aku adalah ke Manly. Dengar-dengarnya tempat tu menarik.

Ini laluan dan jadual perjalanan feri. Macam laluan komuter juga kan.
Lagi best duduk di luar daripada di dalam feri. Boleh nampak semua pemandangan. 
Antara pemandangan indah yang sempat di rakam dari atas feri...


Melalui bawah Sydney Harbour Bridge dan melalui Sydney Opera House...
Pulau-pulau kecil di sepanjang perjalanan


Bangunan-bangunan dalam bandar di belakang

Dah sampai pun dekat Manly... Menuju ke pantai
 
 

Puas menikmati angin pantai di Manly, aku meneruskan perjalanan untuk berjalan merentasi Sydney Harbour Bridge. Ini perlu... bila lagi kan... 

Untuk memulakan perjalanan itu, aku kena balik ke wharf dan naik feri lagi untuk berhenti di hentian 'Luna Park'. Sebenarnya ini tempat yang menarik untuk kanak-kanak. Mesti seronok mereka bermain di sini. 

Di bawah Sydney Harbour Bridge...

Rupanya jauh lagi untuk sampai ke tempat permulaan naik ke jambatan ni. Aku perlu bertanya kepada dua orang di mana tempat mulanya. Jauhnyaaaaa.....
 
Kaki dah lenguh, baru jumpa tangga untuk naik ke Bridge ni....
Akhirnya berjaya juga merentasi jambatan sepanjang lebih kurang 1.5 km ini. 
Kiranya usia Sydney Harbour Bridge ni dah 80 tahun pada tahun 2012 ni.....

To be continue at day 2 trip.....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment