Total Pageviews

Thursday 25 April 2013

Tetamu Anzac Day

Aku rasa baru sangat menyambut 'Anzac Day' tahun lepas. Tak perasan pula cepat benar hari cuti tu datang lagi. Baru perasan dua hari lepas. Jika tak, tak akan ada appointment dengan kawan lama yang sememangnya dah lama tak jumpa. Mana tahu kot-kot dia ada dating dengan husband dia. Tapi dia kata husband dia kena kerja juga, tak cuti. Samalah juga dengan hubby, tetap ada tugas di Uni. 

Ya lah hampir 5 bulan lepas, last jumpa dia sebelum dia balik Jepun kerana memperbaharui visanya. Specialnya dia balik kahwin juga. Buat kenduri family je katanya, buat syarat. Tapi bestnya aku tengok gambar kawin yang dia tunjuk, sekeliling ada salji sekali pun masa tu musim bunga. Salji depan rumah sememangnya dah sebatilah dengan dia. Aku ni je yang terlebih excited sikit.

Dahlah sebelum balik hari tu dia ajak jumpa, aku je yang tak free masa tu, busy apa ntah aku ni. Baru-baru ni lepas dia sampai sini, ingat lagi rupanya dia pada aku yang dia kata baik hati ni. Betul ke aku ni baik...? :-) Segala puji bagi Allah.... 

Ya lah 3 minggu lepas dia dah email aku, bagitau khabar yang dia dah sampai Adelaide semula dan jika aku free, dia nak jumpa lagi. Dibuat pulak masa tu email aku ada problem sikit, lambat lah pulak aku reply. Sian dia, sorry lah kawan... aku tak sengaja. Pas tu aku ada tetamu pulak kat rumah, masa tu aku tak boleh leka, ada tugas yang perlu aku dulukan. Last-last aku terfikir hubungi dia melalui phone number yang ada sebelum ni. Rupanya dia memang masih pakai nombor tu, senang cerita. Jika aku tahu dari awal, aku dah call dah awal-awal lagi. 

Janji aku ambil dia kat parking 'Thuan Phat Supermarket'. Dia naik bas dari rumahnya. Dah lama tak jumpa, aku lihat dia macam kurus dah sikit. Tapi tak tahulah, atau aku yang makin gemuk... ya ke...? Harap tak lah sampai gitu.... 
Di rumah.....
Sesi minum petang.....

Aktiviti kami.... sembang dengan cerita yang macam-macam, maklumlah lama tak jumpa, kelakarnya pasal perang Jepun, sebab duk tengok dalam TV pasal Anzac Day je, rencana perang sehinggalah kepada satu lagu jepun yang pernah aku nyanyikan pada dia. Agak surprise juga dia waktu aku nyanyikan lagu tu, dia kata lagu tu agak sedih sikit dan tak sangka aku dapat sebut baris pertama dengan jelas sekali. Lagu tu ayah aku yang ajarkan pada aku masa aku kecik-kecik dulu, sampai sekarang aku masih ingat lirik tu. Dia jelaskan serba ringkas pada aku tentang maksud lagu tu. Tahu lah aku daripada yang tak pernah tahu sebelum ini.

Lepas tu, sambil makan-makan, minum-minum kopi pahit aku, aku pasangkan movie selepas dia pun nampak berminat bila aku offer. Cerita pulak terlalu cemas dan mencabar. Lepas tu aktiviti mengait (knitting), dia pun ada lah tahu sikit-sikit katanya dan tak sangka aku pun ada hobi yang sama dengan dia. Tapi dia pun dah nak balik khamis depan, mungkin selepas sebulan datang lagi, ok kita sambung aktiviti lepas tu lah, harap masa aku masih ada. 

Tengok-tengok jam dah lebih pukul lima, cepat sangat. Aku kenalah hantar dia ke bus stop di Regency Road semula. Thanks kerana datang memeriahkan rumah aku hari ni... nanti jumpa lagi...

4 comments:

  1. wahhh..kak nani ada bakat terendam nyanyi lagu jepun rupanya.
    xtau la entah2 ada satu lagu jepun pendek yg is hafal sejak kecik ni sama tak mcm lagu yg k.nani tau. lagu tu sayu je bunyinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) Nyanyi macam burung kakak tua je Is, hanya tahu sebut tapi tak tahu menahu maknanya. Lagu ni tak ada lah sedih melodinya, sebab lagu semangat ketenteraan Jepun rasanya.... Nanti Is nyanyikan lagu yang menyayukan tu ye, mesti merdu...

      Delete
  2. Thank you very much yesterday. I really emjoyed myself with you. Chatting,knitting,watching DVD.I forgot to tell you.Kay goes to great junction community center to teach English.so if you give her scarf,you can contact I think.Show me more knitting works next time! Maiko

    ReplyDelete