Total Pageviews

Thursday, 3 January 2013

MeNanti detik 12.00 MaLam


Bukannya setiap tahun aku dapat peluang begini, menyaksikan secara live sambutan kedatangan setiap tahun baru melainkan melalui kaca TV. Tapi kali ini, kerana Adelaide tidaklah sesibuk suasana di Malaysia di samping ada beberapa tempat yang telah mengatur sambutan tahun baru, jadi aku rasakan peluang aku untuk melihat secara dekat begitu cerah, secerah kilauan kecantikan letupan pertunjukan bunga api yang aku saksikan dengan pandangan mata.

Aku pilih di City. Selain tidak berapa jauh dengan rumah aku, aku dapat ke sana dengan bas. Kereta susah nak dapat parking dan aku pula bukannya nak sampai awal pun ke sana. Tunggu selepas maghrib dulu. Maghrib pun dah pukul 8.30 malam. Lagi pun dengan menaiki bas, bila turun nanti tak perlu jalan jauh pun, seberang jalan je dah sampai ke tempat kejadian. Ada dua waktu pertunjukan bunga api yang aku tahu, satunya pada jam 9.00 malam dan lagi satu semestinya pada jam 12.00 malam lah, menandakan keberangkatan pergi tahun lama 2012 dan kedatanngan tahun baru 2013. Masa pertunjukan jam 9.00 malam tu aku baru nak keluar rumah, namun still lah aku boleh nampak percikan bunga api dari sejauh berada di halaman rumah aku. Tinggi.... mestilah nampak kan....

Sampai sana orang pun dah penuh sesak dah, Ada pertunjukan konsert nyanyian, tapi aku tak peduli pun, tak kenal pun sapa penyanyinya. Inilah peluang aku nak jalan-jalan pusing kawasan lebih-lebih lagi aku belum pernah menjejak kaki kat area ni. Asyik bertangguh aje. Padahal setiap hari aku drive melalui jalan raya di sebelah sana dan hanya pandangan saja yang menyinggah setiap kali. Punyalah mengabaikan tempat sendiri. Tak ada masa dan peluang nak melawat tempat ni. Akhirnya setelah hampir 3 tahun setengah di sini, malam ini juga bertemu jodohnya. 
 

Ada cruise dan boat serta sampan kecil-kecil masih beroperasi over time mungkin. Ramainya orang tengah beratur nak naik. Aku pun sebenarnya teringin juga tapi tangguhlah dulu, nanti naik siang hari, itu janji hubby. Aku tak tahu lah bila boleh tertunainya janji tu.... :-)

Di Negara yang menghalalkan minuman alkohol ni pun boleh melarang keras dari minuman keras ini pada malam ini di sini. Tahu pun bahayanya pada diri sendiri dan orang ramai kan....

Bersama jiran melayu paling dekat dengan rumah aku....

Ini sememangnya ahli tetap kami yang dah berjanji nak jumpa di sini....

Lamaaaa.... melepak, picnic sambil sembang-sembang, akhirya detik 12.00 malam penghujung tahun 2012 tu tiba jua.... antara video yang dapat aku rakamkan......



Tak seindah pandangan mata... di mana-mana negara pun sama saja aku rasakan. Selama lebih kurang 15 minit agaknya pertunjukan bunga api ni. Dua arah kiri dan kanan, bergilir-gilir meletupnya.....
 
Masing-masing happy....
Dah habis pertunjukan bunga api, semua dengan urusan sendiri berkemas dan nak balik dah.

Sesi akhir sebelum balik, sempat lagi semua bergambar dalam asap bunga api....
Happy New Year semua..... !
Posted by Picasa

Tuesday, 1 January 2013

SeLaMat TaHun BaRu 2013


Buat semua yang di ingati dan yang menatapi....

"SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU MASIHI 2013"

Bukan berniat mengagungkan kemeriahannya, tapi setiap yang dikatakan baru bermula itu pasti sedikit sebanyak akan ada perasaan yang baru juga mendatang. Lalui lah dengan semangat waja yang sebolehnya dapat mempositifkan cita-cita ke hadapan demi Agama, Bangsa & Negara.


Posted by Picasa

Monday, 31 December 2012

Bakal Pulang

Saban musim, makin kurang group geng asal aku. Geng yang masa mula-mula aku sampai dulu. Al-maklumlah aku ni di kira anak yang ke arah bongsu dah. Mengikut rotib nya seniorlah yang habis dulu. Saban musim ada saja sahabat yang habis pengajian dan perjuangan di sini akan kembali ke tanah air, meninggalkan kami untuk meneruskan perjuangan kehidupan di bumi kangaroo ini. 

Kali ni aku mengundang dua family yang bakal pulang awal januari 2013 untuk dinner di rumahku. Jika di lihat dalam foto di atas, kedua-dua pasangan itu berada di belakang sekali. Pasangan di sebelah kanan, terkecuali yang bertudung biru tu ialah Kak Nana dan Prof. Madya Dr Kamarul dari UIA Kuantan. Manakala satu lagi pasangan yang sebelah kiri gambar dalam foto tu adalah Kak Azi dan En Azul dari UKM Bangi. Dua-dua suami yang sambung belajar. Kak Azi dan Azul ni orang Kelantan pekat ni. Kak Azi ni orang Pasir Tumbuh, Tak jauh dari rumah aku di Bukit Marak. Saja memaklumkan yang Kak Azi ni ada kembarnya yang mengajar satu sekolah dengan abang aku di SK Bukit Marak. Aku dah tengok kembarnya. Dah namanya kembar seiras jadi muka mereka pun memang tak berbeza bagi aku.

Ini saja-saja masa dalam satu majlis perpisahan untuk orang lain pada musim bunga yang lalu.


 
Makan nasi dan mihun sup tulang, boleh combine satu lauk jadikan dua menu.
 
 

Aku pun kena standby dah juga. Mana tahu tiba-tiba musim depan atau satu musim lagi kena balik. Mesti kena balik juga kan. Langkah kalian akan ku susuli jua. Aduuuh... sedih bunyinya. Oklah... insyaAllah jumpa lagi di Malaysia nanti.....

Good Luck.....
Posted by Picasa

Friday, 28 December 2012

Gathering Di Rymill Park


Ini saja bercerita kisah yang dah hampir sebulan berlalu. Bukan lama sangat pun tapi di sebabkan masa yang terlalu pantas berlari. Kisah tetamu ku lagi. 

Taukeh sponsor...

Sepasang merpati dua sejoli ni. Dia orang yang merancang plan. Aku ni selaku pembantu saja. Dia orang nak buat pertemuan dengan sebahagian rakan-rakan lama. Dia orang yang plan minta nak buat kat mana-mana Park. Aku bagi pendapat je dengan tempat ni, sebab sebelum ini dah dua kali aku ikut hubby buat gathering dengan kawan-kawan sejabatannya di sini. Memang menarik dan selesa kat sini. Ada tasik, sampan kayuh, taman, play ground, kiosk kopi dan selesa untuk beriadah juga. Kebetulan pula petang sabtu tu, tempat yang kami tuju itu kosong dan belum ada orang cop. Memang bernasib baiklah masa tu.

Program bermula pada jam 4.30 petang. BerBBQ dengan lamb, chicken, sausages dan beef burger. Memang menarik di tempat begini. Di sini (Adelaide), aku rasa dah ceritakan sebelum ni, tempat untuk berBBQ disediakan di kebanyakan Park. Jika rasa nak berBBQ je, hanya bawa bahan seperti apa yang kita nak bakar yang dah marinate, aluminium foil dan sudip BBQ je. Mancis-mancis berkaitan dengan api segala tak payah. Sebab benda tu dah tersedia. Tinggal tekan butang je, tunggu panas dan boleh mula membakar..... Senang.... 

Suasana ketika menjamu selera.....
 
 

Berkebetulan dalam majlis ini, si Ros ni saja nak men'surprise'kan birthday Hai walaupun tarikh sebenarnya adalah pada esok hari. Memang esok hari sibuknya, sehari sebelum balik semula ke Malaysia, so tak ada masa untuk orang lain pada esok hari.


Tak apalah... "Happy Earlier BirthDay For You Hai".....

Kelakarnya, dipenghujung majlis, kami bergambar ramai-ramai. Masa tu kena ready cepat kerana hujan dah mulai turun. Alhamdulillah sempat juga. Semua orang cepat-cepat berkemas dan berlari ke kereta masing-masing.... Terima kasih buat Koy & Ros atas jamuan ini..... 
Posted by Picasa

Keperihatinan


Lori yang membawa tangki air sedang menyiram pokok.

Sempat aku snapkan secara curi-curi gambar ni dari dalam rumah aku. Bukan niat jahat tau. Niat aku suci murni lah. Nak bercerita tentang situasi di sini kepada family dan rakan-rakan di Malaysia tentang salah satu cara penjagaan pokok dan tanaman di mana-mana kawasan dan taman perumahan juga.

Sekalipun di kawasan perumahan yang kecil, lori ni akan membawa tangki air untuk menyiram pokok-pokok yang di tanam di kiri kanan jalan. Semestinya untuk menjaga pokok dari mati terutamanya di musim panas ini. Pekerjanya pula hanya seorang. Dalam hati aku merasa bangga dengan kemudahan dan keperihatinan terhadap tumbuhan mahu pun binatang. Tapi cerita binatang tu insyaAllah lain kali lah. 

Aku cuba mengingat-ngingat, pernah ada tak lori besar yang membawa air untuk menyiram pokok lalu kat kawasan rumah aku di Klang tuh. Jika kat bandar Shah Alam tu mungkin pernahlah aku tengok. Tapi yang untuk taman perumahan kecil ni rasanya belum pernah aku saksikan, kecuali yang bawa air untuk di agihkan semasa dharurat ketiadaan air. Itu pun dengan pekerjanya yang empat lima orang.

Aku nak perhatikan tempat sendiri dan mencari perbezaan dengan situasi yang aku lalui di sini bila aku balik nanti.... Namun inilah yang dikatakan pengetahuan melalui pengalaman....

Posted by Picasa

Thursday, 27 December 2012

Cherry Picking

Seiring dengan bermulanya summer ini, bermacam juga buah-buahan yang dinamakan 'stone fruit' sudah mula ranum dan boleh dimakan. Dijual di mana-mana pasaraya mahu pun pasar minggu. Kenapa dinamakan stone fruit...? Ini kerana bijinya yang keras seperti batu. Antara buah-buahan yang boleh di makan di summer ini ialah seperti plum, nectarin, appricot, peach dan cherry.

Buah cherry yang separuh tergigit....

Strawberry pun dah boleh dipetik dah sekarang. Tapi kenapa dia tidak termasuk dalam stone fruit group ya...? Sebab bijinya tak keras malah tiada pun.... Wallahu a'lam.....

Setakat summer ni, telah dua kali aku ke cherry picking. Musim petik dah bermula. Sangatlah excited nya nak gi makan buah segar dari pokok yang di petik sendiri. Boleh picnic kat bawah pokok, makan puas-puas buah cherry tu, snap gambar banyak-banyak... :-) berangan betul....
Jarak perjalanan adalah lebih 35 kilometer dari rumah aku.
Perjalanan mendaki.....


Melalui kawasan beberapa ladang.... sepertinya ladanng anggur dan epal....sejuk mata memandang....
Buah pear bewarna coklat, masih belum masak.
Dedaun pokok di sebelah kanan jalan tu bagai dicantas nampak selari je...
dan....
Pemandangan dari tanah tinggi.....





Baru nampak pokok cherry di bawah ni.....
Masih berbungkus untuk elakkan dari burung-burung pemakan buah agaknya.
  
Ada beberapa peringkat dan jenis buah, belum masak atau yang dah ready dipetik.


Ada beberapa tempat untuk 'Pick Your Own' cherry ni. Ada tempat yang perlu dibayar untuk masuk dan ada juga tempat yang hanya free entry. Dah ada peluang tu aku pilihlah yang free entry ni. Antara yang free untuk memasukinya adalah di 109B, Coldstore Road, Lenswood ini. Ok je malah lagi ok untuk aku....
Suasana masa seronok memetik dan bergambar setiap kali pergi.....







Kali ke dua pergi, hanya berdua dengan hubby....

Kali ni pak cik ni tunjukkan pokok mana yang dah ok dan masih banyak buah untuk di petik. Yang penatnya sebab kena mendaki sikit.... Untuk memetik cherry ini ada cara dan peraturannya. Kena pegang di pangkal tangkai cherry dan pulas atau pusing. Bukan semata-mata tarik saja. Kata tuan ladang cherry ini, cara memetik yang betul penting bagi memastikan buah cherry kembali berbuah dengan lebat pada tahun depan. Jadi, kebiasaan kepada pengunjung yang datang pertama kali akan di ajar cara-cara untuk memetiknya.

Video demontrasi memetik dan memakan cherry.... :-)


3 baldi jugalah aku berjaya petik untuk hari ini.
Siput ni pun suka dengan rasa buah cherry ni agaknya.


Setahu aku, tempat inilah yang paling murah untuk sekilo buah cherry. AUD5 untuk sekilo. 

Berangan... ada masa nanti, I mean jika hubby free dan tidak ke Uni pada hari minggu, aku teringin nak datang lagi. Mungkin sekali dua lagi hingga habis musim cherry ni. Tak lama pun lagi musim cherry ni, Buah dia pun bukan boleh di simpan lama macam epal. Hubby kata, makanlah sepuas-puasnya cherry ni, ambil peluang yang ada sebab inilah musim akhir cherry untuk kita nikmatinya di sini.... :-( ....


Posted by Picasa