Total Pageviews

Friday, 18 May 2012

BirThDay SurPriSe


Sejak lebih dua tahun yang lalu, geng-geng aku suka sangat buat kejutan hari lahir sesama rakan. Bermacam idea dan cara yang direka supaya menjadi tidak sama antara satu-satu surprise.

Terkini, satu kejutan dibuat untuk salah seorang geng aku kat Adelaide ni yang aku panggil Kak Yatt. Hari lahirnya jatuh pada 17 Mei lepas. Ini adalah atas permintaan suaminya yang ku panggil abang Syed. Suami isteri ini umpama abang dan kakak aku kat sini. Aku telah dibawa ke rumah mereka pada hari pertama aku mejejakkan kaki di bumi Adelaide ni. Lalu sebelum aku medapat rumah sendiri, di rumah merekalah aku menetap selama hampir dua minggu. Pada bulan puasa pulak tu.

Empat hari sebelum tu, atas permintaan Kak Yatt, ada satu kejutan juga untuk suaminya pada hari lahirnya yang jatuh pada 13 Mei, sama tarikh dengan sambutan hari ibu. Namun aku tidak dapat joint rombongan terjah kerana pada masa tu aku menghadiri majlis hari jadi anak bollywood, yang aku ceritakan sebelum ini. Aku hanya hadir ke rumah mereka pada waktu malamnya.

Untuk hari lahir Kak Yatt, aku buatkan pulut kuning ini bersama dengan telur dadar nipis bewarna merah.
Kemudian aku sediakan kari ayam untuk dimakan dengan pulut kuning tadi.


Si empunya badan tak tahu langsung. Sebab itulah masa kumpulan terjah datang buat kejutan, dia hanya berbaju tidur. Namun dengan selamba juga kami terus menyanyikan lagu "Happy Birthday To You".
 

Antara menu yang dibawa kawan-kawan; pulut kuning dan dua kek hari lahir yang terdiri dari kek coklat kukus dan cheese cake. Banyak lagi makanan yang ada seperti kway tiaw goreng dan ayam bakar.

Sekali pun terjahan di buat pada selepas waktu isyak, dalam suhu yang sejuk, kami tetap makan dengan meriahnya pada majlis surprise ini. Rasanya peristiwa ini tidak dapat diulangi lagi di Malaysia nanti.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment