Total Pageviews

Wednesday, 25 December 2013

MengUbat Rindu MenCipta Rindu...

Erm... Cuti Christmas hari ni hanya sehari... tidak ke mana-mana pun aku, plannya nak menyambung dan menyudahkan sedikit lagi kerja-kerja mengecat dinding bilik yang comot semasa proses baik pulih beberapa minggu lalu. Asyik terbantut je kerja tu. Yalah balik kampung hari tu pun dah makan masa seminggu dah. Lepas tu ramai pula tetamu datang bertamu. Lebih seminggu tetamu membawa rahmat ke rumahku. Tipu jika aku kata tak penat. Tapi dalam masa yang sama tercipta riuh rendah juga kemeriahan.

Balik kampung.........
Menunaikan hajat dihati yang dipendam lama, dari musyawarah dengan adikku, jadi juga rupanya janji nak balik kampung sama-sama. Hanya aku dan dia, yang juga berkebetulan masih dalam cuti sekolah. Dengan berat hati jugalah meninggalkan Mr. Hubby masing-masing, seorang di Johor dan seorang di Selangor.

Selepas sahaja selesai bercuti di Janda Baik hari tu, belum habis penat berkemas, menyambung pula dengan persiapan untuk balik kampung. Pasti kalian berkata, apa nak kalutnya, pulang bersendiri, tapi ini lah yang dinamakan seorang yang bernama 'Aku'. Selagi tak lengkap segala barang, bukan balik kampung namanya. Apatah lagi sebahagian dari barang yang dibawa adalah untuk beberapa individu di kampung nanti. Bagi aku, biar berat tangan menarik beg, asal jangan ada keperluannku yang tertinggal.

Dah bertahun-tahun.... lama sangat tak balik kampung dengan menaiki bas yang mana tiketnya telah aku beli beberapa hari lepas. Naik bas double decker dan memilih tempat di tingkat atas. Perjalanan siang hari yang aku pilih mungkin menjadi salah satu faktor aku terpaksa merempuh perjalanan yang dirasa agak lama dari perjalanan di malam hari. Campur pulak dengan masalah traffic sesak pada sebelah pagi dan petang. Cuaca pun boleh kata hujan je dikebanyakan sepanjang perjalanan tu, yang adakalanya bas terpaksa bergerak perlahan. Malah aku yang selalu mabuk bas sejak zaman kanak-kanak dulu, masih mengulangi nostalgia lama itu. Masih muntah-muntah dek kerana bau perfume yang disemburkan dalam bas juga bau bas itu sendiri. Itu juga menjadi satu faktor kenapa perjalanan ku rasakan menjadi panjang.

Sekali ingat, macam dah serik dah, tapi apa boleh buat. Kerana itu masa dah nak balik semula, tak lupa aku beli dan telan 'ubat mabuk' yang membuatkan aku menjadi sangat mengantuk sehingga tidak mampu mengangkat kelopak mata pun. Legaaa.....

Memori kali ini...
Tentunya si Comel ini yang bakal aku rindui..... My baby cat berusia lebih kurang 3 bulan yang dihadiahkan oleh adik bongsuku.

Suasana sebenar kehidupanku..........
Halaman tepi kanan pondok usang ibu bapaku yang minta disapu lamannya oleh dedaunan dari pokok-pokok kayu serta daun buluh yang sentiasa menggugurkan daunnya.
Buaian simple di depan rumah, sesuai sebagai tempat mencipta idea atau bersantai mengambil angin petang. Digantung pada dahan pokok yang ku panggil  pokok 'gemia'. 
Terhibur menyaksikan galaknya anak buah sedang menolak 'kereta tolak' tradisional. Ini juga salah satu game anak-anak kampung selain game 'tarik upih' yang pernah aku postkan dulu.
Antara cucu-cucu yang suka melanyak dan mendukung sepasang ayam comel milik atuk mereka.....
Aku panggil ayam ini ialah ayam serama atau juga ayam 'Kapei'. Saiznya yang sangat kecil dan comel....
Salah seeokor kambing peliharaan ayah yang suka panjat tangga dan adakalanya sampai masuk ke dalam rumah. Ayah selalu juga share makanan yang dimakan di beranda dengan kambing-kambing ini.
Suatu pagi, enjin air rosak yang menyebabkan kami terpaksa menimba air perigi untuk segala peggunaan selama 2 hari. Inilah nostalgia indah di zaman kanak-kanak dan remaja.
Bermain layang-layang kecil bersama anak-anak buah di Pantai Irama, Bachok.
.... sambil menikmati sate ikan yang klasik....

..... juga menikmati ABC menghilangkan rasa haus selepas bermain layang-layang.
Beria-ria benar ayah meminta aku merakam kembali gambar lama ini. Aku turut saja.... Mana satu aku dalam gambar tu..... ? Hihihi... aku ketika ini bergelar anak bongsu.... :-)...
"Allahummaghfirlii, waliwaalidayya, warhamhumaa, kamaa rabbayaa nii Shoghiiraa....."

Hampir seminggu aku dalam bercuti bersama mak ayah di kampung, rasanya aku berpuas hati melayan mereka. Dalam pada itu sesekali aku juga menjadi insan yang diuji. Tapi aku sedar apa yang sepatutnya. Kasih mereka tiada penghujung. Cuma lumrahlah jika ada perbezaan di kala tua dan masa muda mereka. Biar hati yang berbicara dan berdoa. 
Ok.... ni haaa.... aku mengulangi nostalgia 4 tahun dulu. Semasa terpaksa pulang sendirian ke Malaysia dari Adelaide, aku membekalkan lauk-pauk frozen buat Mr. Hubby. Jika dulu aku aku meninggalkannya selama 47 hari, maka aku bekalkan 47 bungkusan lauk frozen itu. Tidak risau dengan kekurangan masa untuk dia menyediakan lauk bila pulang dari Uni dulu.... Situasi ini mengingatkan aku kepada sedikit kemarahan yang aku terima dari rakan-rakan di sana. Kenapa.... biar mereka sendiri yang beralasan. Bagi aku tiada apa pun yang pelik dan salah. Itu hak aku.... Cerita lama tu yang kenangannya hanya milik aku.... :-)
Hari tu aku hanya balik dalam seminggu je. Tapi bungkusan lauk lebih dari 10. Bukankah kat Malaysia sangat mudah mencari makanan? Kedai makan ada di mana-mana, murah pulak tu....  Tapi aku tak nak begitu... yang penting, masa aku tiada di rumah, biarlah apa yang dia makan adalah dari air tanganku juga.... kan... :-)

No comments:

Post a Comment