Total Pageviews

Wednesday, 30 May 2012

AppLe PicKing LaGi

Buah hijau kegemaranku....

Hari minggu lepas, sekali lagi aku berpeluang untuk masuk kebun epal. Kali ini tiada perancangan awal pun. Tiba-tiba je kawan ajak ke situ dalam sejam setengah awal je. Masa tu aku tengah masak. Nasib baik sempat makan tengahari. Pergi pun dah nak ke petang dah. 

Sebenarnya ada kawan  kepada kawan aku ni dari Malaysia yang akan datang ke Adelaide pada esok hari. Saja dia orang melancong. Kebun epal ini pulak hanya dibuka pada hari sabtu dan ahad sahaja dalam seminggu untuk orang ramai datang memetik. Tuan kebun pulak buat iklan dalam paper tanpa memasukkan nombor telefonnya. Jadi tujuan kami datang picking tiba-tiba ni adalah kerana untuk bertanyakan tuan kebun epal ni. Nak minta dia bukakan pada hari selasa. Kawan aku ni nak bawa kawan dia datang picking pada hari selasa. Kira sambil menyelam minum airlah kami ni. Yalah kebetulan musim picking, ada pulak pelancong datang dari jauh, sayang pulak lepaskan peluang yang ada. Alhamdulillah tuan kebun bersetuju untuk memberi peluang.
Dah datang tu, masuk ajelah tengok ada perubahan tak sebab dah dekat dengan akhir musim ni. Emmm... Epal masih boleh dikatakan banyak. Cuma nak cari yang pokoknya berbuah manis tu kuranglah sikit. Biasalah yang manis habis dipetik dulu. 

Tak lepas peluang nak bergambar lagi....
Buah yang merah ni nampak geram aje dalam gambar, tapi sebenarnya dia kurang manis. Kulitnya pun tebal sikit. Jadi keraslah sikit masa menggigitnya, tak crunchy.


Epal merah masih cantik bergantungan.
Bila aku picking, aku suka pilih buah epal yang hijau atau hampir kuning warnanya. Tapi ada juga yang masam tau. Kena cari yang kulitnya tidak berkilat. Sekali pandang memang tak cantik, tapi rasanya manis dan crunchy. So, jangan pandang pada rupanya.

Pandangan dari bawah sepohon epal.

Sayang sungguh kepada epal yang berguguran jatuh ni. Tuan dia pun dah tak larat nak kutip dah agaknya. Pekerja pula tak ada. Aku tengok selama ni macam dia sorang je yang jaga dan uruskan kebun.



Tengok dalam baldi Kak Yatt tu.... orang lain gi kutip epal, dia pulak bila datang sini, sibuk mengutip pucuk meranti yang banyak tumbuh di kebun epal ni. Nak buat masak lemak katanya. Pucuk ni dapat free ajelah.

Selepas puas posing, makan sebanyak mana nak makan, perut pun dah kenyang, kami pun mendakilah naik ke atas. Ke tempat pembayaran.

Epal yang aku kutip seberat 3 kilo. Jadi harganya aud 3 lah. Kesian pak cik ni. Aku tengok dia pun dah tak larat nak jalan. Mengheret kaki je aku tengok.

On the way balik sempat singgah di Mount Lofty untuk tengok view Adelaide dari atas ni. Boleh makan sekali bekalan yang dibawa. Sangat sedap menghirup teh 'O' panas dalam suhu yang dingin ini.


 Tak tahu lah bila pulak aku boleh datang ke kebun epal lagi. Ia boleh di petik bermula pada musim luruh. Sedangkan inilah rasanya musim luruh terakhirku di Adelaide ni sebelum aku balik Malaysia nanti. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ada pertemuan lagi.....

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment