Total Pageviews

Monday, 7 March 2016

FELDA RESIDENCE TROLAK

Kunjungan kali ini kerana ikut Mr Hubby dtg berkursus... asalnya mcm tak nak ikut sbb bilangan kakitangan fakulti dia yang sama-sama hadir lebih seratus orang, rasa segan la pulak. Last minit je sehari sebelum, aku decide confirm. Bukanya sempat kerap bersua muka pun. Dia orang berkursus dan aku pun boleh beraktiviti bebas... indipendence la sikit bunyinya... hihihi mcm terpaksa la pulak tu bunyinya... 

Dah siap berkemas segala bagai di rmh, uuuh... sayunya terpaksa la tinggalkan lg anak2 bulus ku utk kesekian kalinya... take care ye semua.... ummmpwah... alamak tersasul ke lain pulak... 

Ok.. bertolak dr rmh jam 10.30am, cuaca antara redup dan terang, nyaman... sampai destinasi jam 11.50am. Ooo sekejap la jugak... sampai2 rupanya bukanla tempat yg satu lg yg pernah aku sampai ritu... ooo ada dua tempat berbeza rupanya... yg ini bukan tempat yg mandi2 dan rendam kaki di kolam air panas tu... bukan main aku plan macam2 aktiviti solo bila hubby sdg berkursus nanti... ok tak pa, aku boleh tukar ke plan B insyaAllah.

Rupanya di sini merupakan pusat latihan dan byk menyediakan aktiviti lasak. Ada jurulatih2 yg terlatih di sini yg bertugas. Aku rasa lebih lasak lg dr kursus, disebut 'Team Building'. Sangat2 lasak sampaikan ramai peserta yang mengalami kasut koyak dan termasuklah my hubby... kesiaaaaannn...  hhihi...
Tempat letak kereta awal yg masih lengang dan kosong menandakan kami adalah antara yg tiba lebih awal. Satu rombongan yg menaiki bas belum tiba. Jadi peserta boleh lunch dulu sementara menunggu program yg akan bermula jam 2.30pm nanti.
Aktiviti aku sementara tunggu check in, lepak tepi surau/ masjid ni... lapang dan luas suasananya. Aku sebut masjid sbb aku dpt tahu yg tempat ni ada di buat solat jumaat... 
Keadaan bilik peserta, simple tapi selesa
Double single bed
Simple kreatif comel
Ada tulis no bilik lagi... tak boleh tukar2 la tu

Program fakulti hubby bermula jam 2.30pm. Langit yg mendung tadi, kini telah mencurahkan hujannya. Jadi ptg ni aku hanya terperapla dulu kat bilik sambil tonton cerita kat tv je la. 

Malam pula, bila hubby dah makan dengan groupnya, aku pula lebih selesa mengorder dari bilik je. Lagi pun tidak semahal seperti original hotel. Orang kata harga normal.
Jadi aku cubalah mengorder char kway tiaw dan chicken chop. Aduuuh... tamak, sampai 2 menu. Tapi aku makan half2 je. Simpan bagi Mr Love Hubby rasa. Hihi... isteri mithali kan... 
ermm... look & taste very delicious...
**********************
Selingan................

Hubby keletihan sambil menunjukkan kasutnya yang dah tercabut tapaknya kerana aktiviti lasak.
Tinjauan suasana persekitaran aktiviti...
 

 
 
 
 
 
 

 
 

****************************************
Cerita hari kedua... 

Pagi tu sarapan sendiri di cafe hotel. Lambatlah sikit keluar, segankan nak serempak dengan team kursus. Biarkan mereka habis dulu. Suasana dewan makan....

Sebahagian dewan makan
Lobby blok. Boleh iron pakaian di sini.

Selepas sarapan dan get ready apa yang patut kejap, hubby dah ke aktiviti groupnya... aku nak isi masa terluang. Taknaklah berkurung tengok TV kat bilik je. Aku memberanikan diri untuk drive ke Felda Residence satu yang tempat mandi2 dan berendam kolam air panas tu Ya la Sungai Klah tu. Alah ikut je haluan yang GPS tunjuk. InsyaAllah tak salah jalan. Beberapa bulan dulu dah pernah sampai bermalam kat sana. Erm jauh jugak. Tak silap aku dalam 17 ke 20 km kot. 

Aaaaah.... lega bila dah sampai sini dan nampak sign tu.
Aku ingatkan parkingnya sama dengan hotel, rupanya bila kita datang untuk mandi je, dia ada kawasan khas dan pintu masuknya ya. Masa tu mungkin masih awal dan pengunjung belum ramai lagi. So kawasan parkingnya masih lapang. Memudahkan aku.
Harga tiket masuk yang terpapar.
Jalan masuk dan tempat beli tiket
Kaunter tiket
Tunjuk pass ni pada guard dan dia check serta pakaikan. Ni la buktinya kita masuk secara sah... Hehe..

Dulu masa aku datang sini, aku pakai baju yag sama untuk mandi. Hehe... jangan pulak kata aku tempek gambar dulu pulak ya.... Buktinya tgk tudung tu, lain kan :-)
Urut kaki dulu... mukaddimah
Kesian aku. Buleh ya aku kesiankan diri aku sendiri... sbb mandi sorang2 uhu hu hu.....
Disebabkan banyak masa, aku berulang alik 2 kali setiap satu kolam. Kolam sejuk dan panas. Berendam lama2, biar puas hati...
Dah puas hati mandi dan letih penat tu... baru terasa lapar... masa ni peluang untuk aku ambik kesempatan rebus telur kat tempat yang tersedia ni. Dapatla mengalas perut untuk tengahari tu. Masa ni ramai dah pengunjung yang nak memcuba. Dah tengahari katakan... mereka pun dah penat dan berehat kejap dari mandi. 

Telur tak boleh bawa dari luar, kena beli kat gerai situ. Harga masih tak berubah, rm5 untuk 6 biji, Kicap dan serbuk lada putih disediakan. Tapi aku tengok ada je mereka yang bawa telur sendiri. Ermm... tak tahu la... 

Alhamdulillah... walaupun berseorangan, tapi pengunjung kan ramai. Mereka tak kenal aku, jadi tak adalah segan sangat. Ada la jumpa dan sempat berbual dengan orang dari Vietnam ke Kemboja masa tengah merendam kaki, yang dah lama menetap di Malaysia katanya. Dia pun pakai topi macam aku jugak. Dia bawa saudara mara dia datang main air kat sini. Dia pun kata muka aku ada iras2 bangsa mereka... ha ha ha... dan aku tengok sedara mara mereka ada menghala kamera mereka ke arah ku, senyum2... Nak cakap tak tahu... nak ambik gambar aku yang kelihatan seiras dengan mereka kot.. hehe..

Ooo ya... mungkin ada yang tertanya2 macammana aku ambik gambar sendiri masa main air tu... Minta tolong orang snap ke apa. Sebenarnya dah hobi aku menangkap gambar, jadi ke mana berjalan jauh sikit aku sentiasa bawa tripod bersama. Itu je... 

Dah sampai ke petang aku di situ, penat terasa sangat. Minta2 tak ngantuk waktu drive balik tu. Ok ada masa insyaAllah datang berendam kaki lagi di kolam air panas sini....

P/S :- Oooh image ini mengingatkan kekecewaan aku pada malam tu selepas penat2 balik dari main air. Order lagi benda yang sama macam malam tadi. Sbbnya rasa berbaloi dengan harga. Tapi malang bagi aku, hanya itu rezeki untuk kali ni. Kalian tengoklah sendiri perbezaan antara dish yang pertama (bawah) dan yang kedua (atas) tu. Pendapat aku... tiada kesinambungan dalam hidangan yang dibuat. Sepatutya, sekali pun jika chef yang berbeza menyediakannya, perkara ini TIDAK BOLEH berlaku sbbnya mereka dah ada standard nya yang telah di tentukan.... (geleng kepala)... :-(



51028051

No comments:

Post a Comment