Total Pageviews

Friday, 21 December 2012

TeTamu MenGejut Dari Wakaf Bharu

Dinner ringkas bersama sepupu kepada sepupu hubby. Sepupu Apik (Izzuddin, anak saudara kepada Mak Cik Aminah Ayah Chik Buniamin, Wakaf Bharu dan Maisarah, isterinya)

Dah seminggu berlalu peristiwa ni berlaku. Aku masa tu tengah sibuk kat dapur pada tengahari jumaat lepas. Masa tu pun aku ada tetamu. Kawan kat Adelaide ni je. Saja aku jemput "kakak" dan "abang angkat" aku bersarapan pagi. Malam tadi dia orang ada gi crabbing. Aku pulak ada permintaan dari tetamu yang aku sebut check in rumah aku tu, dia nak sangat makan laksam Kelantan yang aku buat. So malam tadi juga bertungkus lumus aku menyiapkan laksam tu sampai ke pukul 12.00 malam. Laksam tu kena buat sendiri... alah yang rupa macam kway tiaw tu.... Sebab tulah kami ajak sekali Abang Syed dan Kak Yatt sarapan pagi kat sini. Masa dia orang datang tu dah lambat lah sikit, kira dah jadi waktu minum pagi. Maklumlah tentulah ngantuk kan berjaga satu malam kat jetty nun. Masa tu hubby dah ke Uni sejak awal pagi lagi.

Pendek cerita K Yatt pulak bawa lagi tambahan ketam daripada rumah dia. Jadi termeriah bercakap, tengok movie apa semua, sehingga sampai waktu solat jumaat, perut masing-masing dah berbunyi balik. Masaklah pulak untuk tengahari. 

Cockles, macam remis kat pantai kita, cuma saiznya lagi besar sebesar duit 50 sen.
Masak lemak cili padi campur ngan anak ketam
 
Hasil crabbing malam tadi
 
Ketam yang besar-besar ni digoreng pun sodaaap.....

 Hidangan tengahari.... Sedihnyaaa... sebab hubby kat uni... :-( sob..sob...sobs...
Ketua chef....

Aku pembantu je.... Pembantu pun kena lincah lah jugak, nanti ketua chef marah.

Dah habis masak... tiba-tiba hubby call. Aku anggap itu panggilan biasa sebab hubby memang akan call aku setiap tengahari juga. Dia bagitau yang dia baru habis solat jumaat. Hubby kata juga nak minta aku masak untuk tetamu malam ni. Aku gelak je lah, ingat dia saja nak nyakat aku. Aku kata memang dah tengah masak pun untuk tetamu's yang sedia ada kat rumah ni. Tak bagi peluang dia bercakap aku cerita itu dan ini. Sekali lagi dia cuba bagitau. Alamaaak.... betul-betul rupanya.... panik tiba-tibalah akuuu.... haaaa kesannya tak lalu nak menelan aku dengan menu tengahari yang di masak tu.....

Nasib baik ada je bahan mentah dalam peti ais tu. Special aku keluarkan ikan besar Mulloway dari Port Lincolm tu dari peti ais. Bakar jelah petang nanti beralaskan sambal petai dan bercicah air asam. Regu pulak masak lemak cili padi cockles tadi. Bukan lebihan tadi tau... tapi aku masak tambahan yang lain.....

Jam 9.00 malam aku dah ready ambik hubby kat Uni. Lepas tu pergi pulak ke hotel tempat penginapan sepupu kepada sepupu hubby ni dan bawa dia orang balik ke rumah kami.... 

Ringkas ceritanya, hubby bertemu Izzuddin ni masa habis solat jumaat tengahari tu. Kedua-dua mereka saling berpandangan, mungkin dalam hati kedua-duanya ni kata, "macam kenal je orang ni, betul ke ini orangnya ya..."?. Mungkin gitulah dalam hati dia orang kot.... Aku agak je lah berdasarkan cerita hubby. Hubby pun tunggu nak tengok lagi sekali, orang ni ada iras rupa Apik tak? Memang ada katanya... Pas tu mereka pun salinglah mendekati dan hubby pun tanyalah, "Ini Din ke..."?. " Ha betullah..." 

Kecik betul dunia ni kan.... Rasanya lagi kecil dari tapak tangan. Izzuddin datang ke Australia ni baru kira-kira 2 bulan untuk sambung belajar kat Sydney. Rasanya dia tahu kami di sini cuma tak tahu kat mana. Hanya tahu umum, Australia sahaja. Dia datang Adelaide ni pun sebab ada nak pakai Lab kat sini. Hanya untuk seminggu dan esoknya sabtu dah nak balik Sydney. Apa lagi... sebab tulah hubby kata kena ajak datang rumah juga malam ni. 

Itulah ada banyak hikmahnya yang terkandung dalam solat jumaat setiap hari jumaat ni kan. Salah satunya ialah menyatu-padukan umat Islam kerana dapat bertemu antara satu sama lain (lebih kuranglah). Dah seminggu dia datang tapi tak pernah jumpa ngan hubby kat surau tu, tapi tiba-tiba boleh jumpa pada hari terakhir time solat jumaat. 

Aku pulak baru ni nak kenal mereka sebab tak pernah jumpa pun before. Malu dan segan tu biasalah dengan perangai aku ni. Tapi bila jumpa tak cukup masa nak sembang. Yang sukanya sebab Sarah tu pun memang peramah orangnya dan aku pun adalah idea nak bercerita... :-)... 

Moga lepas ni dapat jumpa lagi... tidak dekat sini pun, insyaAllah dekat Malaysia nanti.... 

Posted by Picasa

3 comments:

  1. Subhanallah.terbelek2 blog kak nani terjumpa plak moment yg indah ms p umh kak nani n abg piyan...syukran jazilan kak nani! Terhibur sgt baco blog kak nani...:) moga terus aktif menulis ye.hihihi

    ReplyDelete