Total Pageviews

Sunday, 20 May 2012

Cuaikah AtaU LuPaKah...?

Punyalah aku buat persiapan untuk surprisekan birthday Kak Yatt, maklumlah aku ni pentingkan kesempurnaan dalam pekerjaan (eehhh tapi betul tau...), dalam kalut-kalut sepetang tu, aku tinggalkan banyak perkakas masakan seperti periuk, bekas-bekas dan bahan-bahan yang aku gunakan untuk memasak berada bukan pada tempatnya. Aku fikir, aku akan kemaskan bila dah balik nanti. Tak sempat aku nak kemaskan terus. Aku harus menuju ke Uni dulu mejemput hubby sebelum berkumpul di satu kawasan yang berada hampir dengan rumah Kak Yatt. Ok muqaddimah stop kat sini dulu.

Selepas semua majlis selesai, aku balik lah rumah. Sekali pun dah rasa penat dan ngantuk, sakit mata jika tengok dapur aku terlalu bersepah dan belum di lap. Jadi aku pun mulalah buat operasi sekali pun kesejukan menjamah air paip tu.

Dapur aku kan dapur elektrik, aku perasan ada satu cara mudah untuk aku mencuci sisa masakan yang tumpah ke atasnya ialah dengan membuka butang pemanas tungku. Bila dah panas sikit, kotoran yang dah kering dan degil menjadi mudah sikit untuk tanggal bila di lap. Jadi begitulah tindakan yang aku lakukan pada malam tu. 

Bila dah selesai kerja-kerja pencucian dan dan susun atur balik, aku pun masuklah tidur dengan rasa leganya  bila dapat merebahkan badan. Penat sangat rasanya. ZZZzzzzzzzz.................. sampailah subuh...

Selalunya jika waktu pagi, hubby yang akan bangun dulu. Keluar je pintu bilik, aku yang masih meringkuk, terkejut mendengar suara cemasnya bertanya "Bau apa yang hangit nih...?" Aku pun bingkas bangun..... alamaaaaak........! rupanya aku terlupa untuk tutup balik suis tungku dapur yang aku buka malam tadi. 

Lepas je aku selesai mengemas, aku telah meletakkan satu periuk yang masih ada beberapa ketul kari ayam dan sebekas kecil pulut kuning yang aku simpan untuk dimakan esok pagi di atas tungku dapur. Apa lagi.... satu malam berada di atas tungku yang panas... hangitlah jawabnya. Pulut pulak kat bawah berkerak dan kat atas mencair. Itu pun nasib baik jugaklah aku pasang suhu yang paling kecil je, nombor satu je. Cuainya aku........

Nasib baik hubby tak marah aku, cuma jeling sikit je. Dia kata bila tengok dapur panas, dia dah cemas, ingatkan ada pencuri masuk rumah dan saja nak buat jahat dengan panaskan dapur, manalah tahukan....  :-) Sebab tu dia macam berjaga-jaga dan berpusing-pusing mencari kalau-kalau ada orang jahat. Lucu pulak rasanya. Pecah ketawa kami.


Ayam yang kehangusan. Susah pulak nak menyental periuk. Ini dah kira separuh sental dah nih. Nasib baik ada beberapa ketul yang masih dapat diselamatkan untuk buat sarapan pagi cicah dengan roti. Yalah pulut dah tak leh makan dah.

Inilah rupa pulut yang mencair tu. Dah tak cantik dan dah tak lalu nak telan. Bekas ni hampir dua hari rendam pun masih susah nak tanggal. Kena panaskan balik atas dapur rupanya, baru dia 'lokoh' (tanggal).

Macam inilah keadaannya masa aku tinggalkan bekas pulut dan periuk kari atas dapur semalaman dengan suis tungku terpasang. Cuma bekas pulut tu aku tutup dengan plastik cling wrap.

Nasib baik hanya buka nombor satu, jadi dia macam masak slow cook style je. Ke empat-empat tungku pulak tu.

Ya Allah.... lain kali, aku kena lebih beringat dan berhati-hati. Ini satu peringatan dan pengajaran bagi aku. Bagaimana jika aku bukan berada di rumah dan keluar dalam beberapa hari... nauzubillah..... Segala yang baik adalah datangnya dari Allah dan yang kurang baik itu dari diri aku sendiri, hakikatnya dari Allah jua....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment