Join juga aku semalam ke majlis konvokesyen salah seorang sahabat yang aku ceritakan dalam entry aku lepas. Sahabat dari Malaysia yang bertamu or stay kat rumah aku tu. Untuk ke sana better aku naik bas sahaja kerana bukan mudah mencari parking dekat. Telah berjanji ngan hubby untuk jumpa kat mana-mana. Lepas tu sama-sama berjalan kira-kira setengah kilometer ke tempat konvokesyen. Jom layan pic semalam.....
Berlangsungnya majlis di 'Adelaide Convention Centre'.
Para graduan telah mula keluar dari majlis, tercari-cari, terintai-intai mana orangnya belum muncul.
Jurugambar yang ditempah khas pun dah tiba, salah seorang rakan kami juga yang membuat bisness sampingan.
Tahniah.....
(Gambaran situasi akan datang)
InsyaAllah giliran hubby akan tiba juga nanti.... Tak sabarnya nak tunggu hari tu....
Sesi minum petang ringkas bagi majlis konvokesyen yang disediakan oleh pihak penganjur.
Lepas tu melaram la pula sesi penggambaran hingga ke tepi tasik ni....
Menunggu bas untuk pulang.....
Terima kasih kerana sudi belanja kami semua, moga makin bertambahlah rezeki dengan kejayaan yang sentiasa dicapai.... insyaAllah...
No comments:
Post a Comment