On the way dari balik kampung pada Ahad lepas, first time menyinggah di salah satu deretan gerai besar menjual cendol durian di Raub. Itu pun kerana adik aku yang nak belanja minum cendol durian ni. Aku sebut minum kerana ia diisi ke dalam gelas plastik yang besar, bukannya dalam mangkuk sebagaimana lazimnya cendol durian yang biasa-biasa aku makan sebelum ini.
Bila tengok pada menunya, ada 3 pilihan:-
- Cendol Durian Musang King Rm30 (mak aai mahalnya)
- Cendol Durian D24 Rm12
- Cendol Durian Kampung Rm12
Ditanya pulut, katanya dah habis, padahal waktu masih awal aku kira. Kami berempat mengorder jenis yang sama, Cendol Durian D24. Sampai-sampai, alamak besarnya gelas. Seeloknya di share 2 orang kecuali untuk si dahaga. Tapi cendol mana boleh hilangkan dahaga kan.
Ini Cendolnya. Looks cantik kan... lemak berkrim je gayanya.
Ada air santan dan gula melaka, sedikit cendol, kacang merah, dan sesudu isi durian aku agak, hanya sedikit, tak puas makan isi durian jika dibandingkan dengan harga. Aku duk bayangkan ada la paling tidak pun 2 ulas isi durian. hehe... Air je banyak. Rasanya bagi aku dan tanya pendapat hubby pun, just so so... Dengan sudu dan straw yang agak pendek, rasa susah untuk makan cendol dulu sebelum menghabiskan airnya. Sorry to say about that because it's true.
Gelas lebih kurang setinggi botol susu budak yang tinggi tu... diameternya besar.
Ketinggian gelas lebih dari sejengkal aku.
*** Kesimpulan yang boleh aku katakan dengan ikhlas : Masih perlu kepada perubahan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment