Total Pageviews

Saturday, 25 April 2020

Dessert Sagu Berkuah Santan

Sebagai kuih untuk berbuka hari ini...
Berbeza sedikit dengan sagu gula melaka yang menggunakan air gula melaka dan susu cair atau santan lemak sebagai kuahnya / gravy nya... sagu ini dicurahkan dengan santan lemak yang agak sedikit pekat dan telah dimaniskan😃.
 Bahan-bahan yang NS pakai untuk sagu :

  1. Sagu
  2. Air
  3. Pewarna makanan kaler merah
Cara masak :
  1. Panaskan air dalam kuali. NS guna kuali non stik.
  2. Bila air mula mendidih, masukkan sagu dan kacau. Letak pewarna makanan. Jika sagu masih kelihatan ada putih2, itu tandanya masih ada yang mentahnya, tambah lg sedikit air untuk lebih lembut dan masak. Sentiasa kacau hingga lembut dan likat.
  3. Tuangkan sagu ke dalam bekas dan sejukkan.

 Sagu sedang disejukkan.

Bahan2 untuk kuah atau gravy :
  1. Santan kotak
  2. Tepung beras untuk pekatkan
  3. Air
  4. Gula
  5. Secubit garam
  6. Daun pandan
Cara-cara :
  1. Masukkan santan, air, tepung beras dan simpulan daun pandan kedalam periuk dan pasang api.
  2. Bila dah nampak nak mendidih, masukkan gula semanis yang di inginkan. Kadang2 tahap kemanisan yang dimahukan oleh setiap orang berbeza kan, jadi ikut la tahap kita sendiri. Satu lagi pesanan NS, jika santan masih nampak cair, boleh tambah lagi sedikit tepung beras, tapi time ni jangan masuk terus gitu je, nanti berketul2 jadinya, sila bancuh dulu sebelum tuang ke periuk ya... 
  3. Bila dah pekat dan selesa dengan tahap kemanisan gravynya, boleh la matikan api sambil terus mengacau lg dalam 30 saat... 

 Kuah santan untuk sagu.

Bila nak hidangkan, cedok la sagu ke pinggan atau mangkuk dan tuangkan kuah santan ini ke atasnya. 
Siap untuk dinikmati...

Sekian resepi mudah dari NS. Selamat mencuba...✌✌😃

1 comment:

  1. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217 :-* (f)

    ReplyDelete