Sekadar renungan buat sendiri....
10 wasiat Imam Hassan al-Banna :
- Bersegeralah menunaikan solat di mana seruan azan dilaungkan walau bagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
- Bacalah al-quran, buatlah kajian, dengarlah ilmu, berzikirlah dan janganlah membiarkan waktu anda berlalu tanpa diisi dengan benda yang berfaedah.
- Berusahalah untuk bercakap dalam Bahasa Arab dengan fasih kerana ianya adalah sebahagian daripada syiar Islam.
- Janganlah anda banyak bertengkar dalam melaksanakan apa sahaja urusan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang tenteram.
- Janganlah banyak bergurau, sesungguhnya umat yang sedang berjihad itu tidak mengenal erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- Janganlah meninggikan suara melebihi had yang diperlukan oleh pendengar kerana ia merupakan perbuatan yang sia-sia dan menyakitkan hati.
- Jauhi mengumpat dan mengeji seseorang serta mencaci pertubuhan lain, juga jangan berkata sesuatu melainkan kebaikan.
- Berkenalanlah dengan sesiapa sahaja yang anda temui dikalangan rakan-rakan anda, sekalipun dia tidak menuntut anda berbuat demikian, kerana asas da'awah kita adalah berkasih sayang dan tolong menolong.
- Kewajipan anda adalah lebih banyak dari masa yang ada. Oleh itu gunakalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
No comments:
Post a Comment