Total Pageviews

Friday, 23 March 2012

Aksi PeMaiN Bidang Terjun

 
Beriadah dan beraktiviti mudah saja di sini. Di mana-mana pun aku selalu tengok mamat-mamat dan minah-minah Aussie jogging atau semata-mata walking tanpa mengira waktu pagi atau petang, siang atau malam hatta pada waktu tengahari ketika matahari tegak di atas kepada dan dalam keadaan panas terik. Exercise sudah seolah menjadi budaya dan kewajipan kepada mereka. Mereka sentiasa mencari ruang dan masa. Aku kagum juga dengan keadaan ini.
Aku pernah tengok juga seorang ibu yang pada agakkan aku baru saja habis menjalani masa pantangnya sedang berjogging sambil menolak scroller yang ada babynya. Aku nampak jelas yang minah ozi tu dah sedia slim tapi tetap juga berjogging. Aku telah membuat kesimpulan mudah bahawa berexercise bukan hanya untuk slim atau kurus, tapi sebenarnya untuk mencari tenaga kecergasan dan ketenangan. Bila exercise di buat, badan rasa sihat dan cergas. Apa yang pentingnya kita dapat mengurangkan perasaan stress yang sentiasa menyimpul dalam kepala dan dada. "Akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat" itu kata pepatah Islam.
 
Aku pun bila ada peluang, cuba juga mengisi masa dengan bermain badminton di rumah kawan ni. Rumah aku kecil je kawasannya. Maklumlah rumah unit je. Rumah kawan aku luas. Ada ruang untuk bermain badminton ni. Best juga bila badan mula berpeluh kerana bersukan ni. Rasa segar je badan. Memanglah mula-mula tu sakit urat, sebab kita dah lama tak main. Tapi cuba teruskan dalam sehari dua, insyaAllah dah tak rasa sakit lagi.
 

Haaa.... Ini adalah pada sesi kedua.
 

Nampak macam dah ready sikit. Ikuti gaya-gaya seterusnya...... :-)
 

Ha ha ha..... bersungguh-sungguh nampaknya.........
 
 

:-)..... Macam lucu pun ada, tapi yang penting kita happy apa yang kita buat kan......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment