Total Pageviews

Monday, 27 April 2020

Ayam Butter Portion Biasa (Bukan Isi)

Hari ni NS teringat nak masak ayam butter. Erm jika ada anak saudara NS, boleh minta dia masakkan. Teringat masa dia datang hari tu, dia masakkan ayam butter untuk dinner kami. 

Walaupun dalam stok NS, tiada portion isi atau dada ayam, tapi apa salahnya kita masak bahagian bertulang pun kan. Kita sendiri yang nak makan. NS pakai je mana yang dah ada. Masak ringkas2 je...
Ini dia ayam masak butter dari air tangan NS,,, 😊😊😊

Bahan-bahan yang NS gunakan untuk perap ayam :
  1. Ayam
  2. Garam
  3. Serbuk bawang putih
  4. Tepung gandum
  5. Tepung jagung
  6. Serbuk kari
  7. Sedikit lada sulah dan lada hitam
  8. 1 biji telur
Bahan-bahan untuk Kuah :
  1. Mentega / butter
  2. Bawang putih - cincang halus
  3. Bawang besar - cincang halus
  4. Cili padi, ikut kepedasan - potong halus
  5. Daun Kari
  6. 1 keping cheese cheddar
  7. Susu kotak ( jika guna susu cair lagi sedap)
  8. Gula
Cara-cara NS :
  1. Lumurkan ayam dengan dengan bahan2 perap. Goreng dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan letakkan butter. NS letak sekali dengan sedikit minyak supaya butter tidak hangus.
  3. Tumiskan bawang besar, bawang putih, hingga garing
  4. Masukkan cili padi dan daun kari.
  5. Masukkan susu, kacau, perasakan dengan gula.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul serata dan siap....

Ayam yang telah NS gaul dengan bahan perap.

Bawang sedang ditumis
Susu cair telah dimasukkan.
Ayam yang telah digoreng
Hidangan berbuka puasa ini telah siap...  

Terima kasih...✌✌


Sunday, 26 April 2020

Mihun Goreng Pink Old Style Kelantan + SiamπŸ˜ƒ✌

Assalamualaikum... salam rahmah 3 Ramadhan... cepat betul masa; tup tup, dah pun masuk hari ke 3 puasa dah. Memang feel sangat bulan Ramadhan ni dek kerana hujan yang lebat pada setiap petang kat pekan NS tinggal ni... sehingga ada 1, 2 rumah yang telah dimasuki air pun, kesian mereka... mudahan Allah mudahkan urusan mereka. 

Jika ada bazar ramadhan pun, tentu gundah gulana hati para peniaga kerana hujan yang sangat lebat bersama guruh yang berdentam-dentum setiap petang. 

Hari ni, NS rasa tak nak berbuka dengan nasi. Teringin nak makan mihun goreng je bersama ayam bakar segera. Jadi tak payah la ada juadah lauk hari ni... masa memasak pun pendek... tentu la NS suka kan... πŸ˜ƒ
Jadi, tersedia la menu ini... old style mihun Kelantan ala Siam ni... NS sendiri yang letak nama tu... Mak mertua dulu, suka juga goreng mihun macam ni... masa NS zaman kanak-kanak dulu pun, NS suka beli mihun ni yang dibungkus dalam daun pisang,,, aduuuh aromanya membangkit nostalgia sangat... 
Cara menyediakannya tak payah la cerita, mudah saja, goreng lah dengan cara anda sendiri, asasnya cuma rendam lah mihun tu dengan pewarna pink... atau kuning ke,,, atau apa2 saja warna anda suka. Tapi dah NS namakan dia mihun goreng pink, kena la NS buat kaler pink,, kan... 😁😁
Ok... ini saja lah hidangan untuk berbuka petang tadi... ada sedikit kuih sagu... 
Jangan lupakan cili padi kicap,,, untuk bangkit selera... 

Sekian... sesekali boleh cuba... ✌✌✌πŸ˜ƒ

Saturday, 25 April 2020

Dessert Sagu Berkuah Santan

Sebagai kuih untuk berbuka hari ini...
Berbeza sedikit dengan sagu gula melaka yang menggunakan air gula melaka dan susu cair atau santan lemak sebagai kuahnya / gravy nya... sagu ini dicurahkan dengan santan lemak yang agak sedikit pekat dan telah dimaniskanπŸ˜ƒ.
 Bahan-bahan yang NS pakai untuk sagu :

  1. Sagu
  2. Air
  3. Pewarna makanan kaler merah
Cara masak :
  1. Panaskan air dalam kuali. NS guna kuali non stik.
  2. Bila air mula mendidih, masukkan sagu dan kacau. Letak pewarna makanan. Jika sagu masih kelihatan ada putih2, itu tandanya masih ada yang mentahnya, tambah lg sedikit air untuk lebih lembut dan masak. Sentiasa kacau hingga lembut dan likat.
  3. Tuangkan sagu ke dalam bekas dan sejukkan.

 Sagu sedang disejukkan.

Bahan2 untuk kuah atau gravy :
  1. Santan kotak
  2. Tepung beras untuk pekatkan
  3. Air
  4. Gula
  5. Secubit garam
  6. Daun pandan
Cara-cara :
  1. Masukkan santan, air, tepung beras dan simpulan daun pandan kedalam periuk dan pasang api.
  2. Bila dah nampak nak mendidih, masukkan gula semanis yang di inginkan. Kadang2 tahap kemanisan yang dimahukan oleh setiap orang berbeza kan, jadi ikut la tahap kita sendiri. Satu lagi pesanan NS, jika santan masih nampak cair, boleh tambah lagi sedikit tepung beras, tapi time ni jangan masuk terus gitu je, nanti berketul2 jadinya, sila bancuh dulu sebelum tuang ke periuk ya... 
  3. Bila dah pekat dan selesa dengan tahap kemanisan gravynya, boleh la matikan api sambil terus mengacau lg dalam 30 saat... 

 Kuah santan untuk sagu.

Bila nak hidangkan, cedok la sagu ke pinggan atau mangkuk dan tuangkan kuah santan ini ke atasnya. 
Siap untuk dinikmati...

Sekian resepi mudah dari NS. Selamat mencuba...✌✌πŸ˜ƒ

Friday, 24 April 2020

Friday, 17 April 2020

Salam Jumaat ke 5 PKP

Semoga Allah sentiasa bersama kami...

Selitan bersama sebuah kisah beriktibar :

Presiden Turkey Erdogan berkata:

Ketika saya masih kecil, saya sangat ego, selalu mengambil yang terbaik untuk diri saya sendiri. Perlahan-lahan, semua orang meninggalkan saya dan saya tidak punya teman. Saya tidak berpikir itu salah saya tetapi saya mengkritik dan menyalahkan orang lain.

Ayah saya memberi saya 3 kalimat dan beberapa pilihan untuk membantu saya dalam hidup.

Suatu hari, ayah saya memasak dua mangkuk mie dan meletakkan dua mangkuk di atas meja. Satu mangkuk disajikan dengan satu telur di bagian atas mie dan mangkuk lainnya tidak memiliki telur di atasnya.

Ayah berkata,

Anakku, silakan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan. (Telur susah didapat saat itu). Hanya untuk makan telur selama Festival Tahun Baru Islam. Tentu saja saya memilih mangkuk dengan telur.. Saat kami mulai makan. Saya mengucapkan selamat kepada diri saya sendiri atas pilihan & keputusan cerdas yang saya lakukan dan mendapatkan telur itu. Lalu saya terkejut ketika ayahku makan mie bersamaku, ternyata ada dua telur di bawah mangkuknya, tersembunyi di bagian bawah mie. Saya sangat menyesal.. memarahi diriku sendiri karena terlalu terburu-buru dalam keputusanku. Ayah saya tersenyum dan berkata kepada saya,

ANAKKU KAMU HARUS INGAT APA YANG DILIHAT MATAMU MUNGKIN TIDAK BENAR.
JIKA KAMU BERNIAT MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI ORANG LAIN, KAMU AKAN BERAKHIR DENGAN KEKALAHAN.

Keesokan harinya, ayah saya kembali memasak dua mangkuk mie..satu mangkuk dengan telur di atasnya dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya. Sekali lagi, dia meletakkan dua mangkuk di atas meja dan berkata kepada saya, Anakku..Silakan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan..Kali ini saya lebih pintar. Saya memilih mangkuk tanpa telur di atasnya. Yang mengejutkan saya, saat saya memisahkan mie di atas, tidak ada satu pun telur di dasar mangkuk..Sekali lagi ayah saya tersenyum dan berkata kepada saya...

ANAKKU, KAMU TIDAK HARUS SELALU BERGANTUNG PADA PENGALAMAN KARANA TERKADANG HIDUP DAPAT MENGECOHMU ATAU MENIPUMU, TETAPI KAMU TIDAK BOLEH TERLALU JENGKEL ATAU BERSEDIH, INI HANYA SEBAGAI PENGETAHUAN YANG KAMU DAPAT SEBAGAI PROSES PEMBELAJARANMU. DAN KAMU TIDAK AKAN MENDAPATKAN PELAJARAN SEMACAM INI  DARI  BUKU,SEKOLAH MAUPUN DI BANGKU KULIAHMU.

Hari ketiga, ayah saya lagi memasak dua mangkuk mie lagi, satu mangkuk dengan telur di atas dan mangkuk lainnya tanpa telur di atasnya.. Ayahku meletakkan dua mangkuk di atas meja dan kembali berkata kepadaku.. Anakku...Silakan kamu pilih. Mangkuk mana yang kamu inginkan. Kali ini, aku memberi tahu ayahku, Ayah yg pilih dulu, lalu Ayah saya tidak menolak dan memilih mangkuk dengan satu telur di atasnya. Saat saya makan semangkuk mie saya, di hati saya berkata pasti tidak ada telur di dalam mangkuk. Yang mengejutkan saya.. Ada dua telur di dasar mangkuk. Ayah saya tersenyum kepada saya dengan cinta di matanya..

ANAKKU, KAMU HARUS INGAT.. KETIKA KAMU BERFIKIR UNTUK KEBAIKAN ORANG LAIN, MAKA HAL - HAL BAIK AKAN SELALU TERJADI PADA DIRIMU.

Saya selalu ingat tiga kalimat nasihat ayah saya dan hidupku selalu melakukan sesuai nasihatnya. Dan Alhamdulillah saya berjaya.

Sebab di mana ada iri hati dan mementingkan diri sendiri di situ ada kekacauan dan segala macam perbuatan menjadi jahat..

'Sumber dari ; whatsapp group'