Total Pageviews

Sunday, 27 August 2017

Restoran Hadramawt Castle Shah Alam

About lunch today. Pertama kali datang. Ada sahabat yang recommendkan lama dahulu, hampir 2 tahun dah. Cuma belum sempat pergi. Bila free dan ada something special hari ini, kami pilih restoran ini sebagai destinasi lunch. 

Restoran Hadramawt Castle, begitulah ejaannya, restoran tu dalam bahasa Malaysia, yang lain tu bahasa lain pulak. Ada juga site yang aku jumpa dieja dalam bahasa Inggeris pun ada. Tak kisahlah, janji sampai maksud. 
Ni restorannya, look, ejaan restorannya dalam bahasa Malaysia kan... 

Terletak di alamat :- No 4G, Jalan Pelabur A23/A, seksyen 23, 40300 Shah Alam Selangor.
Ini 4 menu yang aku pilih untuk lunch. Cuba menu ini dulu. Jika banyak sangat tak terhabis pulak. 
Buka menu dan jom kita pilih....

Pilihan Hubby...
Zorbian Lamb....

Katanya :- "Lamb and rice cooked with special spices and vegetable with caramelized onions and nuts"

Sama tak dengan gambarnya dalam menu di atas...? Amat berbeza. Sudah tentu gambarnya lagi indah ok... Jika diberitahu image tu hanya ilusi semata2 pun, janganlah sampai nampak ketara sangat kan... Kosong je nasi tu, timun je hiasannya. Carrot dan tomato seperti yang dalam gambar tu tiada... Takkan la dah habis kot. Restoran ni dibuka hingga jam 12 malam katanya. Sedangkan ini baru waktu lunch. Lama lagi tu operasinya.

Me...

Mixed Grill....
Katanya :-  A mixture of tasty chicken lamb served with fries, garlic souce and bread.
Ermmm... nice dan boleh diterima. Jelira nampaknya. Menarik selera ku... Aku sangat sukalah jenis kebab2 gini.

CUMA NYAAAAA....

Kenapalah kedekut sangat dia nak bagi sekeping roti??? Takkan la bagi satu per empat jeeeee....? Satu dish yang harganya rm30, takkanlah roti tu dipotong 4... Maaflah aku berkasar, tapi takkan lah....  Ah malas la nak teruskan kata2 tentang ni.... 

Yang ini pulak, side dish kami, Mushroom Soup with bread cincang2. Not bad...

Minuman kesukaan kami bila berkunjung ke middle east restaurant. Tengok pada apa keistimewaan teh yang disediakan, cuma di sini tiada menu teh cardamon kegemaranku.

Satu lagi dish ayam bakar yang aku pesan belum siap. Jika nak, kena tunggu. Aik... buka dah lama tapi rupanya ada lagi menu yang belum sempat siap. Bukannya ramai pun customer masa tu. Aku satu meja je. Dah lama duduk baru ada satu family sampai. So aku kansel kan order. Nampaknya proses penyediaan makanan agak lambat. 

Belek lain2 menu yang nampak agak murah harganya ....

Set untuk family....
Dihadapan Restoran Hadramawt Castle dan diari hari ini....

*** Aku mohon maaf dengan komen2 aku di penulisan ini. Mungkin berbeza situasi aku dengan customer lain. Tapi aku hanya berkata yang benar. Semoga ada penambahbaikan selepas ini. InsyaAllah.......

No comments:

Post a Comment