Salam sejahtera untuk semua,
Dengan penuh kesyukuran buat-Nya, kali ini ingin aku mengkhabarkan tentang pembukaan cawangan ke-2 Restoran baharu Nasi Dagang Wakaf Bharu, yang terletak di Bandar Kota Bharu, Kelantan. Amboi banyaknya perkataan 'baru' tu... Alhamdulillah, Peniagaan keluarga makin berkembang dan bermotivasi. Aku pun turut berbangga, apa taknya, tauke restoran tu yang merupakan adik2 ipar aku juga dan masih muda2 lagi mereka tu. Dengan semangat yang sentiasa membara dan cita2 yang sentiasa berkobar, mereka berjaya melebarkan lagi sayap perniagaan yang kian laris masa kini, industri makanan restoran dan katering.
Aku pernah bercerita dalam 'ahwaalulhayah' ini pada 5 tahun dulu serba sedikit tentang Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu 1 (NDWB) ni... dan kali ini pula cerita aku lebih menjurus kepada pembukaan NDWB (2) yang mula beroperasi pada Isnin 12 Desember 2016, baru saja berusia 9 hari (lebih seminggu) dalam operasi.
Restoran NDWB (2) ini boleh dikunjungi di alamat :
Dalam Bangunan Wisma MGU, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu Kelantan.
Waktu operasi :
Setiap hari 8.00am - 10.00pm
Jika anda berminat untuk membuat tempahan samada untuk perkahwinan ke, majlis raya ke atau apa2 yang berkenaan boleh hubungi talian :-
0111-1199946 (Wanie)
&
012-6728997 (Wan)
Dengan mengambil dan mewarisi pengalaman perniagaan sejak dari zaman nenek lagi, kemudian ibu, kini 2 beradik ini, En Ridzuan dan Puan Shazwani serta suaminya Bawie juga bonda, bergabung tenaga untuk meneruskan perniagaan keluarga ini. Tenaga bonda Siti Hasiah dan kakitangan lain tidak kurang hebatnya. Bonda masih bersemangat dan merupakan tulang belakang penting dari balik tabir. Air tangan bonda masih dapat dikecapi dalam masakan NDWB. Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat bonda.
Perniagaan yang ditubuhkan sejak 15 tahun yang lepas, bermula dengan warung kecil nasi dagang di hadapan Klinik Wakaf Bharu yang masih beroperasi hingga kini. Perniagaan warung ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan warga tempatan Wakaf Bharu dan kawasan sekitarnya. Dengan sokongan ini, telah memberikan lebih motivasi untuk mereka membesarkan perniagaan dengan membuka sebuah restoran di Bandar Kota Bharu.
Restoran baharu ini juga menyediakan pelbagai masakan istimewa dengan rasa yang sangat sedap dan menyelerakan. Mereka juga menerima tempahan dan katering untuk pejabat2 dan majlis perkahwinan juga majlis perayaan. Dengan pengalaman luas keluarga dalam perniagaan makanan dan kuih-muih sejak puluhan tahun bermula di pasar lama Wakaf Bharu, mereka yakin yang Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (NDWB) mampu menawarkan perkhidmatan terbaik dan boleh memuaskan hati para pelanggan.
Antara menu terbaik yang di sediakan di sini adalah 'Nasi Dagang VIP', 'Lontong Bonda', juga 'Laksa Adinda'. Terdapat juga menu nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk. Tidak ketinggalan juga mereka menambahkan pelbagai menu masakan panas mengikut kehendak pelanggan. Jadi silalah berkunjung ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (NDWB) jika ingin menikmati dan mencuba juadah-juadah yang sedap ini.
Majlis solat hajat diadakan sehari sebelum perasmian pembukaan.
Kad jemputan di hari pelancaran dan perasmian ↓↓
Pada Ahad, 11 Desember 2016 jam 12.00 tengahari hingga 3.00pm.
Jom kita lihat suasana dalam restoran dan pengunjung pada hari perasmian restoran....
Ahli kumpulan penggerak NDWB(2)
Puan Wanie (berbaju merah) dan jemputan.
Puan Wanie adalah 'superwoman' & tauke NDWB
Duduk dari kiri, En. Bawie (suami Puan Wanie), Piya (pemain bola sepak), En.Ridzuan (Tauke NDWB) juga anak ketiganya Muaz.
Feedback dari facebook....↓↓↓
Jom kita tinjau pula menu2 special di NDWB(2) ini......
Nasi dagang ikan : Rm4.50
Nasi dagang ayam : Rm4.50
Nasi Dagang Special : Bergantung permintaan lauk.
Salah satu menu masakan panas.
Antara special minuman yang disediakan....
Soda Herb Drink... mesti cuba baru tau rasa...
Special bandung cincau...
Bandung & Manggo juice
Feedback through whatsapp & facebook...
Siapa yang tak happy dan puas hati bila tengok pelanggan makan sampai licin... hehe...
Ini adalah tempahan untuk majlis kecil yang diadakan dalam Restoran NDWB(2)...
Pekerja yang bersemangat, masih mampu bekerja dalam keadaan sakit kaki akibat kemalangan... Semoga cepat baiknya.
NDWB & Pengunjung↓↓↓....
Di bawah ni aku sisipkan jugak beberapa suasana yang boleh dilihat di Warung Nasi Dagang Wakaf Bharu (1)↓↓↓.... ,warung asal yang masih utuh dan gagah beroperasi hingga kini.
Sesungguhnya sebagai sebuah restoran ke -2 yang masih terlalu baru, mereka amat memerlukan sokongan dari semua pihak untuk bergerak lebih maju. Matlamat mereka adalah ingin menjadi sebuah restoran terunggul di Kelantan dengan menu sajian yang terbaik untuk para pelanggan mereka. Sokongan pelanggan dapat merealisasikan dan sama-sama mencipta sejarah dan kemajuan restoran ini.
"Jika melancong ke Kota Bharu, mesti melencong ke Restoran Nasi Dagang Wakaf Bharu (NDWB), Ingat Kota Bharu... ingat Nasi Dagang Wakaf Bharu..."
Sekian Terima Kasih....
***Sumber gambar dari mobile :-
1. Puan Wanie
2. En. Duan
3. En. Bawie
4. En. Manaf
5. En Sujairie
6. Sr. Dr. Sufian
Kena cuba nih. Asyik layan gambar jer. Slalu pegi kedai depan klinik jer.cawangan NDWB nih lebih strategik lokasinye ya. Sebelom shoping kat mydin dan pasaraya pantai timur, amik tenaga dulu kat NDWB. Lepas shopping makan tengahari pulak.eemmmm... bagussss... eh depan hotel Juita Inn kan? Pelanggan hotel buleh ke seberang jalan jer nak rasa masakan asli kelantan. I like.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih ya Marhoney sudi singgah sini...
DeleteYa restoran NDWB (2) ni lebih strategik lokasinya. Kira2 dlm 100 meter dr mydin. Betul tu depan Juita Inn.
Sila2 lah berkunjung ke sana utk merasai pelbagai hidangan istimewa terutamanya nasi dagang itu sendiri :-)...
Ramai yang kata Nasi Dagang restoran ini sangat sedap. Insyaallah bila melancong ke Kota Bharu nanti saya nak cuba.
ReplyDeleteTerima kasih singgah sini. InsyaAllah sedap dan jelira kata org kelatei :-)
DeleteYa ahlan wasahlan...