Total Pageviews

Tuesday, 25 February 2014

Kepala Ikan Mayung@Gulai Lengkuas

Ermm.... dah lama benar aku tak masak gulai lengkuas kepala ikan Mayung ni... ikan mayung dlm loghat Kelantan sebutannya adalah ikan 'maya/mayo' bunyinya... fikir aku dari rupa bentuknya aku kira ia adalah sama. Yang pasti bila aku makan, rasanya pun sama. 
Kepala ikan mayo masak lengkuas.... 

Tak jauh dari kawasan tempat aku tinggal ni ada pasar minggu. Kadang-kadang terasa rajin nak ke pasar  pagi yang aku panggil dia 'pasar jumaat'. Pasar ini beroperasi seminggu sekali pada pagi jumaat hingga ke tengaharinya. Sebab itu lah aku sebut dia sebagai pasar jumaat. 

Dah namanya pasar pagi, banyak pilihan yang ada. Tapi satu benda yang aku tak puas hati ialah pasal lauk pauk mentah yang diniagakan di sini... tinggi sikit harganya. Ini berdasarkan bila aku bandingkan harganya dengan satu pasaraya iaitu NSK, yang mana aku lebih suka membeli lauk pauk di sana. Nak kata kat pasar jumaat tu lagi fresh, tak ada lah sangat, biasa-biasa je....

Jadi kelmarin, masa aku ke NSK ni, kebetulan masa melalui kawasan lauk mentah ni, terpandang lah dekat beberapa keping kepala ikan mayung ni. Sekilo dengan harga rm9.90, aku kira harganya ok je. Berkebetulan tengah cari juga idea, nak masak apa untuk petang nanti. Jadi bila terpandang je kepala ikan ni, terus berangan nak masak gulai lengkuas. Resepi ini resepi kampung yang aku belajar secara semulajadi (kerap perhati) dari mak aku masa di alam sekolah menengah dulu-dulu... :-)

So di sini bolehlah aku nak abadikan juga sharekan apa yang aku pakai simple-simple untuk masak kepala ikan mayung ni.. 

Bahan-bahan yang aku pakai:-
  1. Satu kepala ikan mayung yang dah dibelah dua.
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 2 inci lengkuas
  5. 1 inci kunyit (boleh pakai 1 sudu besar serbuk kunyit)
  6. 2 sudu besar cili boh (boleh pakai cili kering blender)
  7. 1/2 liter santan sederhana pekat
  8. 2 keping asam keping
  9. Garam secukup rasa
  10. Sedikit gula
Kepala ikan yang direndam dengan air perahan asam limau.
Kepala ikan yang telah dibersihkan. 

Cara-cara masak :-
  1. Macam basic permulaan, bersihkanlah kepala ikan. Aku rendam kejap dalam air yang diperah dengan 2 biji limau nipis. Bagi kurang sikit bau hanyirnya. 
  2. Ada satu cara klasik, ikan diperap dengan garam selama sekurang-kurang sehingga esoknya sebelum dimasak... aroma nya nanti kuat macam ala busuk sikit tapi best... 
  3. Blendkan bawang merah, putih, lengkuas dan kunyit. Jika pakai ciki kering blendkan kan lah sekali. Nak sedap lagi kena tumbuk semua tu pakai lesung. Itu rahsia kesedapan masakan orang dulu-dulu. 
  4. Masukkan bahan kisar serta santan ke periuk. Mula pasangkan api sedarhana. Kacau sentiasa sehingga mula mendidih.
  5. Perlahankan api dan masukkan kepala ikan ke kuah.
  6. Masukkan asam, garam dan gula serta sesuaikan rasa. Dalam 10 minit isi ikan dah masak dah.... atau hingga kuah pecah minyak. Siap lah.... 
Kuah perlu dikacau sehingga mendidih.
Hidangan bersama ulam pegaga juga budu tempoyak... 
Menyejukkan anak tekak dengan homemade laici kang selepas makan.... 
Try-try la cuba.... :-)

Thursday, 13 February 2014

Wednesday, 12 February 2014

Langkawi Day-3 @ Perusahaan Gamat

nanisufi blogspot
nanisufi
nanisufi blogspot

Langkawi Day-3 @ Oriental Village

Selepas dari berkunjung ke Kota Mahsuri, aku meneruskan perjalanan menuju ke Oriental Village. Macam-macam juga ada kat sana especiallynya nak naik cable car la.
Cantik persekitarannya...
Deretan bangunan kedai cenderamata di sini...

Pemandangan yang cantik...
Destinasi utama...
Sayang sekali, rezekiku belum sampai untuk naik SkyCab dalam kunjungan ke Langkawi kali ini. Langkawi SkyCab ditutup buat sementara waktu yang entah berapa hari berlangsung. Proses maintenance sedang berjalan. Yalah demi kebaikan dan keselamatan kan. InsyaAllah rezeki ada di lain kali.
Hanya bergambar kenangan di hadapan tempat berataur membeli tiketnya saja.


Juga pemandangan bukit tinggi yang menjadi laluan juga destinasi bila naik skycab nanti.
Di sini kami bertemu dengan rakan dari Bangladesh yang sama2 naik parasailing semalam. Mereka berdua pun agak kecewa kerana SkyCab ditutup ketika ini. Mereka ni lagi jauhnya nak datang. Kesian kami kan...

Macam Bangladesh dengan Nepal pulak. Ada rupa Nepal tak my hubby tu... Dekat Sydney dulu, ada yang cakap macam tu. Orang Nepal sendiri yang cakap.

Sempat masuk ke sini... Cinemotion 6D. Tersangatla sukanya aku. Umpama naik real roller coaster yang tinggi sangat dan masuk ke dimensi alam lain pulak... betul-betul seronok...

Menyambung bersiar-siar...




Konon-konon di negeri China.
Taman Naminara...
Perasan di Jepun la pulak..




Dah nak keluar dari Village ni...


Tak sempat nak naik Duck Tours ni... InsyaAllah lain kali...



Di perjalanan keluar.... Ke destinasi lain pulak selepas ni....

Langkawi Day-3 @ Kota Mahsuri

Salam pagi, kesejahteraan kepada semua pembaca. Besambung lagi cerita aku ke Langkawi pada hari ketiga di sini. Aku rasa, jika datang ke Langkawi, lengkapkan lawatan kita ke Kota Mahsuri ni. Umpama muzium terbuka untuk kita melihat sejarah mengenai langkawi dan kisah terkenalnya tentang Mahsuri.
Jadi selepas bersiap pagi dan turun breakfast awal, aku meneruskan agenda yang dah kami plan pagi ni, iaitu ke Kota Mahsuri.
Sarapan berat juga ni...
Roti bakar pun makan juga.
Keadaan masih lengang dari pengunjung dan kosong semasa aku sampai. Mungkin masih lagi awal, atau aku yang tertiba awal. Tidak mengapa yang penting telah dibuka. Mudah untuk aku parking kereta. 

Dari luar sini, telah kedengaran bunyi muzik gamelan yang dimainkan oleh kumpulan yang memang bertugas di situ... mungkin bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung agaknya. Ada lagu seumpama pencak silat dan kemudian macam muzik chak lempong pun ada.
Laluan pintu masuk
Tiket masuk yang dikenakan ialah rm7.00 bagi dewasa
Ini la mainan muzik yang didengar hingga ke luar tadi. Dapatlah aku melihat persembahan mereka secara live. Mereka mainkan muzik dengan berbagai lagu bergilir2.
Ahli kumpulan ni terdiri dari anak-anak muda lagi dari pengamatan aku.

Meneruskan laluan.....
Melihat makam Mahsuri.
Al-Fatihah buatnya jika benar kewujudan Mahsuri dalam lagenda Langkawi.

Aishah, dikatakan keturunan ke 7 mahsuri....
Di waktu hari pernikahannya.
Ruangan cenderamata
Sup gamat Rm5.00 semangkuk kecil.
Aku mencubanya, alhamdulillah boleh telan isi gamat yang dipotong kecil2 tu. Sedap juga dan tidak hanyir pun supnya. Rasa seperti sup ayam je. Dikatakan banyak khasiat seperti yang telah kita semua maklum.
Tempat menghirup sup disediakan
Telaga Mahsuri. 
Hubby menceritakan pengalamannya yang telah datang lamaaaaaa suatu ketika dulu, zaman remaja masa tu. Katanya masa tu pihak sini menyediakan satu timba yang boleh pengunjung mengambil air dari perigi dengannya. Bolehlah buat minum2 ke, basuh muka ke....basuh kaki ke... tapi sekarang tiada lagi begitu, malah dilarang mengambil air darinya. 

Tidak jauh dari perigi ini, ada satu gerai kecil yang menjual air dalam botol dari telaga Mahsuri. Macam-macam khasiat tertulis, antaranya awet muda. Aku tak tahu samada boleh dipercayai atau tidak, tetapi aku tidak membeli pun air tu. 

Aku meneruskan tinjaun ke beberapa buah rumah lama yang terjaga yang ada di dalam kawasan Perkampungan Kedah ini....
Semuanya klasik dan elok terjaga
Menandatangani ruang di dinding yang tersedia. Hehehe... tanda yang kita pernah ke sini la kononnya.
Buaian...
Congkak gergasi...
Masuk ke muzium pula... Bermacam-macam benda dan cerita dipamerkan. Tak mampu nak snap semua.
Bergambar dengan pantulan cermin...
Di hadapan bangunan Kota Mahsuri...
Selesai misi di sini... lepas ni ke tempat lain pula.... Bercadang ke Oriental Village selepas ni... Jom... Sekian...