Pagi khamis tu, aku macam biasa, selepas membersihkan rumah kucingku, aku memberikan keistimewaan kepada Adek untuk ikut aku masuk. Dia berlari dan mengikut ke mana saja aku pergi. Kejap kejar ke sana, kejap di sini, panggilnya cepat saja datang. Aku buka riba cepat saja dia mencelah dan terus lena di ribaku... Sayu pulak hati aku hari ni. Bertambah resah dengan plan akhir aku ini. Tetap kepada Allah jua aku berdoa dan berserah.
Before....
Sedih pulak ummi dengan kemanjaan Adek tidur di ribaan ini.
Dalam lebih pukul 3.00 pm gitu, aku pun hantarlah Adek ke klinik dengan resah sebak di dada semua perasaan ada. Selepas doktor check Adek di bawa ke boarding belakang. Aku tinggalkan Adek dengan sebak di dada namun penuh dengan doa. Setiap kali aku nak spay atau neuterkan kucing2 aku, aku tidak mengambil ringan. siap solat hajat solat tahajjud semua. Siapa tak kasihkan kucing yang ditatangnya kan... hanya pencinta kucing yang tahu perasaan ni.
Tak sangka pula, esok pagi aku dan hubby emergency balik kampung. Bermacam perkara bermain di kepala ku ini. Aku terpaksa hantar makanan extra untuk Adek ke klinik dan memberitahu pembantu klinik supaya tambah boarding Adek untuk 2 malam lagi. Sebelum itu aku juga bekalkan sehelai tudung aku agar Adek dapat menghidu bau aku sepanjang berada di situ. Dengan doa dan tawakkal pada Allah aku tinggalkan kucing2 ku di rumah dan Adek di klinik. Dalam hati hanya Allah yang maha tahu...ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Semasa balik selepas 5 hari di klinik...
Adek kelihatan excited jumpa aku dan nak balik....
Seronok dah sampai rumah...
Aku minta maaf kepada kakitangan klinik jika rasa terganggu dengan panggilan telefon dari aku setiap hari untuk bertanya khabar tentang Adek.
Jahitan di perut Adek pada hari ke 6 operation.
Adek kena dikurung sementara di sangkar, jika tidak bahaya la sikit... Adek tu suka melompat sana sini... terkoyak perut tu nanti... risau ummi...
Moga Adek terus sihat dan sejahtera ya... InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment