Total Pageviews

Sunday, 31 March 2013

Suasana & Kisah di sebalik sambutan

Seperti selalu seadanya.....
Persediaan aku seadanya seperti selalu... tak suka aku disurprisekan macam yang dulu-dulu geng lama adelaide pernah buat... no no no.... jangan pada aku sudah, tapi jika orang ada ajak join untuk buat surprise kat orang lain tu, dengan terpaksanya adalah juga aku menurut perintah.... 
Tambahan hadiah hari lahir buat hubby. Boleh pakai samada sebagai kopiah atau sebagai beanie untuk musim sejuk ini.... Hasil tangan aku mengaitnya sendiri... tu yang teristimewanya nya tu..... sebab.... saya budak baru belajar.... :-)
Persiapan simple aku....
Jadi jika untuk aku ke... untuk hubby ke.... atau sambutan penting, hanya kami je... privacy and special bagi aku.... Bukan apa pun, aku ni terlebih-lebih pulak malunya jika nak menyambut beramai-ramai. Tak boleh nak kata apa sebab itu dah sifat fitrah yang Allah tiupkan ke dalam diri aku.... 
 
 Nasi minyak zaitun dengan BBQ ayam... 

Macam selalu... terpaksa juga hubby pulang awal untuk kami dinner sama-sama sempena sambutan hari lahirnya kali ini... Lepas ni sambut kat Malaysia pulak... Boleh ada kek... sini pun ada je orang beli kek tapi aku kurang yakin dengan kek sini... jika dah ragu-ragu tu, maka utamakanlah yang ragu...So aku tak pernah beli kek kat sini atau memakan kek yang orang lain beli juga melainkan ada tanda halal, contoh macam kek frozen jenama 'Sara Lee' ke.....itu aku boleh telan la..... Minta maaf la sesangat. Jika dibuat sendiri tu...aku makan... Kenapa aku tak buat...? Sebabnya aku bukan orang yang pakar dalam buat kek, selebihnya memang avon dapur aku tak boleh dipakai, pernah cuba, hatta nak bakar ayam pun tak masak.... Lagi pula jika beli nanti tak berhabis benda tu, makan sikit pastu tak nak dah.... Alaaah macam-macam alasanlah jika dah tak nak tu, hendak seribu daya, tak hendak sejutalah dalihnya....

Surprise secara tak sengajanya bila tengah-tengah aku duk dinner tu, tiba-tiba Kak Yatt call nak tumpang solat maghrib.... Takkan aku nak cakap tak boleh... apa kena pulak kedekutnya jika orang nak tumpang solat pun tak boleh.....so bolehlah... 

Dia orang ingat hubby tak ada sebab selalu balik lambat. Tetiba terjenguk di depan pintu hubby menyambut dia orang. Saja hubby buat lawak... "ni saja nak buat surprise kat saya ke apa" Dia orang sambil tercengang pun tanya.... "kenapa...?" "Ini hari jadi saya..." dan dia orang la yang nampak di surprise kan pulak   ... Secara tak terancang, serentak kami ketawa dan dia orang pun nyanyilah lagu 'Happy Birthday' untuk hubby.... Terima kasih lah... aku sendiri pun tak pernah amalkan nyanyikan lagu tu untuknya... But that is okay....
Cuma yang aku sangat-sangat nak minta maafnya  sebab aku hanya masak untuk two person sahaja. Nasi ada lah lebih sikit tapi lauknya tak ada... Cuma dessert tu banyakla... seri muka durian pengganti kek hari lahir... Hubby yang buat sendiri... nanti kita tengok pada entry lain ya....
 
Terima kasihlah sebab menyinggah untuk solat, sebenarnya mereka nak ke kedai makan jugalah lepas ni, sebab tu la singgah solat dulu... Tak apa kerana dapat juga merasa makan seri muka durian special buatan hubby sendiri untuk hari lahirnya.... 

Thursday, 28 March 2013

BirthDay 2013 di Adelaide

Happy BirthDay 2013 to Mr Hubby....
Hei 'birthday man'...should makin macho you... Doa ku macam selalu, moga abe panjang umur, murah rezeki, makin banyak simpanan pahala yang terkumpul, makin berjaya dan makin bahagia dengan rahmat Allah... Semoga dianugerahi dengan pahala kebaikan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.... Tak terkata lagi lidah ini untuk mendoakan segala kebaikan buat mu..... Amiiiin....

Terima kasih yang tak terhingga jua buat ibu yang melahirkan kamu untuk ku.....

Monday, 25 March 2013

Omelette King

 
Amat biasa jika selalunya aku buat saiz omelette untuk di makan individu samada untuk saiz kanak-kanak atau untuk orang dewasa, terpulang...  Tapi baru kali ini aku terfikir nak masak omelette yang boleh dimakan oleh beberapa individu sekaligus antara oleh 5 hingga 7 orang dewasa.

Dengan menggunakan telur sebanyak 7 hingga 10 biji bergantung kepada saiz telur yang digunakan. Bersama bahan-bahan lain... alaaah... boleh ikut resepi masing-masinglah ya...semua dah tahu buat... Untuk resepi aku sebelum ni, boleh lihat di sini...
Sebenarnya aku buat ni bukan pada waktu breakfast, tapi pada waktu dinner suatu petang di rumah salah seorang sahabat di sini. Mengenangkan masa tu, hubby terpaksa menuntut suatu ilmu untuk diaplikasikan dalam pengajiannya dari sahabat itu. Aku pick-up hubby dari uni dan terus bawa ke rumah sahabat ni.. Jadi kira ini lah dinner dia masa tu di disamping untuk tuan rumah juga.... Dimakan dengan nasi pun boleh sebab dia ala-ala telur dada juga kan..., tapi omelette ni aku regukan dengan mini roti bakar yang dispray dengan minyak zaitun. 

Ok... boleh cuba pada yang berminat dan berahli ramai....

Saturday, 23 March 2013

TerSinggah di Prospect Fair, Adelaide


Ternampak dari jauh, macam meriah... bestnya jika pergi berkawan, boleh ronda-ronda.
 
Tadi masa on the way balik dari drive hubby ke Uni, memang plan nak ke chemist membeli satu supplement. Memang akan lalu Prospect Road dan ternampak pula jalan sesak sikit, drive pun kena 40km per hour. Cuba pandu slow cari parking tak dapat, so aku teruskan perjalanan ke destinasi asal dulu. Pastu baru patah balik, Kena masuk lorong dan dapat cari parking yang agak jauh, tapi tak jauh mana pun... cuma kena jalan dalam 300 meter je.... Saja nak tengok-tengok suasana kat pesta tu....

Kedudukan tapak pesta yang setentang dengan bangunan ini.

Jika ada kanak-kanak lasak, bestlah nak cuba panjat batu ni... Jika ada untuk dewasa dan jika aku berpakaian sesuai, nak juga aku merasa sebab tak pernah ada pengalaman. Jika panjat pokok buah kat kampung masa kecik-kecik dulu adalah. Aku rasa pengalaman tu lagi mahal. Tanpa ada apa-apa alat keselamatan pun, dapat panjat tinggi, mana nak fikir bahaya masa tu.... Tapi itu dulu...

Haaa.... yang ni sesuai untuk orang dewasa, teringin nak naik unta ni. Jika hubby ada sekali boleh aku paksa dia nak naik, seganlah pulak sengsorang. Tapi tak apa, aku dah ada pengalaman naik unta masa dekat Mekkah dulu... sama je rasanya... cuma itu ditanah Arab... pure punya unta padang pasir dengan segala hiasan pada badan unta tu..... :-)
Lain-lain fenomena.....
 

Kanak-kanak bersukaria dengan badut ni, pandai dia buat jenaka.

Aku tak pernah pulak tengok orang main game baling pinggan kaca ni. Baling sampai pecah. Saja-saja nak pecahkan harta... Hasil sumbangan la kot.... Tak tahulah kena bayar berapa untuk baling tu....
 
 

Luas kawasannya, aku malas nak pusing semua kawasan, tu yang aku kata tadi, jika berkawan tu boleh ronda lama sikit. Kanak-kanak mesti suka sebab banyak program untuk mereka. Ada face painting, latihan drama, main puppet dan macam-macam lagi. Tempat makan-makan dan minum-minum pun luas aku tengok, ada pentas dan sebagainya. Gerai jualannya pun banyak, barangan rumah, hasil kraf, pakaian, buku-buku, pokok-pokok, makanan dan minuman macam biasalah, macam carboot sale juga. Cuma ini program community sana.

Aku amatlaaah takutnya jika ada anjing kat mana-mana carboot sale ni. Sebab tu nak cabut cepat, penat dah dada berdebar bila nampak anjing, takut nak bersentuh ngan dia. Asyik nak lari mengelak je. Memanglah dia jinak. Tapi yang geramnya bila orang kata dia dapat cium ketakutan, waaah hebat betul deria bau dia. 

Ok... tak nak lama-lama walaupun tengah meriah lagi pesta tu...tapi dah tak ada nak tengok apa lagi, aku pun nak balik dah. Jadilah dapat cuci mata untuk hari ni sebab tadi tak ke garage sale pun, plan kemas rumah ngan hubby... Siap seadanya.....
Posted by Picasa

Friday, 22 March 2013

MorNing Check Out

Tetamu membawa rahmat, tapi jika tetamu kita dah balik, adakah masih kekal kita dalam rahmat. Kenapa pula persoalan ini yang menjadi kekeliruan aku. Cuma masih menjadi keyakinan aku bahawa Allah itu maha adil, maha pemurah dan maha penyayang serta maha segala-galanya. Tidak lah Allah itu menzalimi hambaNya, sekalipun ada yang kita pernah dengar cerita-cerita tauladan yang mana Allah akan menarik balik nikmat yang di berikan hambanya, tapi itukan untuk hambanya yang tidak tahu bersyukur, nauzubillah...

Keriuhan dengan tangisan penghibur dikala subuh hari bagaikan satu rahmat yang Allah berikan pada aku. Kenapa aku katakan itu sebagai rahmat? Aku cepat jaga untuk solat subuh berbanding jika aku mendengar alarm jam berbunyi. Bunyi je tutup balik dan hati kata "jap lagi..." :-) Jaga-jaga je aku rasakan Allah sentiasa mengejutkan aku memberitahu aku ada kewajipan yang perlu di kerjakan selepas ni. Lepas tu aku jadi lagi aktif dan laju je buat kerja. Itu yang jelas aku dapat rasa. Inilah yang kita katakan perjalanan hidup manusia yang tidak dapat lari dari tanggungjawab.

Sempat juga dinner sama-sama pada waktu supper di malam akhir. Bukan kata tidak pernah menjamu selera bersama tapi kerana jadual harian yang agak berbeza. Menu kampung yang meriah di mata.....
Lamb stew....
 
 Grill baramundi dicicah samada dengan air asam atau sambal kicap....
Supper pun supperlah walaupun dengan makanan berat. Seronok meratah ikan...
Pagi ini.....
Keluar ke airport seawal jam 7 pagi.... Bakal meneruskan percutian ke Sydney. Selamat bergembiralah... Peluang ini sesekali datang, pastikan setiap ruang tidak disia-siakan..... InsyaAllah moga ada lagi pertemuan selepas ini.... Di Malaysia....

Tuesday, 19 March 2013

Majlis Graduation Kawan di UniSa Adelaide

Join juga aku semalam ke majlis konvokesyen salah seorang sahabat yang aku ceritakan dalam entry aku lepas. Sahabat dari Malaysia yang bertamu or stay kat rumah aku tu. Untuk ke sana better aku naik bas sahaja kerana bukan mudah mencari parking dekat. Telah berjanji ngan hubby untuk jumpa kat mana-mana. Lepas tu sama-sama berjalan kira-kira setengah kilometer ke tempat konvokesyen.  Jom layan pic semalam.....

Berlangsungnya majlis di 'Adelaide Convention Centre'. 

Para graduan telah mula keluar dari majlis, tercari-cari, terintai-intai mana orangnya belum muncul.

Jurugambar yang ditempah khas pun dah tiba, salah seorang rakan kami juga yang membuat bisness sampingan.

Menerima ucapan tahniah dari rakan sefakulti.... Tahniah kepada Dr Zainul Mukrim Baharuddin.

Dr Zainul bersama supervisornya, family dan rakan-rakan yang hadir....

Danish ni menangis... terharu dengan kejayaan papanya ke apa...
Humairah ni pun.... terharu agaknya dapat pegang anugerah PhD papanya tu....
 
Tahniah.....


(Gambaran situasi akan datang)
  InsyaAllah giliran hubby akan tiba juga nanti.... Tak sabarnya nak tunggu hari tu....

Sesi minum petang ringkas bagi majlis konvokesyen yang disediakan oleh pihak penganjur.

Lepas tu melaram la pula sesi penggambaran hingga ke tepi tasik ni....
 
 
 
 
 
 
Menunggu bas untuk pulang.....
Ke 'Afghan Cuisine' selepas maghrib untuk dinner. Dr Zainul lah yang belanja....
 
Terima kasih kerana sudi belanja kami semua, moga makin bertambahlah rezeki dengan kejayaan yang sentiasa dicapai.... insyaAllah...
Posted by Picasa