Total Pageviews

Monday 18 September 2017

Sarung Kerusi Berganti Baru

Setelah sekian tahun berangan nak tukar baju baru untuk kerusi makanku, barulah musim ini tercapai targetnya. Maklumlah dah -+9 tahun duk pakai baju yang sama. Ingatkan sempatlah buat raya puasa 2017, tapi kerana banyak hal lain yang perlu di siapkan, bertangguhlah lagi angan-anganku. Lagi pun aku kurang menjahit pada bulan puasa. No worries if lambat siap jahitan sendiri, yang penting tetap jalan dalam masa terdekat.

Balik dari open house salah seorang rakan ofis hubby pada syawal ritu, aku ajak hubby singgah ke Wisma Jakel seksyen 7 Shah Alam, dengan misi meninjau kain ela yang berbunga2. Tapi sekarang dah tak dibawa masuk lagi, katanya salah seorang sales girl kat situ. Dia mengajak aku ke stor simpanan lebihan kain untuk melihat2 jika masih ada stok lama yang masih ada baki. 

Alhamdulillah ada beberapa pilihan kain berbunga. Cuma coraknya bukanlah yang aku paling berkenan, tapi masih boleh ku terima. Daripada tiada, baik ambik juga la kan. Lebih2 lagi harga yang ditawarkan agak murah berbanding harga asal. Bila diukur ada 13 meter, aku cuma nak 6 hingga 7 meter sahaja. Tapi jika kena dengan harga yang aku minta tawar tu, aku boleh ambik semua. Namun belum sampai rezeki aku, dia tak boleh bagi dengan harga yang aku cuba minta. Nasib dia lah. Ha simpanlah kain tu sampai rosak sendiri kan. Aku cuma ambik 7 meter sahaja.
nanisufi.blogspot.my
Sarung kerusi makan simple, untuk 8 biji kerusi siap dalam masa sehari. 
Pecut tanpa ada traffic light katakan. Kat atas tu nampak 4 kerusi je kan. Ya ada 8 sebenarnya.
nanisufi.blogspot.my
Design sama juga dengan baju lama. Aku sebenarnya nak buat line bersambung ditengah tu dengan kain kosong pink tu. Tapi bile ingat balik, ermm buat mudah2 je lah.... nak cepat je aku ni...
nanisufi.blogspot.my
Sebelah kiri tu bajunya yang lama 😊😊😊 dah usia -+9 tahun gitu...
nanisufi.blogspot.my
Ermm sekali pandang macam yang lama lagi menawan je... tak sarat mata memandang...
nanisufi.blogspot.my
Alaaah... apa nak di risaukan, boring2 nanti boleh tukar lagi. Mudah je sebab sendiri jahitkan... terpulang sendiri la hehehe...
nanisufi.blogspot.my
Ruang makan kecil di rumahku. Meja makan ni pun dah berusia hampir 10 tahun. Sukanya aku jika warna meja tu pun bertukar putih. Aku suka perabot putih2 atau cerah2 nih. Nanti ruang sempit pun boleh kelihatan luas. Hehe... insyaAllah ada masa nanti boleh tunaikan. Berangan dulu la....



No comments:

Post a Comment