Total Pageviews

Monday 5 August 2013

Resepi Tumis Budu

'Tumis budu'... adalah satu nama, tapi sebutannya seolah ianya adalah satu perbuatan. Perlukah ia ditukar kepada nama 'budu tumis'...? Betullah juga nak sebut macam tu pun.... tapi bagi aku macam kekok pulak bunyinya sebab dah selalu duk menyebut tumis budu. Pastu pulak namanya tu seolah menggambarkan bahawa budu itu ditumis, padahal tidak sama sekali jika mengikut resepi asalnya, walaupun tidaklah menjadi salah jika kita mahu menumisnya pun.

Tumis budu sebenarnya adalah bahan atau lauk tambahan sampingan bagi nasi kerabu yang mengenakkan lagi rasa nasi kerabu. Kekadang ada mereka yang mengatakan..."Saya tak makan budu, saya makan kuah ni jelah, sedap...". Padahal dia mungkin tak perasan dan tak tahu pun yang dalam tu ada dimasukkan budu :-).

Dari apa yang aku tahu, nasi kerabu ni selalunya ikut selera orang yang memakannya. Ada yang suka biru, kuning atau putih sahaja. Jika nasi tu dah berkaler, tumis budu tidaklah perlu ada bersama. Namun tumis budu seolah dikhaskan untuk nasi kerabu putih sahaja. Mungkin asalnya begitulah kot. Apa pun alasannya, aku sebenarnya cuba untuk paparkan resepi yang aku duk selalu buat tu setiap kali masak nasi kerabu.

Bahan-bahan :-
  1. Bawang merah (blend).
  2. Bawang putih (blend).
  3. Cili kering (blend) atau serbuk.
  4. Halia blend).
  5. Serai (ketuk).
  6. Daun limau purut.
  7. Kunyit hidup (blend) atau serbuk.
  8. Santan pekat
  9. Sedikit budu
  10. Sedikit garam jika budu kurang masin.
  11. Sedikit gula.
  12. Asam jawa atau keping.
Cara-cara memasak samada :-
  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga pecah minyak, masukkan budu dan sesuaikan rasa...  siap.... atau;
  2. Dengan panaskan minyak, tumis bahan blend hingga garing, masukkan santan, serai, daun limau purut... didihkan. Masukkan budu serta perasakan dengan garam (jika kurang masin), gula dan asam. Siap.....

Budu pilihan terbaik yang sesuai dengan seleraku di Adelaide ni.... Walaupun taklah sehebat budu-budu di Kelantan... :-)
 Ini masa masak banyak-banyak hari tu..... Seluruh rumah pun boleh turut sama menerima aromanya... :-)

Posted by Picasa

2 comments:

  1. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari NINA FARHANA... terima kasih sudi singgah ke ruang akak yg tak seberapa ni...

      InsyaAllah tumis budu ni lebih membangkitkan selera bila menikmati nasi kerabu. Boleh cuba... :-)

      Akak pun dah mengunjung ke blog NINA FARHANA ni... tq tinggalkan link tu... :-)

      Delete