Total Pageviews

Tuesday, 19 March 2013

Majlis Graduation Kawan di UniSa Adelaide

Join juga aku semalam ke majlis konvokesyen salah seorang sahabat yang aku ceritakan dalam entry aku lepas. Sahabat dari Malaysia yang bertamu or stay kat rumah aku tu. Untuk ke sana better aku naik bas sahaja kerana bukan mudah mencari parking dekat. Telah berjanji ngan hubby untuk jumpa kat mana-mana. Lepas tu sama-sama berjalan kira-kira setengah kilometer ke tempat konvokesyen.  Jom layan pic semalam.....

Berlangsungnya majlis di 'Adelaide Convention Centre'. 

Para graduan telah mula keluar dari majlis, tercari-cari, terintai-intai mana orangnya belum muncul.

Jurugambar yang ditempah khas pun dah tiba, salah seorang rakan kami juga yang membuat bisness sampingan.

Menerima ucapan tahniah dari rakan sefakulti.... Tahniah kepada Dr Zainul Mukrim Baharuddin.

Dr Zainul bersama supervisornya, family dan rakan-rakan yang hadir....

Danish ni menangis... terharu dengan kejayaan papanya ke apa...
Humairah ni pun.... terharu agaknya dapat pegang anugerah PhD papanya tu....
 
Tahniah.....


(Gambaran situasi akan datang)
  InsyaAllah giliran hubby akan tiba juga nanti.... Tak sabarnya nak tunggu hari tu....

Sesi minum petang ringkas bagi majlis konvokesyen yang disediakan oleh pihak penganjur.

Lepas tu melaram la pula sesi penggambaran hingga ke tepi tasik ni....
 
 
 
 
 
 
Menunggu bas untuk pulang.....
Ke 'Afghan Cuisine' selepas maghrib untuk dinner. Dr Zainul lah yang belanja....
 
Terima kasih kerana sudi belanja kami semua, moga makin bertambahlah rezeki dengan kejayaan yang sentiasa dicapai.... insyaAllah...
Posted by Picasa

Sunday, 17 March 2013

BerKunjung ke Torrens Island Market, Adelaide

Kira-kira 3 bulan yang lalu......

Kali pertama ke sini dalam masa sepanjang lebih 3 tahun aku di Adelaide. Betul ke ayat aku ni. Kira fahamlah. Ini pun atas ihsan secouple sahabat yang datang bertamu di rumah aku bulan 12 di awal musim panas dulu. Mereka bawa aku ke sini sebab mereka telah pernah ke sini sewaktu pengajiannya dulu. 

'Torrens Island Market',  menarik juga pasarnya. A aah... ini memang salah satu pasar minggu sayur dan buah serta hanya ada sedikit ikan masa aku berkunjung tu. Ikannya pula adalah ikan-ikan segar yang baru ditangkap. Mungkin jarang di kunjungi sahabat-sahabat kami kerana di sini tiada dibuka ruang carboot sale. Jika ada lah carboot sale katakan, rasanya pasar ini juga akan menjadi tempat kunjungan setiap minggu bagi mereka yang merupakan penggemar-penggemar barangan second hand yang terlalu ramai dikalangan kami. :-)... 

Walau pun pada masa aku datang tu telah bermulanya musim panas, namun, kerana pasar tu berada di tepi laut, hanya mereka yang pernah sejuk ditiup angin dalam suhu yang rendah saja memahaminya. Masih aku rasa tidak berbaloi atau cukup dengan jaket yang aku pakai. Tambah pula aku tiba di awal pagi. 

Sama seperti pasar Gepps Cross, di sini juga ada pelbagai pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk di beli, atau paling tidak pun untuk di pandang sahaja, cukup mengiurkan aku yang suka melihat kesegaran hasil pertanian ini. 
Beberapa foto lagi yang sempat di ambil.....
 
 

Pernah kah aku melihat carrot dengan warna-warni begini...? Tak terlintas pula masa tu untuk membelinya, terlepas lah peluang untuk aku mengetahui bagaimanakah rasanya. Mungkin di lain kali....

Bagi peminat sayuran dan buahan segar, apa salahnya sekali-sekala berkunjung ke Torrens Island Market ini. Sesiapa yang takutkan anjing, jangan risau kerana binatang itu telah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kawasan pasar ini. 
Posted by Picasa

Friday, 15 March 2013

MeneRima HomeStay TeTamu MaLaySia Lagi

Petang ini aku bakal menerima tetamu lagi. Tetamu dari Malaysia, salah satu family yang pernah kami bersahabat di Adelaide ini. Kembali for good ke tanah air hampir setahun atau setahun yang lalu setelah tamat pengajian PhDnya di sini. Datangnya mereka ini untuk berkonvokesyen di 'University Of South Australia' yang bakal berlangsung pada minggu depan. Jadi mereka bakal stay bersama aku selama seminggu. Ahlan Wasahlan.....
 Namun aku telah maklumkan awal-awal, sekiranya mereka tidak selesa beradu hanya beralaskan quilt nanti. Sebabnya musim bagi aku sekarang tengah let go barang. Buat garage sale mana-mana barang yang boleh jalan dulu. Kan kami pun bukannya lama lagi akan berada di Adelaide ni. Slow-slow cuba clearkan barang. Bukan saja kami, malah beberapa kawan kami yang lain pun sama keadaannya. Masing-masing busy dan busy dan busy.... Sebab tu lah aku selalu penat dan penat dan penat....
Hanya in yang termampu dan terbaik aku sediakan. Nak buat macammana kan. Mujurnya sekarang ni bukan nya musim sejuk. Jika tidak.... tak termampu hanya beralaskan quilt ni. Di bilik kecil inilah seadanya nanti 5 beranak satu family akan beradu. Harap dapat menerima seadanya.
Manakala sesimple kelengkapan juga aku cuba sediakan. Tentu semua ni tidak dibawa dari Malaysia mungkin, barang ni hanya memberatkan timbangan luggage saja. Ini pun seadanya juga....

Selamat datang sekali lagi kepada tetamu kami ini.... Dr Zainul Mukri dan Puan Karmiza serta anak-anaknya..... Seadanya dari aku.....

Wednesday, 13 March 2013

Pilihan tempat flexsible

Sebagai petugas menghantar makanan petang-petang (kerap kalinya), tak selalu aku dan hubby dapat berdinner di tempat yang sama. Memang hanya aku akan cari di area yang dekat-dekat dengan Uni je. Kekadang bila dah pergi ke meja dan taman yang dah selalu kami duduk makan pun, tengok-tengok dah ada orang lepak atau sedang berBBQ dah. Mereka lagi awal datang. Maka terpaksalah aku ronda cari kawasan taman lain yang ada meja atau yang boleh berpicnic duduk aje. Asalkan tempat tu bersih. Selalu nya bersih aku tengok. Yang penting kami dapat menikmati hidangan petang yang aku bawa dari rumah.
Area ni paling dekat dengan Uni. Hanya dihadapannya. Ada juga tasik dihadapannya. Kami hanya bentangkan tikar kecil dan aturkan hidangan serta dah boleh makan.
Ini pula hanya kawasan ke kiri sikit dari tempat yang atas tu. Kebetulan meja ni kosong dan kami boleh menggunakannya dengan aman. Mudah sikit untuk berdinner. Dengan pemandangan dua boat ditasik tu serta lalu lalang manusia-manusia yang berjogging.
Jika menyeberang jambatan dari Uni dan berjalan ke kiri sikit, boleh jumpa tempat ni. Tapi kerana aku akan jemput hubby dengan kereta, kami tidak cross malah terus aku memandu saja ke sini. Ini adalah pilihan tempat  yang pertama akan kami jenguk sebelum pilihan di tempat lain.
Satu kawasan yang berdekatan dengan hospital. Di belakang sana kelihatan berdiri megah bangunan 'Women & Children's Hospital' di North Adelaide.
Masih berhadapan dengan tasik dan kami sengaja terus memilih di sini untuk makan secara picnic atas rumput sahaja. Lagipun pemandangannya tidak kalah. Bermacam fenomena kami dapat saksikan sambil makan.
Dengan menu simple yang aku bawa, hanya nasi goreng dengan udang grill, tapi terhibur dengan fenomena yang disaksikan.
Itik berenang sedang berenang, burung sedang terbang.
Fenomena Aussies sedang ber exercise. Samada berjogging atau berbasikal secara individu.
Ada yang berdua atau bertiga.
Malah ada yang bergerak secara berkumpulan. Mungkin ini satu persatuan. Mungkinlah.

Terhibur juga dengan gelagat manusia yang bermacam-macam. Di sini orang berjogging kelihatan dimana-mana dan tidak mengira masa dari awal pagi, bawah terik matahari di tengah hari, malah di gelap malam hari pun mereka lakukan. Pernah juga aku melihat seorang ibu kepada bayi yang diletakkan didalam stroller berjogging sambil menolak stroller anaknya itu. Stroller tu pulak memang yang khusus untuk ibu yang berjogging. Betapa mereka ini amat menjaga kesihatan dan kecergasan diri. 

Tapi aku pula hanya pergi ke taman untuk makan sambil menyaksikan saja mereka yang sedang berexercise. Nantilah aku pun nak ikut juga tapi walking je bukan berlari. Bila...? Tunggu ya.... Bila...? Nantilah..... :-)


Monday, 11 March 2013

Tempahan Nasi Kerabu Biru Adelaide

Laju masa memecut, tak tersedar aku terlalu kesuntukan mengejar tugasan. Siapa kata suri rumah boleh relaks....? Salah besar tu..... :-(  Sedari celik mata di pagi hari sehingga untuk menutupnya semula pada malamnya, hanya berapa lama masa dapat di hitung untuk lama dapat bertafakur. Mungkin lebih sedikit damai ketika menunaikan solat fardhu atau sunat seketika. Ya hanya pada waktu itu lah... kerana masa sentiasa berkejar dan.... MASA TIDAK MENUNGGU KITA.... Kekadang  untuk menutup mata di malam hari pun susah dek kerana ligatnya minda berfikir, apa pula perancangan untuk hari esok, atau paling tidak pun waktu dan ketika itu lah minda automatik bermuhasabah dengan apa yang telah dijalani seharian atau.... berapa banyak dosa dan pahala yang telah dilakukan. ALLAHU AKBAR...!

Itu saja sedikit motivasi untuk diri sendiri dan jika sudi, sudilah pembaca merenung pandangan aku kali ini. Di sini kali ini masih seperti iras cerita terdahulu. Tentang sedikit tugasan aku; menerima tempahan sekali lagi. Rasanya dah kali ke berapa, tajuk berkaitan aku keluarkan tapi saja aku harap kalian tidak boring membaca cerita aku ni. Tempahan untuk nasi kerabu ke sekian kalinya aku terima lagi. Masih terima selagi ada kelengkapan dapur aku di sini, sebelum semuanya di garage sale kan dan sebelum tamat pengajian hubby di sini... gitulah seadanya....
Nasi kerabu biru dengan daging itik goreng.... 
Dada itik goreng

Waaaauu... belum pernah aku makan nasi kerabu dengan daging itik sebelum ini.... Kali ni aku buat pula nasi kerabu versi biru. Saja nak biru selalunya aku suka masak nasi kerabu kuning..... Tapi kali ini biarlah biru. Gambar yang di atas ini aku snap dari portion dalam pinggan hubby pada hari tempahan. Ini juga adalah sukatan untuk satu kepala yang ditempah yang mana aku telah menyediakan tempahan untuk dimakan oleh 50 kepala dengan AUD 5 untuk satu kepala. 

Tapi ingat, itu harga yang asas. Jika dalam pinggan tu, yang asasnya adalah tolak daging itik dengan keropoknya. Jadi sekali lagi aku jelaskan, termasuk dalam 6 perkara asas tadi adalah :-
1. Nasi
2. Sambal kelapa
3. Ulam-ulaman (biasanya aku sediakan 4 jenis ulam)
4. Tumis budu
5. Budu mentah
6. Air lada 
Kali ini tugas aku kurang berat kerana aku tak payah masak lauknya. Itu cadangan aku sendiri sebenarnya bila aku tahu yang tuan rumah sudah menyediakan BBQ ayam. So bagi aku sudah ok dengan lauk itu selain selepas si penempah tadi telah membentangkan bajetnya pada aku.

:-) Aku diserikan dengan peneman ini pada awalnya. Tapi lepas tu aku kenalah buat kerja sorang-sorang.

Beras dah disukat, ulam dah tersedia untuk di proses..... Yang lain tu dah setlle masa ni ....
Separuh siap, tinggal sesetengah hanya perlu di masukkan ke bekas masing-masing je.... dan tugas ku hampir selesai... tunggu untuk di pick up je.... 
Ini adalah sebekas agar-agar jelly konyakku berperisa passion fruit serta jelly kelapa yang aku sumbangkan  kepada kawan si penempah tu... Terimalah seadanya ya....
Hehehe... ini saja...dah masak untuk orang tu.... menu sendiri untuk dinner pun sama juga.... 

Ermmmm... sebenarnya hari ni adalah hari 'Adelaide Cup'. So Adelaide bercuti umum hari ini. Tapi aku tetap juga bertugas sebagai driver dengan redhanya.... Aku telah melalui long weekend tanpa hubby bercuti. Bertungkus lumus hubby dengan pengajiannya. Namun....... aku tetap happy..... kenapa? kerana aku boleh merinduinya sentiasa, :-)....

Ok lah... sehingga ketemu lagi di lain tinta......

Wednesday, 6 March 2013

Tempahan Laksa Ku di Adelaide Kali Ini

Sedar-sedar dah masuk autumn dah sekarang ni. Yang jelas aku dah nampak daun-daun di kebanyakan pokok mulai menguning dan ada yang mula bertukar warna kemerahan. Ada pokok yang dah mula menggugurkan daun-daunnya kebumi. Bersepah di mana-mana, memberikan lebih pekerjaan kepada si tukang sapu daun. Tapi canggih cara mereka memungut dedaunan, bukan pakai penyapu dan penyodok, malah pakai vaccum yang khusus untuk itu atau terus saja menyedut pakai lori terus... ok itu nanti cerita kemudian. 
Dah lebih seminggu kot aku tak bercerita, kesibukan, kepanasan minggu ini, tak cukup nak capai masa dan yang sebetulnya kesihatan juga tak mengizinkan aku menggunakan kudrat untuk bercerita. Semuanya dari Allah Subhanahu Wata'ala.....
Ready untuk di pick up

Ni haaa.... baru nak berkisah pasal tempahan laksa ni. Tempahan dari seorang kakak yang menempah dengan tiba-tiba, sehari sebelum hari yang dia nak. Mujur sempat mencari segala bahan. Laksa untuk 30 orang dan aku dibayar dengan harga AUD 5 untuk satu kepala. Jadi inilah kerja aku pada jumaat minggu lalu. Mudah sahaja kerana aku tak perlu menghantarnya malah dia sendiri yang akan datang mengambilnya nanti.
Memborong tuna dan santan di Coles Supermarket. 

Sekalipun penat, namun dalam hati lega kerana dapat memenuhi hajat sahabat yang inginkan aku menyediakannya. Pengalaman yang dilalui mungkin boleh mematangkan aku tentang proses tempah menempah ini :-) ..... Terima kasih....



Thursday, 28 February 2013

CarPet SteaMing

Sebelum di gulung untuk di shipping, harap-harap bersihlah dengan cara steam (wap) ni.... kurang-kurang matilah kuman-kuman dan bakteria yang ada tu....


Makan masa berejam juga... steamer nya pun tak besar, kena alih-alihkan sikit-sikit serata dan kena biarkan beberapa saat pada setiap tempat tu....

Selepas kering lembapan steam... Gulung dan ikat...

Dah lama ada double layer carpet, bila buka yang atas, nampak dogol (kosong) je.....
Posted by Picasa

Sunday, 24 February 2013

TeLur BungKus


Bila aku masak sup, apa-apa sup pun terutama sup tulang atau sup ekor.... andai kata terlebih selera dan rajin, aku cuba fikir apa lagi lauk yang sesuai untuk diregukan dengan menu sup tadi. Kali ini terlintas nak buat telur bungkus. Telur bungkus versi aku lah.... 

Bahan-bahan yang aku pakai :- (sukatan agak2 sendiri ya)
Telur (wajib)

Bahan inti :-
Bawang besar
Bawang putih
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sayur campur yang frozen
Lada hitam
Lada putih
Cili merah jika nak lagi pedas
Garam dan gula secukup rasa sendiri
Minyak untuk menumis

Cara-cara yang aku buat :-
Pecahkan telur dalam satu mangkuk dan kacau.

Untuk Inti :-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih hingga wangi. 
2. Masukkan sayur campur dan dikacau sebentar. 
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, lada hitam, lada putih, cili merah. Kacau rata.
4. Perasakan garam dan gula sesedap rasa sendiri.

Cara bungkus telur:-
1. Panaskan minyak dalam kuali leper kalau boleh. 
2. Tuangkan telur tadi dan biarkan dia melebar serata kuali.
3. Letaklah inti telur bungkus ke atas telur, ratakan sedikit tetapi jangan sampai penuh permukaan telur.
4. Lipat lah telur tadi menjadi bentuk kesukaan samada bentuk 3 segi atau 4 segi.
5. Boleh angkat telur dengan cara ditelungkupkan ke pinggan hidang. 

Alamak....! Nampak pulak kehangusan hitam pada telur tu... Tak cantik la pulak.... Ini yang aku nak mintak maaf, sebab aku pakai kuali yang sama dengan kuali untuk masak intinya tadi tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Nak jimat tenaga la tu.... Jadi yang hangusnya bukanlah telur, tapi saki baki inti yang masih melekat di kuali.... cheeeiii... membela diri ni.....
 
Ok... bila di potong dengan sudu, jadi macam ni lah rupanya....

Ala-ala masakan Siam yang sesuai dimakan dengan hidangan nasi putih bersama sup atau tom yam panas, sayur kailan, kemudian di join juga sambal belacan. Amat mewah jika ada lagi siakap atau pun paling tidak kembung tiga rasa.... waaaau......! 
Bagi yang belum try, silalah mencuba, ringkas saja membuatnya.


Posted by Picasa

Tuesday, 19 February 2013

PiTa BreAd


Menu yang sesuai di makan pada bila-bila masa sahaja asalkan suka dan berselera.... samada untuk sarapan pagi, minum pagi ke, makan malam ke.... I promise you... roti ni sedap yang penting kena pada ramuan intinya.

Bahan-bahan ringkas yang aku pakai :-
1. Beberapa keping roti pita pemberian kawan
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Daging samada yang seketul (potong kiub halus) atau yang mince meat / lamb
5. Bahan salad seperti lettuce, timun, tomato (potong macam kiub kecil) dan olive.
6. Grated cheese (pastikan yang halal)
7. Fetta cheese
8. Cendawan (slice kan halus)
9. Sos cili
10. Sos tomato
11. Mayonis atau yogurt
12. Lada hitam 
13. Sedikit daun parsley
14. Sedikit minyak untuk menumis
15. Garam dan gula secukup rasa

Cara- cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
2. Masukkan daging dan gaul sebati. 
3. Masukkan sos cili, sos tomato, lada hitam, garam gula. 
4. Masukkan daun parsley
5. Masuk sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Sesuaikan rasa. Bila dah masak, angkatlah.
6. Masa nak makan tu, ambil lah roti pita yang berbentuk bulat tu dipotong dua ke, empat ke.... aku potong dua je...
7. Sapu sedikit mayonis atau yogurt pada roti pita bahagian dalam.
8. Selepas tu isilah inti-inti yang lain seperti daging, bahan salad, cendawan, olive slice dan cheese tadi. 
9. Dah siap isi tu, silalah makan....dah boleh makan dah....

Apa yang penting nak aku kongsikan di sini ialah pasal inti roti pita ni atau apa-apa inti kebab yang kita nak buat. Untuk membuat inti tak semestinya kena ikut 100% resepi yang dibaca. Kita yang buat dia dan selera kita yang kita nak ikut. So boleh buat ikut bahan dan selera kita sendiri.... mudah kan.....

Sekian dan selamat mencuba.....
Posted by Picasa