Total Pageviews

Friday, 8 June 2012

CiCak Aussie


Selama lebih dua setengah tahun aku kat aussie ni, belum pernah pun aku melihat cicak. Bukan seperti di Malaysia yang mana aku selalu melastik cicak yang banyak berkeliaran di dalam rumah aku. Ada yang seolah dah cop tempat pada bahagian tertentu dalam rumah seperti di kepala tingkap, di belakang langsir, di atas penutup lampu dan merata tempat lagi. Lepas tu di buatnya toilet pula kat situ. Macammana tak geram, tak tahu nak buat apa dah.

Sini aman. Tak ada jumpa tahi cicak pun dalam rumah. Sehingga hari ini aku ingat di sini tak ada pun binatang cicak ni. Tapi macam terjawab bila suatu malam tu aku nampak binatang seperti cicak ni bergantung di luar tingkap bilik air aku dan aku yakin benar dia ini cicak. Hubby pun mengesahkannya. Rasa seperti tak percaya pula. Cuma aku tidak melihatnya dari pandangan belakangnya, cuma melihat dari pandangan perutnya sahaja.

Bagus jugalah sini tak ada cicak ni. Susah bila dia merayap dan berak merata pula. 
Posted by Picasa

Kisah JeNis Pisang Kaki

Tak perasan la pulak aku. Aku ingat semua pisang kaki rasanya sama. Manis, rangup dan sedap sekali. Sekali pun sekarang masih belum musimnya, tapi ada juga beberapa tempat menjualnya dan harganya pun masih mahal lagi. 

Aku ke satu kedai asian grocery ni, nampaklah harganya 2 kilo dengan harga aud10. Biarlah dulu, masih mahal sangat tu. Pergi lagi dalam seminggu selepas itu, dah banyak turun. Jika beli sekilo aud3, tapi jika beli 2 kilo jadi aud5. Teringat pulak hubby selalu duk menyebut. So aku pun pilih-pilihlah cari buah yang elok. Lama juga memilih untuk dapatkan buah yang cantik.

Dah agak 2 kilo tu, bawalah gi kaunter. Orang kaunter tu cakap, ini bukan buah jenis vanilla tau, jadi masih belum boleh dimakan. Aku tanya juga berapa lama lagi untuk boleh makan. Dia pun tak pasti kerana cuaca yang sejuk begini. Aku ni serba salah pulak. Takkan nak letak balik pulak. Jadi aku pun belilah juga. Bila sampai rumah, aku pun try, memang kelat habis melekat dalam mulut dengan getahnya. 

Sampai hari ni pun buah tu masih ada lagi. Tak ada mood aku nak makannya dek kerana kena tunggu betul-betul masak. Hubby lagi lah. Jika musim dulu-dulu, orang duk menyebut pisang kaki vanilla ni aku ingatkan biasa-biasa saja. Kali ni baru aku tahu ada perbezaan yang ketara di situ rupanya.

Thursday, 7 June 2012

KiSah JamBu Aussie


Jambu butir banyak.

Ada sekali tu masa aku menyinggah ke satu garage sale, seorang mak cik aussie ni bagi aku seuncang jambu biji banyak ni. Biasalah dia panggil namanya guava. 

Aku tanya dia samada dia tanamnya, dia tunjukkan pokoknya. Boleh hidup rupanya pokok jambu biji banyak ni kat sini. Untuk mengambil hati dia, aku terima ajelah pemberiannya sekali pun jambu tu dah kuning sangat. Tak sampai hati pulak aku nak bagitau dia yang jika di tempat aku, jambu yang terlalu masak macam ni dah tak sedap dimakan. 

Masa aku nak balik tu, sekali lagi dia cakap, harap aku suka dengan rasa jambu tu. Agaknya dia ingat aku tak pernah makan. Aku pulak lupa nak bagitau yang kat Malaysia pun ada. Apa pun, thank you lah.... 
Posted by Picasa

Wednesday, 6 June 2012

TeRung BaKar BerDaging


Ada la dua tiga kali pernah aku buat menu ini. Lepas tu lupa dan lamaaaaa tak buat dah. Tapi baru-baru ini ketika aku ke Pooraka Sunday Market, aku teringat kepada menu ini bila terpandang kepada sayur terung kat situ. Jarang aku beli terung sebenarnya. Bukan tak makan.... makanlah juga walau pun bukan kegemaranku, cuma bila makan tu, badan jadi berangin. Tu yang malas nak makan tu.

Sebenarnya resepi ini aku dapat idea dari salah satu rancangan masakan di TV yang aku suka di sini, "A Live And Cooking". Ada perbezaan pada ingredientsnya kerana aku dah adjust sikit. Tapi masih ada persamaanya. Aku jadikan dia mudah dan simple. Bahan pun aku main agak-agak sikit.

Bahan kulit :
1 biji terung jenis yang besar tapi bukan yang bulat
sedikit minyak zaitun

Bahan inti:
1 1/2 cawan daging cincang
3 ulas bawang merah
sedikit black pepper
sedikit white pepper
garam secukup rasa

Cara membuat kulit:
Terung di hiris nipis memanjang, Sapu minyak dan salai atau grill kan. 

Cara membuat inti:
Tumis bawang, masukkan daging kisar, black pepper, white pepper dan garam. Gaul sebati. Bila masak biarkan suam sikit.

# Ambil sekeping terung nipis, letak sedikit inti dan gulungkan. Susun dan aturkan ke dalam bekas. Sedia untuk di makan. 
 
Kebetulan hari minggu lalu, kawan aku ada buat kenduri majlis hari lahir anak dia. Jadi rajinlah pulak aku nak bawa menu ini ke rumah dia. Jika tidak tak tahulah bila aku nak buat resepi ni. Jika ada masa dan teringin nak rasa enak dan lemaknya terung grill ini....selamat mencuba.
Posted by Picasa

Mee Segera pun sodaaap...


Sebanyak-banyak makanan, sesekali, tekak ini rindu juga pada mee segera ni. Syhruuuuppp....! Best ni... Jom makan....
Posted by Picasa

Tuesday, 5 June 2012

PaTah TumBuh HiLang BerGanTi


Selepas kira-kira hampir sebulan setengah berperang dengan mesin basuhku yang terlalu bising, selama itu jugalah aku berulang membasuh kain di laundry. Tetapi tak lupa untuk aku dan hubby menservey iklan-iklan mesin basuh second hand yang boleh kami beli. Aku tak ada lah kisah sangat, belum datang pun rasa stress pasal mesin basuh ni lagi. Jadi tak adalah terkejar sangat nak cari ganti. 

Tapi tak tahu macammana, sekali tu ada hubby terlihat satu iklan online yang menjual mesin basuh baru dengan harga yang agak termampu oleh kami. Tiga empat hari juga berfikir dan kami pun dapat terima keadaan. Mesin basuh front loader, 5 kg berharga aud389 dengan tiga tahun dalam jaminan. So kami pun klik lah dan isi borang pembelian pada malam ahad lepas.

Dalam masa 3 hari selepas pembelian, penghantaran akan di lakukan. Siap dia pasang pulak tu. Suatu bonus juga kerana selalunya di sini berbeza dari Malaysia. Tiada penghantaran disertakan. Tetapi jika mahukan penghantaran, perlu pembayaran lain. Mahal pulak tu.
AUD 389 tersedia....
 
Selamat jalan mesin basuh lama.... Terima kasih jasamu selama hampir 2 tahun ini....


Selamat datang.... Sampai-sampai je, terus praktiskan. Banyak kain baju kotor yang menunggu... Yessss.... memuaskan. Mesin baru katakan.... Alhamdulillah.
Posted by Picasa

Monday, 4 June 2012

HeaTer di WinTer

Teringat-ingat juga kekadang kepada keadaan aku pada zaman awal-awal remaja dulu. Terutamanya pada bulan puasa yang mana ada-waktu-waktunya aku kena bangun awal sedikit untuk menanak nasi bagi keluargaku makan sahur. Tradisi keluarga ku masa tu ialah bukan masak nasi awal sebelum tidur, tetapi ditanak pada waktu sahur juga bagi memastikan boleh dimakan segar dan panas-panas. 

Bukan tentang nasi yang aku ingin berkisah, tetapi tentang dapur kayu yang aku gunakan untuk memasak ketika itu. Pada masa itu, belum pernah aku kecapi memasak dengan dapur gas pun, kerana ia belum wujud dalam rumahku. Kiranya aku dulu terror lah masak kesemua makanan pakai dapur kayu ni :-) cheeiii.... bangga nih. 

Jika dulu-dulu tu, zaman tu tak adalah rasanya suhu sepanas hari ini. Kekadang tu menggigil juga sejuk waktu bangun sahur tu. Jadi sambil masak tu berdirilah tepi dapur tu untuk menikmati haba panas dari unggun api, ("ddiang", istilah bagi orang Kelantan). Selesa sangat rasanya dengan haba dari unggun api kerana dapat memanaskan badan yang kesejukkan.

Itu baru muqaddimah ceritaku. Sekarang ni kan dah musim sejuk. Semestinya alat pemanas amat diperlukan oleh mereka yang tinggal di negara-negara yang mempunyai musim sejuk. Jika tidak, tak tahulah apa jadi. Selain stress, boleh sakit jadinya. Ingin aku nak tunjukkan beberapa heater yang aku pakai pada musim sejuk kat rumah aku ni.


Ini adalah heater utama dan tetap yang berada di ruang tamu ku. Jarang aku gunakan kerana bunyinya yang agak bising sikit, tapi bukanlah keterlaluan. Lagi pun hubby kata kos eletriknya mahal sikit. Dwifunction, boleh jadi heater di winter dan boleh tukar jadi air-cond di summer.

Jadi aku pakai yang ini di ruang tamu. Di kenali dengan nama oil heater kerana dia menggunakan minyak di dalamnya. Tetapi tak semestinya aku mengisi minyak padanya kerana telah tersedia ada padanya. Mungkin hingga ke suatu tempoh tertentu agaknya. Ianya panas dan mengeluarkan haba tetapi tidaklah sampai melecur kulit jika tersentuh padanya. Heater ini di pasang sekitar 10 minit sebelum sesuatu ruang terasa warmnya. Sebab itulah rumah-rumah di sini ada sekatan-sekatan ruang bagi memastikan ruangan itu terlingkung untuk menyekat haba dari keluar. 

Pandangan hadapan dan suis controlnya. Mempunyai 12 fin.


Ini pula heater yang sama tetapi berukuran lagi lebar dan mempunyai 19 fin. Ini adalah heater yang aku tempatkan dalam bilik tidurku. Kekadang tu heater ini boleh mengeringkan pakaian yang lembab bila diletakkan di atasnya. Kekadang tu juga, bila cuaca sejuk, baju yang berlipat pun rasa macam basah je. Jadi sebelum pakai tu, letak dulu atas heater ni kejap, bestnya pakai baju suam bila kita dalam kesejukan.


Yang ini pula adalah jenis heater yang segera. Pasang je terus rasa habanya. Tapi dia tidak dapat memanaskan ruang. Hanya kita yang berada dihadapannya sahaja. Bila di tutup, terus kita kesejukan semula. Sesuai untuk di pakai sekejap sahaja seperti bila nak solat sekejap ke, atau selepas mandi dalam proses nak pakai baju ke. Tapi heater yang jenis ni kena beringat sikit, kerana ia panas dan boleh melecurkan kulit. Tidak boleh diletakkan kain padanya kerana boleh terbakar.
 
Jenis yang sama seperti sebelum. Inilah yang selalu aku pakai ketika ingin solat seketika. Lepas berwuduk kan selalu sejuk bila kena air. Jadi heater ni usefull sangat. Cuma salah satu seluar track aku pernah lecur dan berlubang kerana terkena heater yang ini.

Ini pula mini heater yang aku letakkan dalam bilik satu lagi. Bolehlah tetamu gunakan. Aku belum pernah pakai heater yang ini. Ada kawan yang bagi sebelum dia balik Malaysia dulu. 

Dekat sini lazimnya kita akan menggunakan "eletric blanket" di musim sejuk. First time dengar dulu, aku ingatkan eletric blanket ni adalah satu istilah yang di gunakan untuk selimut, tapi rupanya ia adalah satu lapisan seolah cadar, yang dibentang dibawah cadar. Kemudian ada urat-urat wayar halus dan ada suis yang boleh memanaskan saluran urat-urat dawai itu. Dalam kira-kira lebih kurang 10 ke 15 minit sebelum tidur, on kan suisnya. Pastikan tilam kita tu dah tertutup dengan quilt. Masya Allah.... amat selesa sekali bila masuk ke dalam selimut dan baring atas eletric blanket tu selepas menggigil keluar dari bilik air. Suis ni ada controlnya. So boleh pilih suhu yang kita nak. Bila dah rasa selesa, bolehlah tutup suisnya.

Sesuatu yang kena kita jaga kat sini samada pada musim panas atau sejuk, adalah untuk mengekalkan suhu dalam rumah kita sendiri. Biasanya setiap rumah akan ada penyendal bawah pintu ni. Fungsinya adalah untuk menghalang udara keluar masuk dari rumah. Tak nak udara luar masuk ke dalam rumah dan tak nak udara yang dah selesa di dalam rumah terkeluar. Jika suhu sejuk, kita tutup lubang bawah pintu dengan benda ni supaya suhu yang sejuk dari luar tidak dapat masuk ke dalam rumah. 

Dulu aku ingat benda ni tak berkesan apa-apa, tetapi rupanya kesanya amat nyata dengan pengalaman yang dilalui sendiri. Dalam suhu yang sesejuk begini, bila ada matahari sikit, seronok pula berada di bawahnya bagi mendapatkan suhu yang warmnya. Baru aku sedar dan faham, kenapa rupanya orang putih suka berjemur....

Sesetengah rumah masih ada menggunakan 'chimney', tempat memanaskan ruang dan badan diruang tamu dengan nyalaan unggun api. Tapi mungkin rumah aku ni dan macam agak moden sikit, tuan rumah dah tak buat, jadi aku tak dapatlah nak tunjukkan di sini.

Hai.... beginilah cerita seadanya. Ini merupakan suatu keperluan, jadi faham-fahamlah jika kos eletrik naik mendadak dimusim sejuk ini. Jika di musim panas, kos meningkat dengan pemakaian air-condnya, manakala musim sejuk pula meningkat kerana kos penggunaan heaternya.


Posted by Picasa

Friday, 1 June 2012

WelCome 2 WinTer


Bermulanya sekali lagi musim sejuk di Adelaide ini dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Hari pertama ini di sambut dengan sedikit hujan renyai-renyai di awal pagi selepas dua hari di Adelaide ini bercuaca agak sunny. 

Hai... cepat betul masa berlalu, sama seperti pusingan alam yang tanpa henti. Sunnatullah akan tetap terjadi. Selamat kembali kepada winter 2012 ini..... Enjoy.....
Posted by Picasa

SeLaMat TinGGal AuTumn

Setiap musim yang hanya akan di kecapi selama 3 bulan sahaja. Setiap musim bakal membawa perbezaan. Itulah kebesaran Tuhan. Bermulanya musim luruh atau autumn, seolah berada di dalam air-cond yang nyaman. Kekadang masih terasa bahang panas yang sesekali menyelit. Namun bila kedinginan cuaca tersebar, terasalah juga stressnya menahan kesejukan. 

Ini merupakan kali ke-3 aku berada di musim luruh dan ini juga adalah kali yang akhir jika mengikut ketetapan masa yang sepatutnya aku berada di bumi kangaroo ini. Banyak sangat kenangan yang tak mampu di ceritakan semuanya, namun tetap terpahat kukuh di hati, selagi ingatan masih ada.

Antara kenangan di autumn ....


Lori yang di tepi jalan tu sedang menyedut dedaun yang banyak di atas jalan.

Bila dah namanya musim luruh, sudah tentulah banyak daun-daun yang berguguran jatuh dari ranting-ranting pokok. Bermula dengan perubahan warna pada dedaun samada kekuningan atau pun kemerah-merahan. 

Di sini tiada pula tukang sapu sebagaimana di tempat kita. Tak habis nak di sapu daun-daun yang jatuh tu. Tetapi mereka menggunakan suatu alat berupa mesin yang berfungsi seperti vacumm yang boleh blow daun-daun tu untukdi kumpulkan di satu tempat. Namun ada juga yang terus pakai lori untuk menyedut daun-daun yang berlambak jatuh itu terus masuk ke dalam tong sampah padanya. Ini adalah suatu pengalaman baru yang aku dapat lihat di sini.

Lagi kenangan musim luruh....

Perubahan dedaun....



Dedaun pokok yang kemerahan....

Ini dah luruh semua dedaunnya.....

Selamat tinggal kenangan..................


Posted by Picasa

Home Made Mushroom soup & Garlic Bread


Saja buat untuk dinner. Dah lama tak buat. Tak kerap buat bukan kerana aku tak suka. Aku memang suka. Tapi bila buat, aku tak boleh makan banyak. Perutku alah dengan mushroom. Aku tak tahu kenapa. Padahal aku suka sangat mushroom.

Ia menu yang sihat sebenarnya, ada sayur dan ada susu yang aku gantikan tempat cream. Cukup ada karbohidrat, kalsium, sodium, serat dan beberapa zat lagi.
Ini adalah jenis cendawan yang aku selalu gunakan di sini.

Resepi ringkas mushroom soup yang aku buat....

Bahan-bahan (agak-agak):-
1 biji bawang besar (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
2 biji kentang saiz besar (potong dadu)
7 kuntum cendawan segar (potong)
1 cawan susu segar atau sedikit krim
1 sudu serbuk perasa ayam (jika suka)
2 cawan air
garam secukup rasa
sedikit black pepper (jika suka)
sedikit white pepper
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuat :-
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan merah hingga layu dan jangan sampai garing. Masukkan air, kentang, garam, black pepper, white pepper, serbuk perasa ayam dan masak hingga mendidih serta kentang empuk. Masukkan cendawan. Dah agak cendawan masak, tambah susu dan boleh tutup api.  Ketika sup dah agak suam, boleh blanderkan ia. Jika anda mempunyai blander stick tu lagi senang, terus bland dalam periuk tu aje. Pastu dah boleh di hidangkan.

Ini lagi senang. Pakai roti sandwich je. Sapu roti dengan bread spread, sapu juga dengan bawang putih tumbuk atau jika ada yang sebuk lagi mudah. Pastu tabur dengan daun parsley. Kemudian bakar sehingga keperangan. Ingat jangan sampai hangus. Bila dan perang boleh potong dan makan panas-panas di cicah dengan mushroom soup tadi. Rangup ketika masih panas. Sedap sekali, setanding dengan dekat kedai pizza.

Menu tambahan dan sampingan yang menambah selera lagi, ayam bakar. Tak boleh banyak, nanti gemuk lagi... :-)... Tapi.... hubby likes it....

Posted by Picasa