Total Pageviews

Tuesday, 15 May 2012

BirthDay Party Anak Bollywood


Ini kawan baru aku. Shallini namanya. Indian dan hindustan, bukannya tamil. Baru 2 minggu aku mengenalinya ketika sama-sama berexercise di gym. Tak sangka pula dia ni peramah sangat dan nampak menyukai aku. Aku tak pernah nampak dia menegur orang lain semasa di gym, tapi dengan aku macam kawan yang dah lama kenal je. Mungkin aku ni memang muka senyum agaknya (perasan ke aku ni....?).

Tak sampai dua minggu mengenali aku, terus dia menjemput aku ke rumahnya bagi sama-sama meraikan majlis hari jadi anak keduanya yang jatuh pada tarikh yang sama dengan sambutan hari ibu.

Aku serba salah sebenarnya. Was-was pun ada. Nak hadir ke tidak. Nasib baik dia tidak memaksa. Tapi dia bagi juga alamat rumahnya jika aku dapat pergi. Akhirnya atas dasar kawan yang baru aku kenali, aku pergilah juga. Hanya aku yang hadir kerana hubby terpaksa ke Uni menyiapkan tugasan yang banyak.

Dalam keadaan takut-takut dan malu-malu, aku masuk juga ke pagar rumahnya dan dia buat party kat laman rumahnya. Tiada seorang pun muslim, cuma aku. Yang lain adalah kawan-kawan indian nya. Sesekali terhibur juga aku bila mendengar kecoh dan meriahnya party itu. Aku suka mendengar bahasa yang dituturkan, bunyi hindustan dan bukan nya bahasa tamil. Macam tengah berlakon dalam filem hindi pulak.

Ini adalah husband dia sedang mencari lagu untuk diputarkan.

Selepas lagu "Happy Birthday" dinyanyikan....

Birthday boy's cake.

Tapi biasalah.... aku mana boleh menjamah makanan berdaging yang di hidangkan. Nampak best juga "butter chicken" yang dihidangkan... tapi....tak halal. Semasa Shallini menjemput aku pun, aku telah awal-awal memberitahu dia tentang apa yang boleh dan tidak boleh aku makan. Dia memahami.

Aku hanya makan makanan vegetarian sahaja. Kebetulan salah seorang kawan yang dia jemput adalah vegetarian dan kawan dia tu pulak ajak aku makan bersama. Walau bagaimana pun aku tetap bertanya akan isi kandungan dan bahan-bahan yang digunakan. Aduuuuh.... susah betul menghadiri jamuan orang bukan islam ni. Kena amat berhati-hati.

Simple present yang ku bawa

Bersama beberapa jemputan wanita. Masa ni ada lagi beberapa jemputan yang belum sampai.

Sampai satu ketika, aku sekali lagi terasa seperti berada dalam filem bollywood sahaja bila mereka mula memasang muzik untuk menari sesama mereka. Bimbang juga aku takut Shallini menarik aku untuk sama-sama menari, tapi aku harap dia pun faham. Masa tu aku buat-buat sedang khusyuk mengambil gambar dia yang sedang rancak menari.

Hampir selesai je majlis aku minta diri pulang dengan hati yang lega kerana dapat keluar dari majlis itu. Sekurang-kurang aku tak di suruh makan lagi. Perut dah kenyang.

Hai..... Inilah pengalaman.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment