Izinkan daku menulis, bercerita dan berbicara... Biarkan kisahku dan kisahmu saling melengkapi, menjadi warna-warni kehidupan yang mengukir memori indah, suka duka disepanjang hidup. Aku bukanlah seorang yang hebat, tapi aku punyai hati seperti kamu...
Total Pageviews
Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts
Showing posts with label nasi kerabu. Show all posts
Saturday, 11 May 2013
Monday, 11 March 2013
Tempahan Nasi Kerabu Biru Adelaide
Laju masa memecut, tak tersedar aku terlalu kesuntukan mengejar tugasan. Siapa kata suri rumah boleh relaks....? Salah besar tu..... :-( Sedari celik mata di pagi hari sehingga untuk menutupnya semula pada malamnya, hanya berapa lama masa dapat di hitung untuk lama dapat bertafakur. Mungkin lebih sedikit damai ketika menunaikan solat fardhu atau sunat seketika. Ya hanya pada waktu itu lah... kerana masa sentiasa berkejar dan.... MASA TIDAK MENUNGGU KITA.... Kekadang untuk menutup mata di malam hari pun susah dek kerana ligatnya minda berfikir, apa pula perancangan untuk hari esok, atau paling tidak pun waktu dan ketika itu lah minda automatik bermuhasabah dengan apa yang telah dijalani seharian atau.... berapa banyak dosa dan pahala yang telah dilakukan. ALLAHU AKBAR...!
Itu saja sedikit motivasi untuk diri sendiri dan jika sudi, sudilah pembaca merenung pandangan aku kali ini. Di sini kali ini masih seperti iras cerita terdahulu. Tentang sedikit tugasan aku; menerima tempahan sekali lagi. Rasanya dah kali ke berapa, tajuk berkaitan aku keluarkan tapi saja aku harap kalian tidak boring membaca cerita aku ni. Tempahan untuk nasi kerabu ke sekian kalinya aku terima lagi. Masih terima selagi ada kelengkapan dapur aku di sini, sebelum semuanya di garage sale kan dan sebelum tamat pengajian hubby di sini... gitulah seadanya....
Nasi kerabu biru dengan daging itik goreng....
Dada itik goreng
Waaaauu... belum pernah aku makan nasi kerabu dengan daging itik sebelum ini.... Kali ni aku buat pula nasi kerabu versi biru. Saja nak biru selalunya aku suka masak nasi kerabu kuning..... Tapi kali ini biarlah biru. Gambar yang di atas ini aku snap dari portion dalam pinggan hubby pada hari tempahan. Ini juga adalah sukatan untuk satu kepala yang ditempah yang mana aku telah menyediakan tempahan untuk dimakan oleh 50 kepala dengan AUD 5 untuk satu kepala.
Tapi ingat, itu harga yang asas. Jika dalam pinggan tu, yang asasnya adalah tolak daging itik dengan keropoknya. Jadi sekali lagi aku jelaskan, termasuk dalam 6 perkara asas tadi adalah :-
1. Nasi
2. Sambal kelapa
3. Ulam-ulaman (biasanya aku sediakan 4 jenis ulam)
4. Tumis budu
5. Budu mentah
6. Air lada
Kali ini tugas aku kurang berat kerana aku tak payah masak lauknya. Itu cadangan aku sendiri sebenarnya bila aku tahu yang tuan rumah sudah menyediakan BBQ ayam. So bagi aku sudah ok dengan lauk itu selain selepas si penempah tadi telah membentangkan bajetnya pada aku.
:-) Aku diserikan dengan peneman ini pada awalnya. Tapi lepas tu aku kenalah buat kerja sorang-sorang.
Separuh siap, tinggal sesetengah hanya perlu di masukkan ke bekas masing-masing je.... dan tugas ku hampir selesai... tunggu untuk di pick up je....
Ini adalah sebekas agar-agar jelly konyakku berperisa passion fruit serta jelly kelapa yang aku sumbangkan kepada kawan si penempah tu... Terimalah seadanya ya....
Hehehe... ini saja...dah masak untuk orang tu.... menu sendiri untuk dinner pun sama juga....
Ermmmm... sebenarnya hari ni adalah hari 'Adelaide Cup'. So Adelaide bercuti umum hari ini. Tapi aku tetap juga bertugas sebagai driver dengan redhanya.... Aku telah melalui long weekend tanpa hubby bercuti. Bertungkus lumus hubby dengan pengajiannya. Namun....... aku tetap happy..... kenapa? kerana aku boleh merinduinya sentiasa, :-)....
Ok lah... sehingga ketemu lagi di lain tinta......
Thursday, 29 November 2012
TemPaHan Nasi Kerabu Untuk HaRi Ini
Basic.... Siap sedia.... Tunggu di pick up je...
Menerima permintaan pada dua hari lepas, sambil sibuk aku duk packing pun, aku rasa masih berpeluang untuk aku masak. Kerana sahabat.... limit ku sebenarnya minima menerima tempahan adalah untuk 20 orang tapi aku masih boleh pertimbangkan bila tempahannya hanya untuk 13 orang.
Kawan aku ni minta menyediakan hidangan asas AUD 5 per person. Nak datang ambil dalam pukul 11.00 pagi. Ada mungkin macam meeting ke apa tah dekat ofis dia hari ni. So dia nak perkenalkan makanan tradisional ni pada orang putih.
Aku terkejut juga. Macam tak yakin je dia orang dapat makan hidangan yang ada budu ni. Jika tak makan maknanya tak lengkap atau tak sah nasi kerabu tanpa budu. Atau dengan kata lain tak kick. Mana nak sedap. Lebih-lebih lagi pulak jika dimakan guna sudu. Nak gaul pun macam susah je nak sebati. Tak kisahlah....
Aku terkejut juga. Macam tak yakin je dia orang dapat makan hidangan yang ada budu ni. Jika tak makan maknanya tak lengkap atau tak sah nasi kerabu tanpa budu. Atau dengan kata lain tak kick. Mana nak sedap. Lebih-lebih lagi pulak jika dimakan guna sudu. Nak gaul pun macam susah je nak sebati. Tak kisahlah....
Harap-harap dia orang berani mencuba. Apa pun aku memang menunggu maklum balas dari kawan aku tadi. Apa ceritanya orang putih dan nasi kerabu ku ini..... :-)
Friday, 23 November 2012
TemPahan NaSi KeraBu DeVon Park, AdeLaide
Ermm.... Nampak menarik dan mengiurkan. Aku sendirilah tu..... orang lain mana aku tahuuuu....
Saja berkisah, cerita ni sebenarnya dah berlalu lebih sebulan dulu. Masa lagi dua hari nak sambut raya haji. Ada la seorang sahabat yang aku memanglah hormat dan segan juga pada dia. Dia nak buat tempahan menu nasi kerabu untuk di makan oleh 60 orang di pagi raya haji nanti . Terkedu juga aku nak menolak kerana dari bahasanya aku tahu yang dia amat berharap. Dilema sungguh aku masa tu, padahal bukannya masalah besar pun...
Masa tu aku tengah susah hati, so fikiran pun sedikit risau. Antara nak fikir untuk beli bahan dengan pantas dalam masa dua hari, aku fikir juga aku pun sebenarnya nak masak untuk aku sendiri pada malam raya. Aku tak pernah miss masak untuk menu raya setakat ini walau pun sambutan hanya dengan berdua. Apa yang paling berat di fikiran aku masa tu ialah keadaan ayah aku yang baru mendapat kemalangan dan masih di hospital. Semuanya buat aku jadi tak tentu.....
Apa boleh buat, akhirnya setelah berfikir dengan berat hati aku terpaksa menolak dulu tempahan itu dengan alasan yang aku harap sahabat aku tu boleh terima. Aku tak sampai hati ni... tapi sebenarnya dia ok je atau aku pun tak tahulah jika hati kecil dia mungkin sedikit kecewa. Maaflaaaa.... Tapi hati ku terubat lepas tu bila dia nak juga menempahnya jika bukan untuk pagi raya pun, bolehlah anjak untuk minggu depan tapi hanya untuk 30 orang. Hati ku lega bukan apa... maknanya aku dapat juga menolong dia memenuhi hajatnya.
Padahal simple saja tempahannya. Hanya basic dan satu lauk. Tak adalah teruk sangat aku bekerja. Aku ingat hari tu dia nak solok lada sekali. Maklumlah solok itu seolah lambang atau trade mark untuk nasi kerabu jadi nampak istimewa. Jadi apa yang aku sediakan ialah :-
Nasi yang aku suka jika warna kuning. Jika dekat rumah aku di Malaysia, ada bunga khusus untuk menjadikan nasi tu biru. Organik la sikit.
Lepas tu ulam-ulaman lah. Macam biasa.... kesum adalah wajib dan ulaman lain adalah pilihan. Di sini aku sediakan 4 jenis ulaman yang terdiri dari kesum, timun, kubis dan taugeh.
Ini pula adalah extra basic, tumis budu penyengat rasa. Aku gunakan budu jenama pantai made in Thailand yang memang ada tanda halal. Bagi aku dan selera aku yang dah buat beberapa exsperimen, inilah budu yang tersedap di Adelaide ini. Tapi janganlah bandingkan dengan budu dari Malaysia terutamanya dari Kelantan ya.
Yang kena wajib ada lagi ialah sambal kelapa, basic yang wajib. Tidak dinamakan nasi kerabu jika tiada sambal kelapa ini. Untuk peminat pedas pula, kena sertakan air lada ini.
Lauk yang diminta hanyalah daging bakar ini. Satu lauk sahaja untuk 30 orang.
Buat pengetahuan, aku telah meletakkan harga pengenalan bernilai AUD6.00 bagi satu kepala yang terdiri dari nasi, sambal kelapa, ulaman, tumis budu, budu kosong, air lada dan satu lauk iaitu daging bakar ini.
Sebagai penyedia tempahan, aku amat-amatlah berharap agar apa yang aku masak dan buat ini dapat memuaskan hati pelanggan. Apa yang penting juga bagi aku jika sekiranya mereka sudi memberikan komen-komen yang amat berguna untuk aku meningkatkan lagi mutu dan prestasi kerja aku ke arah yang lebih baik.
Saja pula aku tayangkan gambar dibawah ini dengan beberapa lauk pilihan yang aku ada.
Ini adalah hidangan premium yang bernilai AUD12.00, tetapi harga boleh bermula dari AUD 5.00.
Selain bahan basic, ada beberapa jenis lauk pilihan yang terdiri dari ayam goreng kunyit, daging bakar, telur masin, bawang jeruk dan keropok. Tiada kelihatan ikan goreng tepung atau solok lada atau ayam percik atau lain-lain lauk pilihan lagi kerana kebetulan tidak disediakan ketika gambar ini ingin dirakam. Tidak semestinya semua lauk wajib ada tetapi boleh membuat pilihan mengikut selera dengan harga yang berbeza-beza.....
Solok lada dan ayam percik, antara lauk tambahan yang pernah dibuat sebelum ini.
Sekian.....
Tuesday, 20 December 2011
Nasi Kerabu Adik Ipar
Sejak daripada hari mula-mula, aku bertandang ke rumah mak, macam-macam program yang kami rancang. Salah satunya, beria-ria sangat adik iparku ingin membuat nasi kerabu resepi tersohornya. Aku kira ok je. Orang dah offer, kira bolehlah kan. Perancangannya adalah pada jumaat malam sabtu, selang satu malam je dengan program BBQ tu. Cuma ini dia nak sponsor.
Dari selepas waktu solat jumaat, kerja-kerja penyediaan pun bermula. Inilah team kerja tu.
Aku hanya membantu, segala penat lelah banyak berpihak pada chef utama, siapa lagi Duan lah. Bersungguh-sungguh aku tengok dia. Macam tak ada rasa penat langsung.
Segala ulam, telur masin dan air lada dah siap.
Ayam dan ikan bakar pun dah terhidang.
Sambal ikan dan sambal kelapa diasingkan, berbeza dengan nasi kerabu kuning ku yang dah tersohor di Adelaide, hi hi hi....
Nasi kerabu berwarna biru....
Nasi belum cukup, masih perlu ditanak lagi. Air kopi pun nampaknya dah siap.
Dah boleh start makan ni. Sila-sila...... Sedap bangat tu..... ini lah dia perasmi makan malam.....
Semua orang pun makan dengan berselera sekali. Jelira sangat rasanya. Setiap orang pasti bertambah. Aku sendiri pun yang belum menjamah nasi sejak pagi tadi, bertambah dua pinggan nasi. Sedap, sedap, sedap.... Begitulah aku, kalau benda tu aku masak sendiri, tabiatnya aku jadi kurang makan, berbeza kalau orang lain yang masak..... aku boleh makan dengan banyak.
Selepas makan, berehat sambil menonton video kisah lama-lama. Semuanya kekenyangan. Malah, A Kie dapat yang tapau lagi untuk sarapan pada esok pagi.
Alhamdulillah dengan rezeki nasi kerabu sedap malam ini. Yalah... mesti lah sedap kalau semua orang pun memuji dengan rasanya kan. InsyaAllah moga dapat makan ramai-ramai lagi di lain masa. Terima kasih daun keladi kepada adik ipar ku Duan dan pembantu peribadinya EG. Moga lain kali dapat merasa lagi.....

Subscribe to:
Posts (Atom)













