Assalamualaikum wbt...
Cerita pasal makanan luar, nun yang jauh berasal dari negara Korea, kimchi. Sejak sebelum Aidil Fitri lagi, tak tahu kenapa tiba2 NS teringat2 nak mengunyah kimchi. keinginan yang agak pelik sebab NS belum pernah sekali pun meletakkan kimchi pada lidah NS. Terus tiba2 rasa nak makan pulak.
Kimchi yang NS buat dengan sedikit ubah suai mengikut keserasian NS.
NS teringin nak buat sendiri kimchi tu. Hubby kata beli je la, tapi NS nak jugak yang buat sendiri. Maka bermula lah pencarian cara dan bahan2 untuk menghasilkan kimchi idaman ini. Lagi pun bahan2nya mudah untuk dicari.
Ini kali ke-2 NS masak kimchi. Baru sempat bercerita. Kali pertama buat, hampir setiap hari NS meratahnya begitu sahaja. Sedikit demi sedikit. Sebab tu la cepat habisnya. NS juga ada memakannya bersama maggie dan sup. Semua ok. Puas hati NS πππ. Alhamdulillah...
Antara bahan2 dan sayuran yang NS gunakan untuk menghasilkan kimchi.
Ini Kubis Cina / kubis panjang, antara sayur utama dalam kimchi.
Bahan-bahan sayur yang NS pakai :
- Separuh kubis cina, boleh belah 3 dan potong kecil. (tak nak potong pun tak apa sbb versi masing2)
- Separuh lobak putih, NS sagat.
- Sebatang lobak merah NS sagat.
- Daun bawang, potong dalam seinci. Pada kali pertama NS letak je daun ketumbar sebab tiada stok daun bawang.
Cara Buat :
- Gaul Kubis cina dengan garam biar merata. Perap dalam 2 hingga 4 jam. Balik2 gaulkan setiap 30 minit. Bilas sayur dari garam dengan air sekurang-kurang 3 kali. Kemudian perah2kan dan toskan airnya.
- Sayur lain hanya hiris nipis. Ns sagat memanjang halus.
Kubis cina yang baru di taburi garam.
Kacau balik setiap 30 minit.
Di bilas dan di basuh sekurang2 3 kali.
Lobak merah, putih dan daun ketumbar (kali pertama NS buat)
Lobak merah, putih dan daun bawang (kali ke-2 NS buat)
Bahan-bahan untuk Paste kimchi :
- Sebiji bawang besar *
- 5-7 ulas bawang putih *
- Seinci halia *
- Sebiji buah lai/ pear/ epal (Ns Guna buah lai)*
- 2 cawan air
- 5 sudu besar tepung beras
- Kiub Ikan bilis sebagai pengganti sos ikan (NS amat allergic dengan sos ikan)
- Gula
- 3 sudu besar serbuk cili ( ikut suka kepedasan), NS tak boleh terlalu pedas.
- 1 sudu besar cili flakes (ikut suka kepedasan)
Campuran 4 bahan; Bawang besar, bawang putih, halia dan buah lai.
Cara sediakan paste kimchi :
- Kisar bahan yang bertanda *.
- Campur tepung beras ke dalam air dan kacau sebati. NS masukkan sekali dengan kiub ikan bilis tadi. Panaskan atas api. Kacau. Masukkan gula, sentiasa kacau hingga jernih dan likat.
- Selepas tutup api, masukkan serbuk cili serta cili flakes dan gaul sebati.
- Selepas beberapa ketika, masukkan bahan kisar tadi ke dalam adunan tepung beras.
Adunan tepung beras.
Selepas dimasukkan cili dan cili flakes serta bahan yang dikisar tadi.
Cara mencampur / menggaul sayuran dengan paste kimchi :
- Tuangkan paste kimchi kepada sayur yang dihiris nipis (lobak merah, lobak putih dan daun bawang). Gaul rata.
- Ambil kubis cina, dan masukkan ke bekas yang sama dan gaul serata.
- Boleh lah masukkan ke bekas penyimpan dan tutup.
- Biarkan sehari dua atau 3 hari dalam suhu bilik, sebelum disimpan dalam peti ais. Kimchi yang disimpan dalam peti ais boleh bertahan lama sehingga 3 ke 6 bulan atau lebih.
- Tip #, Tidak mengisi penuh kimchi ke dalam bekas, untuk elak ia meletupkan gas. Isi dengan 80-85% sahaja kimchi ke bekas. NS akan buka penutup bekas kimchi setiap hari semasa proses peram bagi membebaskan gasnya. Kimchi boleh terus dimakan atau diperam dahulu sehari dua sebelum disimpan dalam peti ais.
Menggaul paste kimchi pada sayuran yang dihiris.
Semua sekali sayuran dah digaulkan dengan paste kimchi.
Proses....
Dimasukkan ke bekas menyimpan.
NS hasilkan satu bekas besar dan satu kecil, lupa timbang.
Siap... Seronoknya mencuba....πππ
Rasa kimchi yang pedas dan masam memang kena dengan citarasa NS. Kimchi boleh dimakan dengan pelbagai cara, samada diratah begitu sahaja, dengan nasi putih, sup, aneka noodles dan macam2 lagi. Pelbagai menu juga boleh dimasak dengan menggunakan kimchi. Memang NS masuk dengannya. Namun NS tidak nafikan memang ramai juga yang tidak menggemarinya kerana ada bau bawang putih serta lobak putih yang digunakan. Ya, terpulang kepada selera lidah dan tekak masing2. Namun apa yang pasti, kimchi mempunyai banyak khasiatnya kepada kita.
Sekian dan salam sayang dari NS...