Total Pageviews

Monday, 19 December 2016

Santai Petang di Setia City Mall & Park

Ini masa aku bawa budak2 berdua ni untuk menghilangkan boring mereka di rumah. Nak jalan2 tak tahu ke mana, no idea... tapi suka juga jika boleh lepak2 santai petang di Setia City Park ni. Dulu aku pernah bercerita serba sedikit mengenai tempat ni dalam Ahwaalulhayah ni. Klik sini. Namun sekarang ni ada beberapa bahagian yang dah berubah berbanding dulu.
Parking kebanyakan penuh. Hari ke malam minggu katakan... Jadi nak senang masuk je parking roof kat mall ni. Kemudian berjalan ke Park.
Kak Inein dan Ali...
 
Menyinggah sambil bergambar di ruang pamer ini. 
 
Dah ramai dah rupanya pengunjung waktu ni. Cuaca pun alhamdulillah cerah dan tidak hujan. Jom layan gambar je lah ya... Itu pun tak banyak aku snap pic. Sebab dulu dah beria. So bagi peluang pada budak2 ni je lah kali ni.
  
 
 
Waktu sunset...

*************************************

Tak sangka pula Ali request nak datang lagi petang esoknya. Belum puas lagi katanya.
Baru berjinak2 mencuba dengan kasut roda. Jatuh bangun gitu.
 
 
 
ha biarkan.
 
 
Tengah panas terik masa ni. 
 

Last sekali bila dia dah rasa give up tu, bersurai la dulu. Biar dia puas hati. Lagi pun panas terik sangat. Tak apalah ada masa kita datang lagi.

No comments:

Post a Comment