- A = Pembeli
- B = Penjual
- C = Pengangkutan
- D = Isteri pengankutan
- Z = nama tempat
A dan B baru saja berkenalan setelah si A mengunjungi kedai barangan second hand si B di suatu petang. Setelah membelek-belek barang dalam kedai si B yang dipamerkan, si A tertarik hati dengan satu barang dan bersetuju untuk membelinya. Mereka sama-sama telah menetapkan hari untuk si A mengambil barang. Tetapi urusan pengankutan akan di buat oleh si A. Prosedure biasa.
Selepas mendapat pengangkutan (C), maka A telah menelefon B bagi menetapkan masa yang sesuai untuk C datang ke kedai B mengambil barang itu. Peliknya A tidak dapat ikut bersama-sama datang untuk mengambil barang itu. Malah meminta bayaran dibuat kemudian hari setelah barang dibawa pulang terlebih dahulu. B menerima keadaan seadanya dengan mengharapkan kenalan barunya bukanlah seorang yang auta.
Di hari yang dijanjikan terlebih dahulu B bertanya A berkenaan masa, agak-agak jam berapa C akan datang. Jawapan A adalah "petang-petang" dan tidak menyebut waktu atau jam berapa, cuma menyebut "petang-petang". Sekarang ni bukan zaman dulu-dulu untuk jawapan yang sebegitu. Sekurang-kurangnya bagilah agak-agak jam berapa boleh datang. Jadi... dengan sepenuh hati B berpesan kepada A agar memberitahu C supaya jangan datang lewat sangat kerana petang nanti B akan menghadiri satu jemputan berbuka puasa di kawasan Z. Ok perjanjian beres.
Maka menunggulah B disepanjang-panjang petang itu di kedainya. Sehinggalah waktu dah kurang setengah jam lagi untuk berbuka puasa. B menutup kedainya dengan perasaan penuh kecewa kerana janji seolah di mungkiri. B tahu C juga seorang yang berpuasa dan pasti dah dekat-dekat waktu berbuka ni, takkanlah dia boleh datang lagi untuk mengambil barang. Macam tak betul dan tak kena tempatlah jika dia datang waktu orang tengah berbuka.
Ketika B telah berada di kawasan Z, semasa sedang berbuka puasa... tetiba telefonnya berbunyi. Datangnya dari A....
A - "B..... C dah ada depan kedai tu... nak ambik barang..."
B - "Eh... Dia datang...??? Kenapa dia datang waktu ni...? Kan saya dah cakap kat awak... jangan datang petang sangat sebab saya ada kat rumah orang untuk berbuka ni. Saya tunggu dah lama sangat tadi... dah dekat waktu berbuka dah baru saya tutup kedai... Awak bagitau dia tak yang saya ada jemputan berbuka ni...?"
A - "Saya dah cakap kat D (isteri C)...."
B - "Pastu... D cakap tak pada C...? Saya kat rumah orang.. Baru sampai, berbuka dan plan kami di sini lepas terawikh baru balik".
A - "Kat mana berbukanya?"
B - "Kat kawasan Z"
A - "Macam ni lah... boleh tak awak telefon dan bagitau dia"
B - "Laaa... pelik la awak ni... dia tu urusan awak..., awaklah yang bagitau dia... kenapa saya pulak..?" B sedikit geram... "ada ke patut suruh kita yang bagitau... rupanya dia bercakap dengan D (isteri C), bukan dengan C sendiri... Jika C telefon aku sebelum datang tu ya juga, tanya dulu ke... ini tidak... nombor phone dia pun aku tak ada.." rungut B dalam hati...
A - "Ooo ya ke... a aah oklah nanti saya bagitau dia..."
Beberapa minit kemudian...ketika B ingin berwuduk untuk solat maghrib... telefon dia berdering lagi... dari nombor yang tidak dikenali. B dapat mengagak dan cuba menjawab sesempurna mungkin... Rupanya dari C.
B - "Assalamualaikum..."
C - "Waalaikumussalam... Ini B ke...?"
B - "Ya saya..."
C - "Ini saya yang mahu ambil barang tu... saya ada depan kedai awak sekarang ni..."
B - "Laaa... kenapa awak datang waktu ni..? Saya dah pesan pada A tadi supaya awak jangan datang lewat petang sangat sebab saya ada jemputan berbuka... Ini waktu berbuka dan maghrib lagi. Lama saya tunggu awak tadi, dah dekat berbuka baru saya keluar kedai... kenapa awak datang lambat sangat?"
C - "Saya bekerja sepanjang hari... masa ni je boleh datang...kenapa awak tak bagitau saya yang awak nak keluar...?" Suara C agak keras.
B - Aik ???????.... "Ya Allah...kenapa pulak saya yang kena bagitau awak..? Saya dah bagitau A. Awakkan urusan dia. Bukan salah saya. Dia tak cakap ngan awak ke yang saya nak keluar...?" B juga mula geram apabila mendengar suara keras C.
C - "Awak dekat mana?"
B - "Dekat kawasan Z"
C - "Z bukannya jauh sangat untuk awak patah balik untuk saya ambik barang tu..."
B - "Awak ni... kami plan solat terawikh dulu...". Dalam hati... "apa pulak dia kata dekat je kawasan Z ni untuk aku patah balik...? Pastu takkan baru sampai... makan-makan dan nak terus balik..."
C - "Saya pun puasa juga, kerja sepanjang hari......... bla bla bla....
B - Tak sanggup lagi mendengar suara keras C... terus meletakkan telefon... "Manusia ini memang tak beradab bila cakap ngan orang, seolah dia saja yang betul..." rintih B dalam hati...
Tak lama lepas tu B mendapat sms dari C yang berbunyi "Ok. I'll tell her (A) that I'm leaving now. I'll pick that up next time if I have schedule in your area again. See you". Haaa... tahu pun C yang B pun boleh geram dengan suara keras dia tadi. Ada ke datang time orang berbuka... Jika nak lambat sangat biarlah lepas terawikh terus. Senang semua orang.
Kerana rasa terancam, B terus menelefon A menceritakan keadaan yang baru saja berlaku untuk mengelakkan salah faham. Kenapa A hanya menyampaikan kepada D, isterinya sahaja. Mungkin kerana itulah maklumat tepat tidak sampai... So siapa yang hendak di salahkan.....
* "Berhati-hatilah dalam setiap urusan.... Sekian...."
No comments:
Post a Comment