Total Pageviews

Sunday, 18 March 2012

AkTiViTi BaRu Di Park Community Centre


Aduuuuh........ Lama betul rasanya aku tak bercerita kat blog aku ni. Seminggu dah berlalu. Macam tak cukup masa pulak. Rindu nak berkongsi cerita pun ada. Cuma masa kurang mengizinkan. Kenapa ya....? Sebenarnya Community Centre yang terletak di Cowan Street Angle Park, tempat aku duk mengikuti kelas bahasa inggeris pada setiap hari khamis tu, bukan sahaja ada library padanya. Malah terdapat 11 bangunan besar-besar kat situ yang mempunyai peranan dan fungsinya yang pelbagai.
Salah satu bangunan kat situ adalah merupakan bangunan Sports, Fitness & Aquatics. Aku dah lama teringin nak join ke tempat ni sebagai member, cuma masa dan kewangan yang tidak berapa mengizinkan. Setiap kali aku ke kelas inggeris, pasti aku melalui depan bangunan ini. Sehinggalah di suatu hari ada pamplet sampai ke peti surat rumahku mengenai pusat sukan ini ada membuat promosi untuk menjadi ahli. Yurannya amat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding yang biasa. 

Apa lagi, aku rasakan ini satu peluang yang Allah bagi pada aku untuk join pusat ini sebagai ahli. Jika dalam waktu biasa, untuk menjadi ahlinya pun kena bayar yuran sebanyak aud 90 sebulan campur aud 30 sebagai yuran pendaftaran. Tapi dengan promosi yang aku dapat ini cuma aud 66  untuk 6 minggu. Apa yang seronoknya aku boleh sentiasa datang tanpa ada limit masa dan hari. Ok sangat-sangat lah tu.....

Setakat ini aku sentiasa hadir pada setiap week days. Weekend pun aku akan ke situ jika hubby ke Uni. Dia tak boleh join sama kerana sibuk dengan tugas-tugas PhD nya yang semakin banyak kini. Bestnya kalau dia dapat ikut sama. Sebagai member, aku boleh ber 'exercise' dan menggunakan apa sahaja peralatan kat situ seperti peralatan kardio (tapi aku tak buat yang inilah), boleh guna gym, ikuti kelas aerobik, boleh swimming dan yang happy nya bila aku juga dapat bersauna setiap masa. Saunanya besar seperti bilik dan diperbuat daripada kayu. Cuma satu yang sayangnya.... aku tak dapat nak tunjukkan gambar kat dalam pusat ini. Ini kerana penggunaan kamera dan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali... sorryla.... 

Banyak sangat aktiviti aku kat sini. Kekadang separuh hari masa aku habis kat sini. Bila balik rumah, sibuk pulak dengan persiapan kat rumah. Petang rehat jap sebelum gi ambik hubby kat Uni. Akukan driver.... Malam pulak aku dah agak penat... tu yang menyebabkan tak sempat nak buka blog tuh. Biasalah mula-mula ni kan, baru-baru nak belajar mengatur masa.

 Ok.... insyaAllah jumpa lagi di lain kisah....
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment