Total Pageviews

Monday 3 June 2013

Lagi Misi Pisang Kaki

Perasaan aku sepertinya hari ini hari cuti... hari berlambat-lambat. Mungkin kerana hubby lambat sikit ke Uni hari ni. Selepas zohor bertolaknya. Tapi tak seperti biasa, aku belum dapat bertugas :-) sebagai drivernya. Dia kena naik bas ke Uni, aktiviti yang telah lama dia tinggalkan. "Abe buleh exercise" katanya. Yalah kena jalan kaki lebih 500 meter selepas turun bas. Hari ni, first day dia ke Uni selepas 3 hari bercuti kerana menemani aku di rumah. Kesian... banyak kerjanya yang tertunda....

InsyaAllah... pagi tadi aku dah boleh buka balutan kat tangan aku tu. Dah boleh bersihkan sebahagian tangan. Cuma tampalan pada bahagian terlibat belum lagi dibenarkan untuk aku membukanya. Jadi aku sendiri belum dapat melihat keadaan sebenar bahagian terlibat. Cuma yang aku nampak ada warna kebiruan pada jari-jari aku dan sedikit bengkak diatas sendi jari. Mudahan itu perkara normal saja. 

Semalam... berkeadaan uzur pun, teringin nak keluar berjalan, Hari yang diramalkan hujan tidak seperti yang dijangkakan. Cuaca elok saja, cuma dengan sedikit mendung. Misi mencari pisang kaki, kami ke Torrens Island lagi, kali ketiga. Bukan pagi-pagi tapi sudah menghampiri tengahari dengan harapan ada lelongan yang ditemui....

Ini ha... penggemar pisang kaki tengah memilih buah, borong sampai lebih 9 kilo termasuk 3 kilo yang kawan kirim.

Kali ni harganya masih sama seperti yang lepas, AUD1.99 untuk sekilo. Buahnya agak elok cuma tidak besar. Rasanya tidak kalah, manis. Buah ini juga yang membuatkan urat tangan aku berdenyut-denyut sakit selepas memakannya. Buah sejuk agaknya dan orang yang tak sesuai dengan tubuhnya pun boleh jadi sakit urat.

4 pack x 4 jagung ni, semua sekali ni, hanya berharga AUD2.

Bukan niat nak membeli jagung pun sebab baki yang dibeli dekat coles minggu lepas masih ada. Masa tu AUD2 bagi 1 pack yang ada 4 jagung, aku kira dah murah. Tercabar pulak bila tengok harga murah.

Pink lady dengan harga biasa 99 sen perkilo.
 
 Delima kegemaran aku AUD1.49 perkilo.

Anggur sultana yang manis berharga 1.99 sen perkilo.

Tak nak beli lauk basah pun, tapi saja nak gi ngendap tempat seafood. Ada pulak benda kegemaran aku ni. Beli lebih 3 kilo dengan harga AUD30. Borong habis semua sebab, peniaga pun dah nak balik. Jadi harganya bawah 10 dollar untuk sekilo. Ketamnya besar, 3 ekor pun dah cukup sekilo.

Macam peniaga pulak aku ni, tapi saja mencerita pengalaman......
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment