Total Pageviews

Friday, 1 September 2017

Raya Haji 2017 (1439H) Kekurangan Yang Sangat Istimewa

Salam Aidil Adha buat semua muslimin dan muslimat.... Diabadikan di sini rutin kesederhanaan sambutan setiap kali hari raya di rumah ibuku....
Hidangan ringkas di pagi raya.... ringkas seringkas-ringkasnya... Kali ini aku masih memasak nasi himpit bersama kuah kacang cumanya tiada sate goreng seperti selalu untuk pagi raya. Ketupat dan tapai tu adalah pemberian dari kakak aku yang rumahnya di sebelah rumah mak.
Mak dan ayah ku memang awal cari sarapan... Jadi tiada masalah memanggil mereka masuk dapur untuk bersarapan.
Dah mandi tu ya... tapi belum mengenakan baju hari raya.... 
4 orang dari adik beradikku telah ada rumah masing2 di kampung. Jadi jika berkumpul untuk menjamu sarapan pagi raya pun hanya aku dan adik yang bongsu sahaja. Itupun jika dia dapat cuti. Jika tidak hanya aku yang akan menemani mak dan ayah.
Jamuan di surau selepas selesai solat raya.
Hidangan simple yang ada selalunya mencukupi.
Di bilik usangku di rumah mak... Hanya ini yang sempat di snap untuk raya haji kali ni... hehe...

*** Alhamdulillah aku dapat melakukan ibadah korban pada tahun ini....

No comments:

Post a Comment