Jumaat malam sabtu 15/2/2013
Ini adalah rombongan kecil aku masa sama-sama ke program perasmian dan pembukaan
'Adelaide Fringe' di King William St Adelaide CBD pada jumaat malam sabtu lepas. Asalnya aku memang
plan untuk bertolak dari rumah seawal jam 6 petang supaya nanti aku senang mencari
parking yang mungkin masih banyak kosong memandangkan pra pembukaan dia bermula seawal jam 7 petang. Yang rasminya aku kira jam 8.30. Nanti aku akan solat maghrib di Uni hubby serta terus jumpa dia kat situ.
Tiba-tiba masa aku tengah bersiap tu, hubby call bagitau ada kawan kami nak datang juga dan dia akan singgah untuk ambil aku kat rumah serta sama-sama pergi dengan kereta dia. Aaah... lagi senangla cam gitu.... aku tak payah la nak kena drive....
Adelaide fringe berlangsung setiap tahun yang setakat aku hadir ini bermula setiap pertengahan februari. Tapi ini baru kali ke-2 aku menyaksikan program ini. Maksud aku program pembukaannya sahaja. Itu saja yang free. Aku tak pernah pulak menghadiri program berbayar mahal-mahal yang lain seperti konsert ke, teater ke atau apa-apa yang terkandung dalam program Adelaide Fringe nilah... Dah la mahal tapi yang sebenarnya aku tak naklah jadi makin 'laghooo'..... :-) Astaghfirullah al-aziiim....
Lepas je solat maghrib di surau UniSA, group kecil aku pun terus menuju ke tempat bermulanya perarakan. Senang jadi orang pertama tengok. Sebab perarakan tu panjang...sepanjang jalan tu yang orang duk tengok kiri kanan jalan tu. Jika yang tahun lepas, aku duk di pertengahan laluan, loooni aku tengok di permulaan, jadi cepat lah habis sikit nengok dari orang yang duk paling hujung kan....
Tengok tuuu.... sampai-sampai orang dah penuh, malah perarakan pun dah bermula. Logiklah...aku kan kena solat dulu.... Macam biasalah aku ni rendah....mat-mat dan minah-minah salleh ni tinggi-tinggi. Mana aku nak nampak. Mencelah-celah pandang pun jadilah.... Tak puas hati ni.... Aku cari peluang untuk menyelit-nyelit di celah-celah dia orang tu.... akhiiiirnya...... yeeeeaaaaaa......!!! aku dapat duk depan sekali. Tapi aku hormat orang belakang tau... terus aku duduk bersila bagi orang belakang yang berlapis-lapis tu nampak juga.
Dah dapat duk depan tu, senanglah aku nampak keceriaan persembahan dan perarakan yang dipersembahkan. Mudahlah aku nak snap gambar. Tapi biasalah dengan terbiasnya cahaya dari persembahan, dengan kekurangan yang ada pada kamera kecil hadiah ulangtahun aku (cheeaaa... macam nak menunjuk lagi tu...), gambar yang aku snap biasa-biasa ajelah... ada terang dan ada suramnya.... Saja aku nak sharekan di sini.... Jom layan gambar-gambar ni.....
Ini tema apa pun aku tak tahu, mungkin makanan kegemaran orang Aussie kot... :-) Dia orang menyanjung betul binatang ni....
Nak juga dia join perarakan....
Ini yang paling aku tak sangka. Masa kuda ni berjalan, aku rasa macam-macam reaksi penonton ada. Ada yang berkata sambil terlopong terkejut "oh my god....", ada yang tutupkan mata anak dia, ada yang terdiam tiba-tiba padahal tadi riuh bersorak dan yang paling banyaknya orang bersoraklah. Memang jelas tiada pakaian tapi aku tak tahulah jika dia buat tampalan getah menjadi struktur dan warna kulit juga. Ha ha ha... ini juga pengalaman...pengalaman yang laghooo.....
Ini hanya sebahagian perarakan yang aku rajin nak snap je. Banyak juga yang aku malas nak snap. Tak kan semua nak kena snapkan... Tengok ngan mata lagi menarik sebenarnya....Cuma aku terfikir dan teringat...aku rasa tahun lepas pun aku tiba lambat untuk melihat perarakan. Tapi aku rasa yang tahun lepas lagi banyak perarakan dan persembahannya. Atau tak tahulah...mungkin kah kerana aku dapat duduk depan membuat aku rasa persembahan tu sekejap je...wallahu a'lam...
Selepas habis perarakan, biasalah ada pula persembahan bunga api. Menandakan majlis perasmian dah tamat. Lama juga persembahan bunga apinya.
Nampak lah sikit dalam gambar ni bunga api kat belakang tu....
Lepas tu kami pun jalan-jalan lagi melalui Rundle Mall dan North Terrace sambil.... sambil apa lagi......snap picture laaa....
Sepanjang kami duk berjalan sambil 'menyenap' gambar tu, aku kira dah biasa kat sini orang-orang putih ni suka bergurau dan menyakat kita yang duk tengah nak bergambar ni... Ada je dia nak halang kamera la.... tunjuk best dengan tangan dia dekat sangat dengan kamera la... meng agah kita supaya smile la... macam-macam lagak lagilah. Sebelum-belum ni pun dah banyak kali pengalaman aku kena macam ni... Nasib baiklah aku ni baik, kalaulah aku buat kat dia orang, apa bakal jadi pada aku agaknya ya....
Tengok...! saja... aku buat timer 10 saat untuk ambik gambar kami. Pastu ada tangan mat salleh tunjuk best kat tepi kiri gambar tu. Pastu nampak tak gambar orang sebelah hubby yang nampak tak jelas tu... sebenarnya dia nak menyelit untuk bergambar sekali tu... tapi dia bergerak masa kamera tengah snap...
Gelap gambar ni. Ini ada penyanyi yang buat persembahan nyanyian kat Rundle Mall. Coin donation. Suaranya Ok juga lah.
Semasa menunggu lampu hijau untuk pejalan kaki menyeberang jalan.
Suasana semasa berjalan di North Terrace.....
Haaa... ni lagi satu contoh...Sebenarnya aku ada tengah ready kat belakang mat salleh ni... terlindung pulak. Hubby dah tekan dah timer kamera 10 saat untuk bergambar berdua. Datang orang ni duk depan camera. So hubby pun terus berdepan dengan dia sambil buat lawak juga. Last-last ini lah gambar yang kamera tangkap. Lepas tu sama-sama gelak je lah....
Ok tengok kat bawah ni... Ini baru gelagat sebenar jurugambar profesional....
Rumput ni bersih insyaAllah.....Boleh lepak-lepak...
Lagi satu yang ni.... Dua pasang couple ni datang melompat gitu je untuk join kami yang tengah nak bergambar. Tengoklah gaya dia orang... Kelakar tengok perempuan yang paling kanan tu... penuh bergaya dengan tak pandang kamera. Macam-macam dia orang ni......
Terus kami jalan....
Inilah Uni hubby pada bahagian hadapannya.
Lepas ni kami terus menuju ke tempat parking kereta yang agak jauh....
Lepas tu 'kakak' aku ni cadangkan nak makan 'fillet o'fish' kat Mc Donald. Lapar lah katanya sebab berjalan jauh...
Aku sebenarnya ada sediakan sikit menu simple kat rumah, tapi sebab dah kenyang makan kat Mc Donald tadi, makan sikit-sikit je lah yang ni... semua dah penat.. masa ni layan cerita TV je sampai lebih jam 1 pagi...
Tapi ini perkara biasa kat sini bila dah jumpa kawan, lebih-lebih lagi malam minggu pulak...