Busy pulak rasanya sejak dua menjak ni. Bulan puasa katakan. Siang malam pun kekadang tak sempat nak bercerita. Agaknya bila dah balik dari berterawikh kat masjid, lepak-lepak sambil moreh dan lepas tu dah penat dah. Bukan tak sempat langsung pun, bertangguh pun ada.
Bulan puasa ni banyak pula nak berkisah pasal makanan terutamanya menu berbukalah. Kalau tak lauk, kuih pun ya. Masa nilah terajin sikit. Sikit je tau. Biasanya aku berbuka dengan nasi terus, jarang sentuh kuih kecuali dihulur. Bukan aku tak suka, tapi nanti aku kekenyangan. Boleh je pilih antara keduanya. Dua-dua pun cukup untuk mengenyangkan aku. Aku tak kisah...
Semalam pulak , ada kawan yang sentiasa berulang-alik antara Adelaide dengan Malaysia dua minggu sekali tu... dia sampai Adelaide pagi semalam. So macam biasalah, aku akan jemput dia untuk makan malam di rumah aku. Itu ketika bukan di bulan puasa. Tapi sekarang ni kan bulan puasa, jadinya jemputlah dia berbuka. Tak de lah beria pun aku masak. Menu biasa-biasa juga hari ni.
Lemak cili padi udang dan rebung. Teringin pulak hari ni nak makan rebung. Rebung kat sini pun senang nak dapatkannya. Pergi je Asian Groceries Market, banyak sangat produk masakan asia dan melayu pun. Kebanyakannya juga yang diimport dari Thailand. Begitu juga rebung ni, made in Thailand.
Ha ha ha.... sekali lagi terasa nak makan ayam percik. Jika kat Kelantan, glamour ayam percik ni. Tambah-tambah bulan ramadhan pulak. Tengoklah juga kat pasar ramadhan di Malaysia, macam-macam rupa juga ayam percik ni, ikut negeri yang berlainan agaknya.
Lepas tu aku goreng sedikit cendawan garam kunyit ni. Cendawan juga adalah salah-satu makanan kegemaran aku walaupun selepas tu perut aku tidak membenarkan ianya berlama-lama di dalamnya. Lemak rasanya cendawan ni, macam rasa lauk je, bukan rasa macam sayur. Cubalah....
Orang Kelantan biasalah kan kalau makan pulut ni dengan pengat pisang. Sangat sedap... Lamaaaa dah tak makan...
Ini pulak makaroni sardin bakar. Tetapi ini masih belum dibakar. Menu ini akan dibuat moreh nanti. Sebab itu kena bakar kemudian, kerana akan dimakan panas-panas.
Suasana berbuka.....