Total Pageviews

Monday 1 April 2013

Seri Muka Durian Adelaide 2

Melalui long weekend pun macam tak bercuti bagi aku, macam selalu yang aku bagitau tu juga. Sehingga adakalanya aku pun boleh terlupa hari ni hari apa, hari ahad pun aku boleh kata weekday, sampai pernah tanya kawan pada suatu hari ahad, "budak-budak dah balik sekolah ke belum...?" Ya lah sebab hubby setiap hari ke Uni...

Pejam celik rupanya dah sebulan dah berada dalam autumn. Ini dah pertengahan autumn, dah masuk bulan kedua dah hari ni... Kesejukan dah mula menyelinap, sesekali dah petik dah suis electric blanket untuk menyelesakan diri bila terlalu sejuk tu... dah mula dah jika mandi pun sekali sehari je... pastu dah rajin pakai stokin tebal dah. Dua tiga hari ni pula, hujan kerap turun adakala lebat dan adakalanya renyai...bersesuaian dengan suasana musim luruh. 

Ni ha... janji sekali lagi entry pasal pulut durian ni. Tapi kali ni ada tujuan besar untuk menjadikan dia sebagai pengganti kek hari lahir yang hubby sambut hari tu... Jika entry dulu pun lebih kurang sama juga dengan apa yang aku bakal rakamkan kali ini... sebagai mengingat semula.... Jadi peringkat-peringkat memasaknya lebih kurang ginilah...

Beras pulut direndam seketika sebelum ditanak dan yang ini sudah pun masak.

Ditekan-tekan padat ke dalam loyang. Aku gunakan loyang bentuk bulat ini...

Sediakan kukusan dan masak air sehingga mendidih.... sementara itu....

Dalam blander disukat tepung beras + tepung gandum + tepung kastard + sedikit garam + santan...

Letak sebiji telur juga....

Inilah durian frozen yang aku gunakan....

Masukkan sekali ke blander tu....

Letak beberapa titik pewarna kuning, bagi menampakkan lagi warna durianlah konon....

Kemudian masak atas api sederhana, tapi dapur aku memang takkan nampak api pasal itu dapur eletrik.

Dalam masa duk atas api tu, sentiasa kacau dan kacau sehingga adunan jadi berkilat macam ni....

Pastu tuangkan ke atas pulut yang telah dipadatkan dalam loyang tadi.

Sapu ratakan....

Masak kira-kira setengah jam... lebih kurangla.... 

Ini kira yang dah masak la ni....

Pastu potongla.... tak pandai pulak aku nak susun dengan cantik... tapi percayalah, rasanya amatlah sedapnya.....

Terima kasih kepada 'My Birthday Man' yang masak sendiri kuih seri muka durian ni..... :-)


Posted by Picasa

5 comments:

  1. Salam..nampak lemak berkrim seri muka durian tu...macam ais krim pulak toppingnya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... ikhlasnya sebagaimana yang dilihat, begitulah juga gambaran sedap kecapannya, mungkin yang terlalu lembut berkrim tu kerana terlebih sedikit santan yang digunakan semasa proses membuatnya.

      Delete
  3. k.naniiiii........
    is naaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk.

    pantang tengok durian ni. haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa.... dah licin la Isss.... pantang tengok ke pantang dari makan ni...? :-)

      Delete