Salam nuzul quran 17 Ramadhan 1434-H. Waaah.... puasa macam tak rasa apa-apa, rasa baru semalam bermula... daaah sambut nuzul quran dah hari ni. Sesetengah negeri di Malaysia kira tengah bercuti lah hari ni. Selamat bercuti lah bagi yang bercuti. Tapi tak kira cuti ke tidak, aku ternampak-nampak bagaimana kalut, meriah dan busynya muslim di Malaysia sekarang meraikan Ramadhan dan membuat persediaan raya.
Sini tidak kurang meriahnya... Di hati aku.... di sini tetap meriah kerana tiada sebarang kekurangan yang aku rasa melainkan sudah lama sangat tidak merasa berbuka puasa dan bersahur bersama ayah bonda dan adik kakak tercinta. Lima kali Ramadhan dah. Tipulah juga jika aku kata tidak rindu. Semoga Allah panjangkan usia berkat kita semua untuk merasa lagi rezeki Ramadhan di tahun-tahun akan datang.
Ramadan kali ini adalah tahun yang paling banyak kali aku berbuka seorang diri. Aku di rumah dan hubby terpaksa banyak kali berbuka di Uni. Tapi alhamdulillah aku mampu tabah dalam hal ini. Buat apa nak sedih. Tiada yang hilang. Semua ada... Hubby, mak, ayah, ma, adik, kakak, abang, anak-anak dan ipar duai semua sihat belaka. Cuma berjauhan seketika sahaja. Sekali lagi tipu juga aku, jika aku kata tak sedih langsung kan... Sejahteralah semua....
Menu berbuka... baru sempat mencuba setelah lama bertangguh. Dengan tidak cukup bahan, aku teruskan saja. Memang kerana nak menghabiskan stok dalam peti pun.
Sesimple bahan yang aku ada :-
- Bawang merah di potong dadu
- Bawang puting di potong nipis dan kecil
- Carrot di potong dadu
- Spring Union di racik kecil
- Buah tomato dipotong dadu
- Sayur campur pun boleh.
- Lada hitam / putih (lebih suka yang mana)
- Sos tomato
- Daun parsley (sbb dah ada, aku masukkan juga)
- Segenggam pasta (apa-apa bentuk)
- Garam
- 1 kiub ayam
- Sedikit tepung jagung jika nak pekat
- Sedikit parmesan cheese
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :-
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan air sebagai kuah sebanyak yang dikehendaki dan biarkan hingga mendidih.
- Masukkan kiub ayam, lada hitam / putih dan semua bahan berbaki.
- Sesuaikan rasa. Jika suka sup yang likat, bancuhkan tepung jagung dengan air suhu biasa dan dituang ke sup serta di kacau segera.
- Boleh di makan samada dengan nasi, garlic bread atau di hirup begitu saja.
- Bila ingin menghirupnya, taburkan cheese parmesan ke permukaan sup bagi yang suka.
Gambar kiri yang aku masak manakala gambar kanan ialah yang first time aku makan lunch ngan teacher.
First time makan masa lunch dengan my teacher hari tu. Minestrone soup sebagai menu entry. Terus jatuh hati dan rasa nak mencuba lagi.
Hari ni terasa macam nak menghirup lagi.... Macam-macam selera datang bila berpuasa ni kan....
No comments:
Post a Comment