Total Pageviews

Wednesday, 12 February 2014

Langkawi Day-3 @ Kota Mahsuri

Salam pagi, kesejahteraan kepada semua pembaca. Besambung lagi cerita aku ke Langkawi pada hari ketiga di sini. Aku rasa, jika datang ke Langkawi, lengkapkan lawatan kita ke Kota Mahsuri ni. Umpama muzium terbuka untuk kita melihat sejarah mengenai langkawi dan kisah terkenalnya tentang Mahsuri.
Jadi selepas bersiap pagi dan turun breakfast awal, aku meneruskan agenda yang dah kami plan pagi ni, iaitu ke Kota Mahsuri.
Sarapan berat juga ni...
Roti bakar pun makan juga.
Keadaan masih lengang dari pengunjung dan kosong semasa aku sampai. Mungkin masih lagi awal, atau aku yang tertiba awal. Tidak mengapa yang penting telah dibuka. Mudah untuk aku parking kereta. 

Dari luar sini, telah kedengaran bunyi muzik gamelan yang dimainkan oleh kumpulan yang memang bertugas di situ... mungkin bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung agaknya. Ada lagu seumpama pencak silat dan kemudian macam muzik chak lempong pun ada.
Laluan pintu masuk
Tiket masuk yang dikenakan ialah rm7.00 bagi dewasa
Ini la mainan muzik yang didengar hingga ke luar tadi. Dapatlah aku melihat persembahan mereka secara live. Mereka mainkan muzik dengan berbagai lagu bergilir2.
Ahli kumpulan ni terdiri dari anak-anak muda lagi dari pengamatan aku.

Meneruskan laluan.....
Melihat makam Mahsuri.
Al-Fatihah buatnya jika benar kewujudan Mahsuri dalam lagenda Langkawi.

Aishah, dikatakan keturunan ke 7 mahsuri....
Di waktu hari pernikahannya.
Ruangan cenderamata
Sup gamat Rm5.00 semangkuk kecil.
Aku mencubanya, alhamdulillah boleh telan isi gamat yang dipotong kecil2 tu. Sedap juga dan tidak hanyir pun supnya. Rasa seperti sup ayam je. Dikatakan banyak khasiat seperti yang telah kita semua maklum.
Tempat menghirup sup disediakan
Telaga Mahsuri. 
Hubby menceritakan pengalamannya yang telah datang lamaaaaaa suatu ketika dulu, zaman remaja masa tu. Katanya masa tu pihak sini menyediakan satu timba yang boleh pengunjung mengambil air dari perigi dengannya. Bolehlah buat minum2 ke, basuh muka ke....basuh kaki ke... tapi sekarang tiada lagi begitu, malah dilarang mengambil air darinya. 

Tidak jauh dari perigi ini, ada satu gerai kecil yang menjual air dalam botol dari telaga Mahsuri. Macam-macam khasiat tertulis, antaranya awet muda. Aku tak tahu samada boleh dipercayai atau tidak, tetapi aku tidak membeli pun air tu. 

Aku meneruskan tinjaun ke beberapa buah rumah lama yang terjaga yang ada di dalam kawasan Perkampungan Kedah ini....
Semuanya klasik dan elok terjaga
Menandatangani ruang di dinding yang tersedia. Hehehe... tanda yang kita pernah ke sini la kononnya.
Buaian...
Congkak gergasi...
Masuk ke muzium pula... Bermacam-macam benda dan cerita dipamerkan. Tak mampu nak snap semua.
Bergambar dengan pantulan cermin...
Di hadapan bangunan Kota Mahsuri...
Selesai misi di sini... lepas ni ke tempat lain pula.... Bercadang ke Oriental Village selepas ni... Jom... Sekian...

No comments:

Post a Comment