Total Pageviews

Saturday, 26 March 2016

Mee Hoon Kway Sup

Hari tu masa ronda2 dalam Tesco, ternampak benda nih. Belek2 tengok ada halalnya. Terus lagi belek. Aku belum pernah jumpa lagi noodle ni. Kalian pernah? Tanya untie sebelah yang tengah duk cari barang dekat rak ni juga, tepi aku. Tanya macammana masak benda ni. Simple je katanya. Apa2 sup yang kita suka, masa sup dan menggelegak mendidih tu, masukkan mee hoon kway nih. Sekejap je pastu dah boleh hidangkan. Ermm dengar mudah... ok nak cuba... sbbnya aku dah memang berminat dgn makanan sebegini. Baunya ada kelainan. Seperti mee yang aku suka di kedai Uighur. 
Ni la dia mee hoon kway nya. 

So biar gambar je bercerita.... Apa yang aku sediakan sesimplenya ok...
Bawang merah, putih, halia, cili merah, kacang buncis manis, tomato cherry, hirisan daging. Itu je bahannya. Opps... garam gula tu tentunya ada. Proses tumis macam biasa ya. 
Cendawan (my favourite)
Saleri
Sekali lagi tentunya yang utama ni, mee hoon kway...
Ni rupa dia bila buka selai2, bentuk 4 segi macam doh yang kita nak buat dumpling tu.
Sup dah menggelegak tu, masukkan lah mee hoon kway nih
Kejapnya dah siap.
Dah terhidang dan boleh dinikmati dah... syruuuuppps... ermmm nice jugak rasanya. ikut citarasa sendiri ya... Aku suka many of chinese food. Bila nak feel lebih sila makan pakai chopstik ya.. Hehe... Cubalah jika suka...



*514030*

No comments:

Post a Comment