Total Pageviews

Friday, 21 June 2013

Cycling Di Sore Hari

Sekadar Renungan :
"Amat payah sekali untuk melakukan kebaikan dalam 4 keadaan iaitu:
  1. Memberi maaf ketika dalam keadaan marah.
  2. Bersedekah ketika dalam kesempitan.
  3. Menjauhi perkara mungkar dikala seorang diri.
  4. Berkata benar kepada orang yang ditakuti...."
(Saidina Ali Karramallahu wajhah)

****************************************************
 Berbasikal sebagai salah satu aktiviti riadah. 
Satu pengisian masa bagi yang mempunyai masa. Sesekali aktiviti ini amat menyeronokkan sebenarnya. Jangan bertangguh untuk 'esok saja' atau 'lusa saja' atau 'tunggu hari minggu' atau 'nanti-nanti lah'. Lagi lama menangguh akan jadi makin malas. Mencari kelainan bila berbasikal di tempat kita dengan di tempat orang. Sekali pun dalam kesejukan suhu harian, kita boleh mengeluarkan peluh dengan menunggang basikal. Cukup lah hanya untuk setengah jam pun, sudah dikira bagus. 
Bila berbasikal di jalan raya, langkah keselamatan penuh wajib diambil. Memakai helmet basikal adalah wajib. Jika menunggang diwaktu malam, wajib memasang lampu. Penunggang wajib mengikuti undang-undang jalanraya sebagaimana kenderaan besar yang lain. Satu kesalahan besar jika menunggang dengan tidak mencukupi syarat. Boleh didenda hingga ratusan ringgit jika didapati tidak mengikut peraturan atau basikal yang ditunggang tidak mencukupi syarat. 
Pernah seorang kenalan bercerita yang dia pernah didenda hingga AUD100 kerana menunggang di waktu malam tanpa menyalakan lampu basikal atau mungkin kerana lampu basikalnya rosak masa tu, aku kurang pasti, yang pasti dia didenda kerana tidak memasang lampu. Langsung tidak berbaloi. Betapa ketatnya disiplin di sini.
Di suatu Senja......  :-)
Posted by Picasa

2 comments:

  1. Sejoli berdua nampak...berbasikal pusing kemana tu? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) ermmm... masa ni pusing-pusing di kawasan rumah salah sorang kawan. Bukan basikal sendiri pun... Yang sendiri punya hanya ada satu je.. belum boleh nak sejoli lagi.... :-)

      Delete