Total Pageviews

Monday, 17 September 2012

Sydney - Day 4 Trip

Semalam sewa kereta sebab hari ni memang aku jadualkan akan ke 'Blue Mountain'. Sarapan pagi ini hanya roti dengan serunding ikan yang aku bawa. Hanya makan kat bilik, tidak turun ke dewan makan sebab hari sabtu memang chef bercuti. Rehatlah kan, dah seminggu berpenat memasak. Sebetulnya aku memang bawa serunding ikan hand made aku sendiri. Senang nak makan dengan roti.  Bila bersarapan sendiri, cepat pula siap rasanya. Selalu pukul 7.00 am dewan makan mula dibuka. Baru masa tulah aku turun untuk bersarapan. Lepas makan pula bersiap dan paling cepat pun aku dapat memulakan perjalanan mulai jam 8.30 am. Tapi hari ini pukul 7.15 am aku dah mula bertolak menuju ke Blue Mountain.
Sini hanya sempadan dia. Untuk sampai ke destinasi sebenar, perlu memandu dalam masa lebih kurang 40 minit lagi.

Sempat lagi menyinggah bila ternampak pasar kecil macam carboot sale.

Menyinggah di Information Centre dulu mengambil apa-apa maklumat yang boleh dibuat panduan dulu... study-study dulu sebelum sampai ke destinasi.

Berdasarkan buku panduan yang aku dapat, peta yang tertatap, aku singgah dulu di beberapa tempat yang tercatat.

Kawasan untuk lookout 'Wentworth Falls'. Terasa sangat kesejukan mencengkam diri. Menggigil juga kerana sejuknya suhu di atas bukit ni. Sarung tangan yang aku pakai masih tidak mencukupi.

Hanya dengan mata juga kita dapat melihat betapa indahnya alam semulajadi ciptaan Ilahi ini. Bukan dengan kamera. Subhanallah....




Dah mula memasuki kawasan tempat yang dituju. Dari jauh aku sudah dapat melihat bukit '3 sisters' tersergam megah.
'Three sisters' ini adalah salah satu tempat yang di sebut-sebut bila kita mengunjungi Blue Mountain. Ia merupakan bukit batu yang bercabang tiga. (sebelum ni aku dengar dalam pantun melayu, gunung daik lah yang bercabang 3). Ada sejarahnya yang tersendiri. Menurut kisah asal ringkas yang diceritakan, bukit 3 sisters ni adalah merupakan 3 orang gadis yang di sumpah menjadi batu buat sementara waktu oleh seorang yang hebat dalam ilmu magic nya lah (konon). Tetapi malangnya orang itu telah terbunuh dalam satu pertempuran yang disertainya. Jadi... sehingga kini 3 sisters itu kekal sebagai batu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu untuk mengembalikan mereka menjadi manusia semula. Kesian mendengar kisah ini. 

Sculpture yang berada di belakang aku ini adalah gambaran kepada 3 sisters yang di sumpah menjadi batu itu. (Ini adalah bangunan tempat aku nak memulakan perjalanan dengan 3 jenis kenderaan untuk melihat pemandangan nanti).
Dan sculpture lelaki inilah mungkin yang di kisahkan menyumpah 3 sisters tadi menjadi batu.



Berada di dalam Sky Way Ride.
 Hanya mengambil masa 10 minit ke kawasan sekitar sementara menunggu untuk kembali ke dock semula bagi menaiki train nya pula.

menuruni bukit yang curam dengan train nya yang menurun secondong 45 darjah. Gerun tetapi menyeronokkan. Lebih-lebih lagi gelihati dengan lagak penumpang yang menjerit kegerunan. Aku... aku biasa je....

Bermulalah kembara aku selama lebih kurang satu jam berjalan kaki melalui track untuk melihat ketebalan hutan dan pemandangan di Blue Mountain ini. Ada tiga jarak pilihan, berjalan kaki selama hanya 10 minit, 30 minit dan 50 minit (anggaran, bergantung kepada kepantasan atau makan anginnya kita). Aku memilih jarak yang paling jauh, biar puas hati dan berbaloi kerana mungkin selepas ini tiada lagi peluang untuk aku sampai ke sini. "Biar lenguh kaki asal jangan teringat lagi lalu tak puas hati...." :-)

Antara pemandangan hutan yang kami lalui....


Peta sentiasa ada disepanjang perjalanan untuk memudahkan kita merujuknya dan tahu di mana kita berada serta berapa jauh lagi untuk sampai dari track pilihan kita. Semasa berada di perjalanan, hari seperti sudah hampir dengan waktu maghrib, gelap dan mendung padahal baru jam 2.00pm.

Tamat juga akhirnya. Untuk kembali ke dock, aku menaiki Cable Car. Bila sampai kat atas, wah.... hari masih terlalu cerah dan cuaca masih terang benderang.
Tektik.... jalan untuk keluar pastinya melalui kedai cenderamata. Ada pula dapat testing rasa madu lebah dan coklat dari madu juga. Terbelilah juga satu, sedap juga.

Perjalanan menuju ke penginapan masih panjang. Sampai ke Sydney sana pun dah malam. Aku sekali lagi meninjau kawasan untuk mencari kedai makanan halal. Hasilnya malam ini...aku cuba makan di restoran Thai Cuisine. Bila sampai situ tiada lain yang aku order selain menu kegemaran aku yang biasa tu, tomyam noodle serta udang goreng tepung. Hubby pula order nasi goreng Thai. Rupanya hidangan dia dalam dish yang besar. Boleh share 2 orang makan. Jika tahu gitu boleh order satu je. 

Terlajak kenyanglah pulak. Harga dekat restoran ini pun di kira murahlah juga. Berbaloi. Alhamdulillah untuk pengalaman dan rezeki hari ini.....

To be continue at Sydney - Day 5 Trip.

No comments:

Post a Comment