Total Pageviews

Tuesday 8 November 2011

Peristiwa Di Suatu Hari minggu

Mengambil kesinambungan daripada ceritaku sebelum ini, paginya semasa bersama Ros ke Gepps X Market, Ros ada menyatakan yang dia ingin belanja kami makan di Afghan Cusine. Dia kata nak merasa ayam BBQ dengan nasi kabulinya.
Kebetulan pula sekembalinya kami dari Sunday Market tu, semasa mengemas barang2 belian, air paip singki dapur rumahku buat hal pulak. Tak nak stop dan terus mengalir laju. Paip air panas pulak tu. Terpaksalah aku tutup point utama yang kat luar rumah nun. Tak boleh nak buat apa. Macam merajuk pulak dan tahu yang kita dah rancang tak nak masak tengahari ni.
Tak apalah yang tu, balik dari makan nanti, aku akan panggil tuan rumah untuk datang baiki paip tu. Nak panggil sekarang tak boleh sebab dia akan segera datang, nanti lambatlah nak gi makan. Lapar pulak nanti. Baik gi makan dulu.
Lepas solat zohor, kami pun pakat gi lunch kat Afghan Cusine tu. Ros jemput keluarga Abang Sayed dan K Yatt sekali, juga menyertai kami ialah 2 orang anak Sayuti dan K Wan yang kebetulan Sleep Over kat rumah K Yatt malam tadi selepas majlis harijadi Dini.
Semua kelaparan, tengok tu licin semuanya. Makanan kat sini memang best. Ok jumpa lagi................ Buat Ros... terima Kasih daun keladi kerana belanja kami, moga sentiasa mendapat berkat.......

Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment