Total Pageviews

Friday, 7 December 2012

TeTamu ConfeRence Hubby


Tetamu jemputan malam tadi.

Aku ni sebenarnya orang yang amat mudah kalut atau dengan kata lain gabra, tak kisahlah samada bila nak gi rumah orang ke..., nak jumpa orang ke..., malah lagi kalut bila ada orang nak bertandang ke rumah aku. Aku suka tapi tak tahu kenapa aku jadi kelam kabut. Adakah aku nak yang terlalu perfect. Aku patut layan tetamu aku hingga mereka rasa terlayan dan dihargai, aku nak biar mereka rasa selesa dengan apa yang kami sediakan. Betullah semua tu agaknya. Padahal orang yang datang tu, bukannya kisah pun tapi dah memang aku punyai tabiat yang macam tu, tak leh nak buat apa dah.

Minggu ni hubby ada conference, ada lah beberapa peserta yang dia tahu dari Malaysia datang juga. Salah seorang dari mereka tu adalah lecturer hubby masa buat master dekat USM Pulau Pinang dulu. Mengenang tok guru, hubby bercadang nak jemput lecturer dia tu datang rumah. Tapi takkan nak jemput dia sorang je kan, habis yang lain kenalah jemput sekali, apa kata mereka, tersisih rasa bila tak di pelawa. Jadi jemputlah semua sekali. 

Tapi dari bertujuh ke berlapan ke peserta dari Malaysia tu aku tak pasti, hanya 5 orang saja yang available. Yang jadi halnya bila tok guru hubby tak dapat datang kerana dah nak bertolak balik dah pada malam yang kami jemput tu. Alaaah.... gitu pulak.... tapi no hal lah.... tak ada rezeki aku nak kenal dia walau hubby dah tunjuk dah gambar dia... tapi yang 5 orang yang kata available tu sebenarnya tak adalah kenal pun, cuma salah seorang tu mungkin ada jumpa masa hubby ada conference dekat USM Pulau Pinang tahun lepas, tapi tak banyak sembang mana pun masa tu. Biasalah jumpa kat tempat sendiri tak heran tapi bila jumpa kat negara orang, jadi lainlah sikit kan.... 

Menu malam tadi, Nasi beriani Karachi, kuzi ayam, lamb bakar cicah yogurt, salad dan pappadam. Set ringkas tapi aku sendiri pun suka. Selalunya bila aku masak aku tak suka sangat. Turut bersama nescafe tarik dan teh cardamon :-) Nak jadi cerita, aku terlupa keluarkan yogurt pencicah tu sebenarnya, maka macam tak perfect laaa set tu jadinya.... itulaaah namanya K.A.L.U.T. Itulah juga buktinya yang aku ni kalut... habis cerita.... Tapi oklah... tetap masih nikmat di makan... orang tak tahu pun jika tak ada yogurt tu kan.... :-) (memujuk diri sendiri la tuuu...)

Petangnya hubby sanggup balik awal kerana nak tolong aku grill kan lamb tu. 

Suasana ketika tetamu datang dan menjamu selera.
 
Nasib baik aku ada pembantu ni, tolong potongkan donut.

Menikmati jelly dan buah-buahan musim ini seperti appricot, nectarin dan cerry.

Tetamu ini sebenarnya dah nampak sangatlah kepenatan, seharian berjalan ke tempat-tempat menarik di Adelaide ini. Tu yang seronok menjamu selera tu.... Terima kasih kerana membawa rahmat ke rumah kami.... insyaAllah nanti jumpa lagi di Malaysia dalam versi yang berbeza :-)
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment