Salam senja buat pengunjung. Kenangan aku kali ni adalah di restoran yang agak menjadi kegemaran aku. Restoran china muslim. Aku suka makanan ala-ala chinese style gitu. nampak mudah dan ringkas tapi selera pada lidahku.
Semalam kira sampai ke malam aku temankan hubby buat kerja di ofis.. sedikit-sedikit membantu. Terlalu banyak yang perlu disiapkan. Tak cukup masa. Hinggakan keluar untuk lunch sekejap pun pada waktu hampir senja. Kira late lunch la merangkap makan malam terus. Tempat pilihan aku kat sinila... nak yang dekat. Waktu gini mungkin sesuai sebab bukan peak hour. Nak cepat katakan. Nak balik semula ke ofis sambung kerja.
Setahu aku, restoran ni ada beberapa cawangan. Tapi yang aku pernah pergi satu tempat ni je. Dekat Padang Jawa. Lokasinya agak strategik juga la. Kawasan parking pun ok.
Sebenarnya lebih 2 tahun dulu ada kawan aku yang aku gelarkan "sahabat" yang perkenalkan tempat ni. Dia tahu yang kami sama2 suka dengan keseirasan rasa dan aroma serta yang penting sekurang-kurangnya tempat ini mengembalikan, juga menghilangkan kempunanku dari merindui makanan kegemaranku sewaktu di Adelaide dulu. Waaah... panjang betul ayat aku. Harap fahamla ya... :-]
Apa yang aku pesan untuk kali ini :-
Fried Lamen Beaf rm8.80 (Mr. Hubby)
Sliced mee sup beef rm6.80 (me)
My favourite hot drink when here, 'China BaBao Tea' rm4.50.
Teh herba la ni kot.
Yang ni 'Ziran Mutton' rm 26.80. First time mencuba.
Agak mahal bagi aku. Tapi puas hati kerana rasanya yang hampir sama dengan apa yang aku rindui.
************************
Apa yang pernah dicuba sebelum ini..... (dari menu book dan reality :-).
Wet Mee with Green Pepper & Meat
..
Fried Lamen With Beef.
..
China Ba Bao Tea
Toothpick Lamb
Xinjiang Mee
Ada juga menu nasi tau, tapi aku lebih berselera dengan mee.
Sambil2 menikmati santapan tu, kita dapat saksikan pembuat mee di dapur melalui cermin yang lutsinar. Erm terhibur juga. Nampak senang dan mudah je. Tapi jika aku yang tebar gitu, entah lah jadi ke tidak.
*************************
Kaunter bayaran
Suasana malam
P/S : Just comment ikhlas dari aku... Menu menu di sini menarik bagi aku. Cumanya kurang memuaskan dari segi serve dan penghantaran makanan yang dipesan oleh pelanggan. Terlalu kerap berlaku menu yang dipesan oleh pelanggan dari satu meja tidak sampai serentak atau hampir serentak. Contohnya 4 orang satu meja memesan makanan. Yang sampai untuk seorang dulu. Lama tunggu lagi. Bila yang dah dapat tu makan dulu, pesanan yang lain tak juga kunjung tiba. Jika satu family or group nak sama meraikan sesuatu, mungkin agal kurang sesuai. Semoga pihak pengurusan dapat membaiki prestasi perkhidmatan dengan lebih baik lagi selepas ini.
No comments:
Post a Comment