Total Pageviews

Friday, 23 November 2012

TemPahan NaSi KeraBu DeVon Park, AdeLaide

Ermm.... Nampak menarik dan mengiurkan. Aku sendirilah tu..... orang lain mana aku tahuuuu.... 

Saja berkisah, cerita ni sebenarnya dah berlalu lebih sebulan dulu. Masa lagi dua hari nak sambut raya haji. Ada la seorang sahabat yang aku memanglah hormat dan segan juga pada dia. Dia nak buat tempahan menu nasi kerabu untuk di makan oleh 60 orang di pagi raya haji nanti . Terkedu juga aku nak menolak kerana dari bahasanya aku tahu yang dia amat berharap. Dilema sungguh aku masa tu, padahal bukannya masalah besar pun... 

Masa tu aku tengah susah hati, so fikiran pun sedikit risau. Antara nak fikir untuk beli bahan dengan pantas dalam masa dua hari, aku fikir juga aku pun sebenarnya nak masak untuk aku sendiri pada malam raya. Aku tak pernah miss masak untuk menu raya setakat ini walau pun sambutan hanya dengan berdua. Apa yang paling berat di fikiran aku masa tu ialah keadaan ayah aku yang baru mendapat kemalangan dan masih di hospital. Semuanya buat aku jadi tak tentu.....

Apa boleh buat, akhirnya setelah berfikir dengan berat hati aku terpaksa menolak dulu tempahan itu dengan alasan yang aku harap sahabat aku tu boleh terima. Aku tak sampai hati ni... tapi sebenarnya dia ok je atau aku pun tak tahulah jika hati kecil dia mungkin sedikit kecewa. Maaflaaaa.... Tapi hati ku terubat lepas tu bila dia nak juga menempahnya jika bukan untuk pagi raya pun, bolehlah anjak untuk minggu depan tapi hanya untuk 30 orang. Hati ku lega bukan apa... maknanya aku dapat juga menolong dia memenuhi hajatnya.

Padahal simple saja tempahannya. Hanya basic dan satu lauk. Tak adalah teruk sangat aku bekerja. Aku ingat hari tu dia nak solok lada sekali. Maklumlah solok itu seolah lambang atau trade mark untuk nasi kerabu jadi nampak istimewa. Jadi apa yang aku sediakan ialah :-
Nasi yang aku suka jika warna kuning. Jika dekat rumah aku di Malaysia, ada bunga khusus untuk menjadikan nasi tu biru. Organik la sikit.
Lepas tu ulam-ulaman lah. Macam biasa.... kesum adalah wajib dan ulaman lain adalah pilihan. Di sini aku sediakan 4 jenis ulaman yang terdiri dari kesum, timun, kubis dan taugeh.
Ini  pula adalah extra basic, tumis budu penyengat rasa. Aku gunakan budu jenama pantai made in Thailand yang memang ada tanda halal. Bagi aku dan selera aku yang dah buat beberapa exsperimen, inilah budu yang tersedap di Adelaide ini. Tapi janganlah bandingkan dengan budu dari Malaysia terutamanya  dari Kelantan ya. 
Yang kena wajib ada lagi ialah sambal kelapa, basic yang wajib. Tidak dinamakan nasi kerabu jika tiada sambal kelapa ini. Untuk peminat pedas pula, kena sertakan air lada ini. 
Lauk yang diminta hanyalah daging bakar ini. Satu lauk sahaja untuk 30 orang. 

Buat pengetahuan, aku telah meletakkan harga pengenalan bernilai AUD6.00 bagi satu kepala yang terdiri dari nasi, sambal kelapa, ulaman, tumis budu, budu kosong, air lada dan satu lauk iaitu daging bakar ini. 

Sebagai penyedia tempahan, aku amat-amatlah berharap agar apa yang aku masak dan buat ini dapat memuaskan hati pelanggan. Apa yang penting juga bagi aku jika sekiranya mereka sudi memberikan komen-komen yang amat berguna untuk aku meningkatkan lagi mutu dan prestasi kerja aku ke arah yang lebih baik.

Saja pula aku tayangkan gambar dibawah ini dengan beberapa lauk pilihan yang aku ada. 
Ini adalah hidangan premium yang bernilai AUD12.00, tetapi harga boleh bermula dari AUD 5.00.

Selain bahan basic, ada beberapa jenis lauk pilihan yang terdiri dari ayam goreng kunyit, daging bakar, telur masin, bawang jeruk dan keropok. Tiada kelihatan ikan goreng tepung atau solok lada atau ayam percik atau lain-lain lauk pilihan lagi kerana kebetulan tidak disediakan ketika gambar ini ingin dirakam. Tidak semestinya semua lauk wajib ada tetapi boleh membuat pilihan mengikut selera dengan harga yang berbeza-beza.....
Solok lada dan ayam percik, antara lauk tambahan yang pernah dibuat sebelum ini.

Sekian.....


1 comment:

  1. Salam akak tuan punya blog...kalau nak buat tempahan nasi kerabu ni macama ye? Kami di Adelaide ni dah lama mencari-cari sesiapa yang pandai buat nasi kerabu ni. Boleh kami buat tempahan? Dan macamana kaedahnya? tak sabar nak rasa yang mcm dlm gambar tu...

    ReplyDelete