Aku paling teruja dengan aktiviti ini.... tak sabar rasanya nak terbang....
Tengahari tadi datang bertanya, mereka kata jika waktu petang lagi meriah dan best. Petangnya aku datang pada waktu yang dijanjikan. Bersama aku, ada beberapa lagi peserta yang berminat berparasailing ini. Kami dibawa menaiki van ke tempat perlepasan bagi parasailing, dihujung pantai sebelah sana.
Aku hanya naik individu. Berhajat sangat naik bersama hubby, biar sama2 merasa pengalaman ini, tapi punyalah hubby tu takut. Jadi aku tak naklah memaksa dia kerana aku kenal siapa dia. Aku ni suka mencuba. Perasaan takut tu tetap ada cuma diatasi semangat ingin rasa yang membara.
Instructor tu ada tanya juga samada nak naik individu atau berdua dengan dia. Tapi dia kata lagi jika secara individu lagi best sebab ringan dan boleh terbang lagi tinggi. Usah risau pasal cara mengendalikan tali untuk turun nanti kerana mereka akan ajar caranya dan mudah pula cara mengendalikannya. InsyaAllah aku yakin. Pada aku, jika jatuh pun, jatuh dalam air... hehehe...
Maka persiapan pun di buat untuk aku. Aku peserta yang pertama pada petang tu, Aku ingat aku peserta kedua, tetapi kerana persiapan aku yang siap dulu. Segan juga pada mulanya kerana sebagai peserta pertama tentu semua mata memandangnya. Tapi buat selamba je. Anggap orang tengok kerana nak tahu caranya kan.
Life jacket wajib pakai, andai kata jatuh ke air boleh terapung.
Penerangan oleh instructor aku kena dengar betul2.
Dua peserta pasangan suami isteri dari Bangladesh memerhati sambil menunggu giliran selepas aku.
Banyaknya prosedur....
Menarik nafas panjang melegakan debaran yang dah mula terasa.
Tengah ready...
Tali yang di depanku itu adalah tali yang bersambung ke boat yang menarik aku nanti.
Ceria dalam debar nampaknya.
Masih menanti arahan...
Akan berlepas beberapa saat lagi....
Payung besar mula terbuka
Mulakan larian ke depan
Mula terangkat
Episod terbang tinggi yang menyeronokkan.
Alhamdulillah dapat mendarat dengan jayanya. Bagai terjun guna paracute pula.
Lega dan gembira.
Duduk santai2 memerhatikan peserta lain pula.
Aku suka dengan aktiviti ini. Namun bagi aku cukuplah sekadar sekali mencuba. Tapi jika ada lagi peluang dan masa, apa salahnya... :-)
Episod terbang tinggi yang menyeronokkan.
Peluang ini digunakan untuk memerhatikan seluruh pemandangan yang terbentang luas di bawah. Alangkah indah dan damainya. Bibir tak lepas mengucapkan zikir melihat kebesaran Allah.
Bila naik secara individu, kedudukan aku berada paling tinggi ketika ini.
Selepas kira2 10 ke 15 minit pada agakkan aku, aku mula ditarik untuk melakukan pendaratan.
Aku perlu perhatikan ke bawah kepada instructor yang bakal mengarahkan aku dengan isyarat tangannya. Bila diberi arahan, aku perlu menarik satu tali berupa kain bewarna merah di bahagian atas kepala ku dengn kuat. Panik juga sebentar kerana tanganku tidak sampai untuk mencapai tali itu. Dengan sepantas usaha daya aku cuba juga melonjakkan badan supaya dapat juga mencapainya, kerana ini prosedure penting. Bila kita menarik tali itu seolah kita membuat pusingan pergerakan kita. Mujur aku tidak terjatuh ke atas bumbung bangsal di bawah.
Alhamdulillah dapat mendarat dengan jayanya. Bagai terjun guna paracute pula.
Lega dan gembira.
Duduk santai2 memerhatikan peserta lain pula.
Aku suka dengan aktiviti ini. Namun bagi aku cukuplah sekadar sekali mencuba. Tapi jika ada lagi peluang dan masa, apa salahnya... :-)
Sekian.....
No comments:
Post a Comment