Total Pageviews

Wednesday, 30 November 2011

Ikan Bakar Lemon

Tinggal 3 hari lagi sebelum aku terbang balik sementara ke Malaysia. Aku perlu cuba menghabiskan mana-mana stok laukku dalam peti ais. Masih ada banyak lagi stok yang aku rasakan tak sempat dihabiskan. Ada ayam, seekor siakap, udang dan marinara. Macammana ni...?
Hari ni pula plan nak bakar ikan siakap tu. Hari tu beli punyalah banyak. Semuanya aku masak tiga rasa. Yang tinggal seekor ni rasanya nak buat ikan bakar. Lagi pun dah lama tak makan ikan bakar cicah air asam. Kecur liur dah ni....
Kena defrostkan dulu ikan ni. Lemon pula banyak lagi. Jadi boleh lah pakai buat rendam ikan ni, bagi kurangkan hanyir ikan. Masa basuh ikan ni, dua tiga kali juga jari ku terkena sirip ikan, berdarah dan sakit pula rasanya.
Letak garam kunyit nipis-nipis, bukan untuk masinkan tapi sekadar menghilangkan bau hanyir ikan. Bawang dan lemon tu sebagai hiasan tambahan. Jika ada mentega boleh sapu sikit. Tapi stok mentega ku dah habis, malas dah nak beli. Tunggulah bila datang sini balik, aku beli stok baru.
Bila letak bawang dan lemon macam ni, wangi sungguh aromanya masa membakar. Perut pun rasa lapar tiba-tiba. Aku bakar sampai hangus lemon tu. Bukan nak makan dia pun, ambik bau je....
Dah masak dah... makan cicah ngan air asam. Kegemaran aku pula, suka makan ikan bakar cicah dengan cuka yang bercili. Aku pakai apple cider vinegar. Jadi aku buat dua pencicah yang berbeza. Bertambah aku makan nasi, hilang diet ku. Alhamdulillah.................

Posted by Picasa

Mencari Cenderamata

Big Christmas Tree at Victoria Square.

Semakin dekat nak balik, aku makin kalut. Paling kesian aku tengok hubby dengan macam-macam urusan yang perlu diselesaikan. Mana-mana yang boleh aku handle sendiri, aku cuba selesaikan. Tapi bab nak memilih cenderamata untuk calon interview hubby, aku kena pergi dengan dia. Nanti biar dia pilih sendiri, biar puashati. 
Jadi hari ni aku gi jemput hubby seawal jam 2.30 petang. Kami rancang nak ke Central Market untuk beli cenderamata tu. Ini rasanya baru kali kedua kami pergi bersama ke CM. Sama-sama tak biasa. Aku cuma ingat lokasi yang Ros bawa aku hari tu je. Selebihnya aku tak tahu.
Dah servey beberapa kedai, kami terlekat dekat kedai ni, namanya 'Green and Gold'. Dah alang-alang membeli di sini, baik beli banyak-banyak terus. Boleh diskaun lagi pun. Adalah beberapa barang cenderamata yang kami beli.
Tea towel dan tabung duit syiling.
Ini lah yang hubby punya tu. Fridge magnetic map dengan pengesan suhu.
Yang ini pula ialah key chain.

Walau pun nampak tak banyak, tapi duit banyak juga keluar untuk beli cenderamata ni. Penat pun ada. Yang kelakarnya, kami tak jumpa jalan keluar. Lupa pintu mana kami masuk dan dekat mana nak cari tempat kami parking kereta. Punyalah kami tak biasa ke sini walaupun dah dua tahun lebih menyinggah di Adelaide ni. 

Yalah, itulah kami...eeh silap.. itu lah hubby... tak suka jalan-jalan kat kedai. Tambah-tambah untuk saja-saja window shopping. Nak buat macam mana, itu dah resam dia. Mungkin lepas ni tak sesat lagi kot ya.

Posted by Picasa

BisNess BiDanG TErJuN

Suatu pagi, tengah aku asyik menonton sambil main game kegemaranku, aku didatangi oleh satu sms yang aku tak tahu daripada siapa. Smsnya untuk bertanya dan meminta aku menyediakan dua jenis kuih bagi majlis conference anjuran MyPSA yang berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad.

Agaknya setelah lama aku tidak replykan, tiba-tiba datang lagi satu sms, rupanya K Rin yang empunya diri. Setelah meminta pandangan hubby, aku pun dengan senang hati menelifon K Rin. Asalnya mahu menolak dengan lembut, tapi mengenangkan K Rin seolah amat mengharap, maka aku pun bersetujulah.
Aku terima untuk menyediakan satu kuih yang dicadangkan oleh K Rin untuk hidangan minum petang sabtu tu. Pulut inti sebanyak 40 biji. Ok.... Aku ke kedai dapatkan bekalan....
Pulut inti simple aku buat. Kata K Rin, buat kuih yang setiap satunya berharga aud 60 sen. Cara-cara ringkas penyediaan ;
Beras pulut di rendam terlebih dahulu sebelum dikukus.
Selepas 15 - 20 minit, angkat pulut kukusan pertama untuk di 'arung'.
Arung dengan santan pekat. Aku pakai 3 tin santan ni untuk 2 kilo beras pulut. Sorrylah sebab buat kurang lemaknya. Lepas tu kukuslah pulak untuk kali keduanya. Kadang-kadang bila aku buat sikit je pulut ni, aku hanya masak pakai microwave je. Memanglah lagi cepat. Tak perlu 2 kali masak. Sekali gus je.
Untuk buat intinya, kat Adelaide ni, gunalah apa yang termampu. Aku pakai kelapa kering ni. Ok je...
Masak air gula melaka bersama gula dan secubit garam, masukkan kelapa kering tadi,agak-agaklah manisnya ya. Kacau sentiasa sampai kering airnya.
Nak senang dan cepat, aku masukkan terus ke dalam bekas kecil ni. Sedia untuk dibuat penghantaran bagi minum petang.
Tugasku belum selesai, kerana esoknya adalah giliranku untuk menyediakan kuih bagi sesi minum pagi ahad pula. Ideaku nak buat kuih 'buah peria'. Tapi ini buah peria yang rasa manis tau, bukan yang pahit tu..... Caranya pun simple juga, lebih kurang ginilah....
Kacang ni aku rendam dulu beberapa jam sebelum ku rebus untuk buat inti kuih peria ni. Semasa dah lembut, tambahkan secubit garam dan gula semanis rasa. Kacau sentiasa juga hingga kering airnya.
Bila dah lembut dan kering, beginilah rupanya. Siap untuk dibuat inti.
Daripada inti tadi, buat bulat-bulat membujur supaya senang nak membentukkan buah peria nanti. Ok.... lepas ni baru boleh bancuh doh untuk kulit peria pulak.
Untuk kulit peria ni, pakai tepung pulut. Aku campur juga dengan sedikit tepung beras supaya tak lah nanti kulitnya terlalu melekit. Ok jom mulakan uli tepung.....
  
 
 
Hijau, merah dan kuning, tiga warna famous buah peria dekat negeriku Kelantan. Rindunya.... sebab ini memang salah satu kuih kegemaranku. Lepas doh dah jadi, bolehlah bentuk-bentukkan buah peria ni.
  
Dah siap dibentukkan, kukuslah kuih ni selama kira-kira 10 hingga 13 minit. Sekejap je kan....
 


Dah masak lah..... Selepas siap dikukus, kuih ini perlu disejukkan dahulu sebelum dibungkus.

Wow....cerianya.... mari-mari... satu 60 sen......

Permintaan penaja supaya setiap biji kuih di wrapkan satu-satu. Sekarang dah siap untuk dibuat penghantaran. Memang nampak ceria warnanya. Agaknya sebab itulah kuih ini menjadi kegemaranku sejak kecil. Inilah salah satu kuih tradisional bagi negeri Kelantan. Suatu masa dulu, mak mertua ku buat kuih ni setiap pagi untuk di jual. Sekarang ni tidak lagi kerana tak sempat tangan. Tukar selera kepada kuih-kuih lain pula....
Posted by Picasa

BLog Ku Di BLoCK

Astaghfirullah.... aku terkejut sungguh petang tu. Tiba-tiba je blog ku di block. Tanpa amaran, tanpa warning sepatah dua. Adilkah gitu untuk aku....?
Tak semena-mena semasa hubby cuba mengedit profile ku, teeerrrrsalah masuk data... terus dia block. Sepatutnya bagilah warning dulu... Buat orang takut je... tegas sungguh google ni. Bagus lah ada disiplin kerja macam tu.
Nak tak nak ikut je arahan untuk menyelamatkan blog aku yang baru tak sampai setahun jagung ni. Aku pun usahakanlah tunjukkan passport ku kerana dia nak tahu maklumat diri... macam kena tangkap polis pulak aku ni... Sorrylah K Chik, buka-buka blog aku, blog dah tak leh bukak masa tu. Mesti K Chik rasa pelik kan.
Tapi tak apalah... mungkin ini sebagai pengalaman berguna untuk aku supaya lebih berhati-hati di lain masa. Apa pun selepas 3 hari bekerja, aku dapat balik blog aku lepas tu. Sujud syukur aku masa tu. Mesti la kan.... 

Apa pun.... Terima Kasih Google....

Posted by Picasa

Thursday, 24 November 2011

Menikmati Keindahan Jacaronda

Jam 12.45 tengahari, Ummu Aiman iaitu Mashithah dan Ani tanpa dirancang bertamu ke rumahku. Riang sekali aku lihat Daniel dan Adam. Liza yang asalnya mengkhabarkan mahu menyinggah, terpaksa membatalkannya saat-saat akhir kerana harus pergi ke beberapa kedai mencari keperluan untuk menyiapkan tempahan makanan. Aku, apa-apa pun ok je... Kita hanya merancang kan...
Sebenarnya mereka datang ada hajat, menyelesaikan beberapa perkara. Sambil makan roti cicah kari lamb, kami sembang banyak perkara, hinggalah sampai bab-bab bunga. Bila diberitahu pasal keindahan rimbunan pokok jacaronda, timbul keinginan Syitah untuk pergi bergambar kat kawasan itu. Apalagi, jomlah....
Bukan pun jauh tempatnya. Sebelah jalan rumahku je, Cavendish Avenue. Kami pun jalan kaki je. Tak sampai 200 meter pun. Sesi penggambaran pun bermula...
Pokok jacaronda ini berbunga purple dan kelihatan cantik sekali, lebih-lebih lagi kedudukannya lurus berbaris di kiri dan kanan jalan. Hanya akan berbunga pada musim bunga je. Yalah... nama lagi musim bunga. Nun dari jauh kelihatan seolah gerbang dan lorong purple yang menarik. Cuma agak terlewat sikit aku memberitahu Syitah. Bunga-bunganya dah banyak yang gugur. Lagi terkilan bila pihak local council, mungkin bahagian landscape telah memotong beberapa dahan setiap pokok yang mengakibatkan bunganya telah banyak berkurangan, tidak selebat awal-awal dulu. Pokoknya tak lagi nampak rendang. Alaaaah.... kenapa pulak waktu ni yang dia rajin nak buat operasi. Sekurang-kurangnya tunggulah sehingga musim bunga purple ni dah tak ada.
So, bergambarlah dengan latar apa yang ada.
Masa arah jalan balik, sempat lagi bergambar tepi jalan.
Ini depan rumah aku je. Sebelah kanan tu ialah pokok rosemary. Syitah ngan Ani ambik sikit daun rosemary  ni untuk buat marinate lamb nanti. Time ni dia orang dah nak balik dah. Maklumlah pukul 3 nanti anak-anak dah balik dari sekolah dah. Takut tak sempat nak gi ambik.
Ok lah Syitah dan Ani...terima kasih datang bertandang, lain kali lepak lagi ya...


Posted by Picasa

Wednesday, 23 November 2011

NaSI GOreNg MenGanTUK

Salam pagi....
Sekarang ni, dalam tak sampai dua minggu lagi, dah nak masuk summer. Sekejapnya spring dah nak berlalu. Bila dah masuk summer ni, waktu siang memang panjang, manakala waktu malam pulak singkat je masanya. Tu yang selalunya rasa macam tak cukup tidur. Biasanya lepas je solat subuh, aku layan ngantuk dengan tidur balik sejam dua. Yalah waktu subuh awal dalam 4.17 am hari ni. Nanti esok lusa akan jadi makin awal. Malamnya pula waktu solat isyak pada jam 9.41 pm. Nanti masuk desember ni akan makin bertambah.
Selalunya lepas solat isyak tu, aku layan juga movie. Jarang aku tidur awal, biasanya pukul 12.00 malam baru masuk tidur. Kalau aku tidur jam 11.30 tu kira awal sangatlah tu. Tapi jadi sejarah pulak bila malam tadi, lepas je solat isyak, kira-kira jam 10.30, aku dah mula nak tidur. Kononnya esok tak nak tidur lepas subuh.
Hubby pun nampak penat hari ni, dia mengadu rasa sakit dekat bahagian dada. Aku jadi risau. Minta tak ada apa-apa yang mudharat. Aku tanya samada dia stress ke? Dia pun tak pasti. Tapi aku fahamlah, dia banyak urusan pelajarannya yang masih belum selesai. Tak sampai dua minggu lagi kami akan balik ke Malaysia kerana hubby nak collect data kat sana. Minta2 dapatlah diselesaikan dengan cepat. Aku pohon dari semua keluarga dan rakan-rakan, doakanlah kelancaran perancangan ini dan biarkan semua urusan di permudahkan Allah.....
Alhamdulillah, aku berjaya tidak tidur balik selepas solat subuh hari ni. Berjuang melawan perasaan mengantuk. Pikir nak masak apa untuk sarapan pagi nih. A aaah... nasi semalam masih berbaki. Boleh goreng lagi.
 
Seperti biasa... resepi dan menu simple ku....
 
Goreng baki-baki keropok udang dari Asian Grocery.
Hubby menyediakan nescafe tarik. Mudah-mudahan tak mengantuk kat ofis hari ni.
 
Dah boleh makan... jom-jom... bismillahirramanirrahiiiiim....
Bila tak tidur balik lepas subuh, boleh masak awal, sarapan awal dan yang bagus sekali hubby dapat gi ofis awal. Baru ada mood ceria sikit untuk mulakan tugas diawal pagi. Semoga hubby sentiasa dipermudahkan segala urusannya.....

Posted by Picasa