Total Pageviews

Sunday, 25 March 2012

ProJek NaSi KeRabu


Selepas beberapa kali Kak Has membuat permintaan, akhirnya barulah aku ada masa untuk bersetuju bagi mengadakan projek makan nasi kerabu bersamanya. Kesian dia dah lama membuat permintaan. Aku ingat saja-saja dia bercakap dan sebab tu aku buat tak layan, tapi rupanya dia begitu bersungguh-sungguh. 

Akhirnya aku menelifon juga dia di suatu pagi ahad dengan harapan moga dia sedang berada di pasar minggu. Alhamdulillah agakkanku tepat kerana memang dia sedang membeli stok barangan segar di pasar. So senanglah aku bagitau dia apa yang patut di beli untuk memasak dan juga ulam-ulaman yang perlu. Bukanlah janji untuk hari ini tapi untuk makan malam pada esok hari. 

Tugas aku macam biasa lah buat sambal kelapa. Ini syarat wajib nasi kerabu.
Lepas tu aku siapkan juga menu sampingan pilihan ni. Ini tumis budu. 

Begitu juga dengan budu wajib penyedap rasa nasi kerabu ni. Semua ni aku bawa dari rumah kerana ini bahagian yang aku kena siapkan.

Tu diaaa.... Ini lah rupanya telur jeruk atau telur masin kat Adelaide ni.... Tak ada apa beza pun... Sama je kan. Kalau ada beza pun hanya pada harganya saja. Tentulah di sini jauh lebih mahal. Itupun jika di convert harganya dengan duit Malaysia. Aud 4.50 untuk 6 biji. Lebih kurang RM15 lah. Telur jeruk ni aku dapatkan dari Kedai china (Asian Groceries) kat sini.
Kak Has pula siapkan bahagian ulama-ulaman ni. Taugeh tu Kak Has tak sempat nak beli so aku minta Hai yang tolong belikan. Taugeh tu rasanya macam manis-manis sikit. Tak ada dia macam tak best juga kan. Sorrylah, kubis tu macam nampak kasar sikit hirisannya, maklumlah anak dara Kak Has baru belajar nak potong ulam :-) ...

Haaaa..... Ini solok lada. Ini jugalah solok yang K Has beria-ria nak belajar dengan aku. Aku bagitau dan Kak Has siapkan isinya. Tapi dia nak tunggu aku sampai juga untuk merasa dulu. Bila aku sampai petang tu, Kak Has minta aku adjust rasa dulu. Kemudian tugas aku juga untuk memasukkan isi solok ke dalam cili tu. Cili solok kat sini menyamai lada solok dekat kelantan, cuma saiz cili Adelaide ni tiga empat kali ganda lagi besar. Jika nak buat solok, selalunya aku potong dua atau tiga, kadang-kadang tu sampai empat pun ada jika panjang sangat. 

Alhamdulillah dah siap terhidang tu, bolehlah makan.... Semua set dah ada tu. Nasi, sambal kelapa, bahan ulaman, tumis budu, budu, solok, ayam goreng dan telur masin. Aku rasa bersyukur sangat kerana telah dapat memenuhi permintaan Kak Has dan Hai untuk makan nasi kerabu ni.

Ini lepat pisang yang Hai bawa. Tak kalah sedapnya sebagai pencuci mulut.

Kak Has memberi komen yang dia telah berpuas hati kerana telah dapat makan nasi kerabu ni. Selepas selesai segala acara, aku kenalah pula menjadi tok guru. Dah lama Kak Has nak menyalin resepi sambal kelapa nasi kerabu dengan aku. Aku suruh cari dalam internet pun dia tak nak, nak yang aku punya juga. Lagi satu tumis budu dan solok. Hanya yang aku tahu sikit-sikit tu bolehlah aku perturunkan. Susah juga kerana aku ni bukan jenis bersukat, main jangka je. 'Cekegho' kata orang Kelantan.

Ok lepas ni aku boleh tumpukan kepada aktiviti sibuk aku sendiri pulak......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment