Total Pageviews

Wednesday, 31 July 2013

Hari Sampah Mingguan

Pengalaman dari pemandangan mingguan yang aku lalui di sini. Hari sampah mingguan. Jika kat rumah aku di Malaysia, sampah diangkut 3 kali dalam seminggu. Selain dari ruang tong sampah yang kecil, sampah pula tidak pernah diasingkan terlebih dahulu jenis-jenisnya samada dari dapur kita ke, sampah kitar semula ke, juga rerumput atau dedaun dari laman depan belakang. Pekerja yang mengangkut sampah pula beramai-ramai, mungkin lebih dari 5 orang. Setiap kali lori sampah melalui depan rumah, akan ada bau yang kurang menyenangkan dibawa angin menusuk hidung.
Pengalaman aku di Adelaide sini, melihat sampah diangkut dengan lori besar juga. Agak bersih lorinya dan hanya mempunyai seorang pekerja yang juga memandu secara left hand drive. Mungkin untuk senang melihat dan mengambil bin di tepi jalan. Jadual hari mengangkut sampah juga berbeza di setiap kawasan dan hanya diangkut seminggu sekali. Sampah isi rumah (dalam bin bertutup biru atau merah) diangkut setiap minggu, manakala sampah recycle (dalam bin bertutup kuning) dan sampah bahan hijau (dalam bin bertutup hijau) diangkut dua minggu sekali secara berselang seli antara keduanya. Pastinya setiap 3 jenis sampah ini akan diangkut oleh 3 lori yang berbeza.
Setiap minggu, pada hari yang ditetapkan, adalakalanya sejak dari sehari sebelum atau pada malam sebelum, tong sampah ini akan ditolak oleh pemilik masing-masing ke tepi jalan di hadapan rumah mereka. Adakalanya jika terlupa, pagi-paginya bila terdengar je enjin lori sampah datang, cepat-cepat tolak tong ke tepi jalan. Jika tidak sempat atau terlepas di tepi sini, masih boleh terus tolak ke seberang jalan kerana pasti lori akan pusing kemari lagi mengambil sampah di jalan seberang pulak. Untuk kawasan rumah aku di sini, jadual mengangkut sampah dilakukan pada setiap hari rabu. Jadi faham-fahamlah sendiri kepada kereta yang hendak diparking di tepi jalan pada hari sampah diangkut, agar tidak berbuat demikian jika sampah belum diambil bagi mengelakkan kesukaran daripada berlaku.
  
Sampah dalam bin biru sedang diangkut.

Diangkat secara begini. Mungkin kerana inilah pemanduan secara left hand drive digunakan dan tidak memerlukan ramai pekerja. Pernah sekali tersiar dalam berita di sini tentang seorang kanak-kanak bersembunyi di dalam tong sampah semata-mata kerana teringin sangat mengetahui dan ingin melihat suasana dalam lori sampah. Buat lawak pulak dia dan lucky terlihat oleh pemandu lori serta dapat menyelamatkan kanak-kanak tersebut selepas terlihat seolah benda pelik tercampak ke dalam bahagian sampah. Macam-macam....
 Salah satu pengalaman simple yang hebat..... :-)
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment