Total Pageviews

Sunday, 27 August 2017

Tiramisu Choc Chip Nama Ku Beri

Dessert ni adalah menu petang semalam. Dibuat bukan kerana sesaja aku nak makan, tetapi kerana ada tetamu jauh yang sekian lama tak bertandang. Jadi ini sebagai dessert tambahan bersama buah2han. 
Bahan2 tersedia ada kat freeze. Tiada topping hiasan cantik, tapi terfikir yang aku ada hirisan buah kiwi kering. 

Bahan yang aku pakai :-
  1. Cream Cheese
  2. Whip cream
  3. Gula castor
  4. Esen vanila
  5. Serbuk koko
  6. Bancuhan nescafe tanpa gula
  7. Biskut
  8. Hirisan kiwi kering sebagai hiasan
Cara-cara :-
  1. Putar cream cheese, whip cream, esen vanila dan gula castor.
  2. Sediakan bekas yg sesuai.
  3. Celup biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun ke bekas yg disediakan tadi.
  4. Lapisi cream ke biskut tadi sebagai layer pertama. 
  5. Taburkan serbuk koko ke atas lapisan pertama.
  6. Ulangi langkah yang sama hingga habis cream. (Aku buat 3 layer)
  7. Hias lapisan atas dengan topping pilihan samada buah strawberry atau blueberry ke atau kiwi ke atau apa saja yg menarik pilihan anda. 
  8. Masuk peti ais sehingga sejuk sebelum di makan. 

Hirisan kiwi kering dipotong2 dan disusun menjadi topping sebagai mencukupkan syarat hiasan. 
Tak cantik sangat tak apa ya... yang penting rasanya tak kalah... :-)

No comments:

Post a Comment