Di suatu weekend.......
Apa yang sepatutnya aku tulis atau ceritakan lagi tentang restoran ini. Kerana dari apa yang aku tahu, restoran ini memang dikenali, masyhur dan terkenal malah telah terpilih untuk dipromosikan lagi keterkenalannya itu melalui rancangan terkenal 'Jalan-jalan Cari Makan'. Lebih 5 tahun dulu pun aku pernah membaca dan melihat restoran ini melalui ruangan resepi mingguan bagi majalah 'Mingguan Wanita'. Hebat kan....
Dua minggu lalu, ini bukanlah cerita terkini ya.... Masa adik dan ipar bertandang ke rumahku, tergerak hati untuk kami datang dinner kat sini. Saja bawa mereka kenal-kenal keadaan sini. Sama juga suasana dan keadaan dengan beberapa restoran seafood tempat lain. Aku sendiri pun dah lama tidak ke sini, telah lebih 4 tahun dulu. Lama sangat dah tu. Ikutkan perjalanan masa, macam-macam perkara dah boleh berubah. Semasa dulu semuanya ok bagi aku. Sedap masakan kat sini. Itu dulu lah. Sebab tu aku kata banyak perkara boleh berubah.
Dek kerana dah lama tidak mengunjungi, sebelum datang tu, ada juga aku intai-intai sikit tentang restoran ni melalui internet, blog-blog individu atau tulisan berkaitan dengan restoran Aroma ni. Macam-macamlah komentar yang diberikan. Pendek kata ada yang positif dan tak kurang juga yang minta berjaga-jaga.... so faham-fahamla.... Tapi bak kata orang, belum cuba yag terkini, belum tahu kan....
Terpaksa aku ikut beratur panjang begini.......
Suasana weekend barangkali, ya... long weekend yang aku maksudkan. Ahad malam Isnin. Isnin esoknya pun cuti umum. Bertolak dari rumah aku pun dah selepas waktu isyak. Perjalanan lebih kurang antara 30 ke 40 minit. Oh ya... Aroma ikan Bakar yang aku datang ni berlokasi di Jalan Jati, Pantai Jeram, Jeram, Kuala Selangor.
Beratur punyalah lama, tapi memilih tak lama, dalam kepala dah kena plan nak ambik apa dan dah kena fikir terus nak minta dimasak apa.
Dah datang lambat, tak booking meja dulu pulak tu.... Selepas beberapa minit menunggu, barulah kami dapat meja kosong di D3 ni. Dekat saja dari depan jalan masuk.
Nasi ni dibawa awal ke meja kami bersama pinggan sekali. Bagus. Cuma orang yang membawa nasi ke meja kami ni sepertinya teramat kepenatan. Kenapa? Kerana dia seperti menghempas saja bekas nasi dan pinggan ke meja kami, tanpa senyum atau sekurang-kurangnya pandang lah sekilas ke arah kami untuk memberi peluang kepada kami mengucapkan terima kasih. Tak sempat pun kami cakap atau dia pandang kami, dia dah terus pusing belakang dan pergi. Jika penat kerja pun tak boleh la gitu... Pengunjungkan tengah menilai ni....
Tak lama menunggu, kami memanggil seorang waitress untuk mengorder minuman. Datang-datang je dia ke tempat kami, dia menjawab, "air belum siap bang". Aik tersengihlah kami, "tak, kami baru nak order je ni". Silap meja la tadi tu..... Untuk berempat, kami minta air durian belanda yang agak famous masa kini, dan rasanya memang sedap serta memuaskan hati. Sekali ni si penghantar air ni senyum kepada kami dan sempatlah aku berterima kasih padanya. Cuma selama menunggu hidangan yang dimasak belum sampai, kami hanya memandang saja air tu. Saja nak menguji. Ingat dia bawa air yang sejug tu dulu, pastu patah balik ambik gelas. Tapi sekian lama tak bawa-bawa sehingga bila dah lama sangat tu barulah kami panggil waitress sekali lagi minta gelas.
Setelah hampir sejam menunggu, menu pertama kami sampai. Siakap yang dimasak tiga rasa. Sedikit terkilan dengan pandangan pertama. Begitu simple presentationnya. Mana hiasannya sekurang-kurangnya daun salad yang mengalas ikan, mana daun sup atau bawang atau bawang goreng yang ditabur atas ikan.... kurang-kurang biarlah berbaloi dengan harga atau dengan keterkenalan restoran ini.... :-(
Tengok ni... Salah satu contoh. Kurang-kurangnya begini....eh... bukan kurang-kurang dah ni, ini dikira amat bagus ni... Ada alas serta hiasan sebegini. Sedangkan ini di restoran biasa, maksud aku bukan restoran besar macam Aroma ikan bakar tu.... Haaa... yang ini di Sri Rahayu Restoran. Dari segi rasa, yang ini lagi 'kaw'.... Sorry....
Hidangan kedua sampai, sotong tepung.... hmmmm.... apa yang aku nak ulas.... Juga kosong-sekosong begini tanpa apa-apa decoration. Dari segi rasa boleh.... sedap.... Tapi aku tak makan sotonglah pulak... Try sikit je... kira malam ini dalam sejarah dah ni.....
Seterusnya yang ini pulak ikan pari bakar. Rasanya 'Kaw'.... Adakah kerana lapar sebab lebih sejam menunggu dah....
Dah lebih sejam setengah menunggu, aku rasa ada suatu yang silap. Mungkin hidangan kami tertukar ke, kertas dalam bakul lauk kami tu terhilang ke... atau apa-apa kemungkinan lagilah.... mungkinnya macam-macam.... Mungkin kegelisahan kami tu di terperasan oleh seorang adik waitress ni. Dia datang pada kami dan tanya "ada lagi tak hidangan yang belum sampai" Tentunya kami bagitau. Dia gi check kat dapur.
Malas menunggu lagi, mood dah mula berubah, nasi pun dah lama sejuk kerana dia yang pertama sampai. So, kami pun makanlah tanpa dua lagi menu yang belum sampai. Nanti ratah ajelah yang tu. Jika tak sampai juga, tak yah lah makan. Sampai dah licin gini, baru sekali lagi kami panggil waitress untuk last bertanya. Dia pun dah jadi serba-salah lalu ke bahagian dapur lagi. Selepas dalam 15 minit kemudian, barulah sampai lagi hidangan yang berjanggut ni. Ya lah kata orang-orang, "dah berjanggut menunggu".... Berkebetulan menunggu makanan yang berjanggut ni. Ada kebetulan ke? :-) Boleh lagi aku senyum kat sini...
Udang Mentega..... Nampaklah rupa sikit. Tapi mood makan makin kurang dah, hati dah terguris... :-( Nak buat cammana....
Ketam masak cili..... Rasanya biasa-biasa saja.... Undiannya kamilah yang putuskan begitu.... Adik ipar aku yang tukang masak tu, lagi lah tinggi komennya. Untuk peningkatan jugakan.... Semua hidangan didatangkan tanpa apa-apa hiasan, kosong.... Memanglah betul, kita bukan nak makan hiasan tu...banyak komen pulak, tapi itu kan daya penarik.... Komen membina ni.... dan tak semua orang tak makan sayur hiasankan... :-) Pengunjung kan keluarkan banyak belanja untuk makan kat sini. Jadi apa lah sangatnya dengan hiasan simple yang perlu di buat.... Minta halalkan komen ini ya....
Pastu pulak ada lagi problemnya kami ni... entah apa yang tak kenanya dengan kami malam ni. Alah ujian kecil je... Masa aku pilih ketam tadi, aku ambik 4 ekor, tetiba yang datang setelah berjanggut menunggu dan selepas dua kali waitress dia masuk dapur bertanya, yang didatangkan selepas tu hanyalah 3 ekor sahaja. Orang yang menghantar tadi pun nampak macam takut-takut pulak. Bukannya kami nak sergah dia pun. Jauh sekali.... Kenalah bagi tau dekat kaunter... Orang tu pun memahami dan meminta maaf atas apa yang berlaku serta mengurangkan sedikit jumlah dari yang sepatutnya kami bayar. Sapa yang jaga kaunter? Tauke sendiri kot...
Dalam senyum ada ketidakpastian.... Mungkinkah ada lagi kunjungan selepas ini......